Click here to view this page in English.
Apa yang akan anda lakukan dengan peningkatan modal sehingga RM200,000?
Kelulusan segera dalam tempoh 15 minit (beta)*
Pembiayaan sehingga RM 200,000
Tempoh pembiayaan sehingga 18 bulan
Kadar keuntungan dari 0.8% sebulan
Pembiayaan patuh Syariah disediakan
*Perkhidmatan Kelulusan Pantas, yang menjanjikan masa kelulusan 15 minit, masih dalam fasa ujian beta. Hanya pemohon yang dipilih akan dapat menggunakan ciri baru ini. Permohonan yang perlu semakan tambahan akan diproses dalam masa 2 hari berkerja.
Syarikat milikan tunggal, perkongsian, perkongsian liabilliti terhad, sendirian berhad (bukan anak syarikat kepada syarikat awam tersenarai) atau syarikat awam tidak tersenarai yang berdaftar dengan SSM
Minimum 30% pegangan saham tempatan oleh warganegara Malaysia
Pendapatan tahunan minimum sebanyak RM60,000 (atau RM5,000 sebulan)
Telah beroperasi minimum selama 6 bulan
Ada soalan? Klik butang terapung di bahagian bawah skrin untuk berbual dengan kami!
Permohonan atas talian dan kelulusan segera dalam masa 15 minit (beta)*. Pembayaran pembiayaan dalam masa 2 hari bekerja selepas penerimaan.
Kami mengenakan Fi Penggunaan dan Fi Jaminan sekali semasa penyaluran dan kadar faedah biasa. Tiada yuran tersembunyi.
Permohonan atas talian dan kelulusan segera dalam masa 15 minit (beta)*. Pembayaran pembiayaan yang pantas dalam 1 hari bekerja selepas diluluskan.
Kami memberi tumpuan kepada potensi perniagaan dan bukan aset anda.
Ia hanya mengambil masa beberapa minit dan anda boleh menyambung permohonan pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari.
Kami akan menyemak permohonan anda dan membuat tawaran tentatif dalam masa 15 minit (beta)*
Selepas pembiayaan anda diluluskan, anda hanya perlu e-Tandatangan pada kontrak dan terima dana dalam akaun perniagaan anda.
Anda hanya memerlukan dokumen berikut apabila membuat permohonan:
Penyata akaun bank syarikat untuk 6 bulan terkini
Salinan atau gambar kad pengenalan anda, depan dan belakang
Salinan atau gambar kad pengenalan untuk semua pengarah tambahan
Berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Platform pembiayaan digital PKS terbesar
di Asia Tenggara
Mengagihkan lebih
RM 18 bilion merangkumi
lebih 5 juta nota pembiayaan
Lebih 300,000 pelabur berdaftar di seluruh
Asia Tenggara
Dana pelabur diurus oleh Malaysian Trustees Berhad
Bukan apa yang anda cari?
Kami ada pembiayaan lain yang boleh dipilihi untuk memenuhi kerperluan anda.
Pembiayaan Mikro/-i oleh Funding Societies merupakan produk pembiayaan perniagaan yang menawarkan kredit mikro kepada PKS. Sebagai pemilik perniagaan, anda boleh memanfaatkan produk ini untuk mengekalkan aliran tunai dan mempertingkatkan perniagaan anda. Kami menawarkan kedua-dua produk Pembiayaan Mikro (konvensional) dan Pembiayaan Mikro-i berdasarkan aktiviti perniagaan dan keperluan PKS.
Dengan Pembiayaan Mikro/-i oleh Funding Societies, anda boleh memohon jumlah pembiayaan sehingga RM200,000 tertakluk kepada kadar faedah (untuk konvensional) / kadar keuntungan (untuk Islamik) sebanyak 0.8% - 1.5% sebulan dan tempoh kredit sehingga 18 bulan.
Setelah anda menerima tawaran kami, kami akan mengkreditkan jumlah pembiayaan yang diluluskan kepada anda, selepas penolakan yuran-yuran berkenaan dari jumlah pembiayaan.
Bergantung kepada keperluan dan jenis pembiayaan anda, anda boleh memohon tempoh kredit selama 6, 9, 12, atau 18 bulan.
Jika ini adalah kali pertama ada membuat permohonan, berikut adalah ringkasan proses permohonan.
Langkah 1: Lengkapkan borang Permohonan di laman web kami
Langkah 2: Serahkan semua dokumen yang diperlukan untuk permohonan
Langkah 3: Tunggu pengesahan kelulusan pembiayaan melalui e-mel
Langkah 4: Terima tawaran pembiayaan yang diluluskan (jika anda bersetuju dengan terma dan syarat)
Kami akan mengkreditkan dana ke akaun bank perniagaan yang ditetapkan anda setelah proses pelaburan diselesaikan dan kitaran pembayaran anda akan bermula pada bulan berikutnya.
Seperti mana-mana produk pembiayaan lain, yuran dan caj berikut akan dikenakan:
Pembiayaan Mikro Islamik
Pembiayaan Mikro (Konvensional)
Pembiayaan Mikro Islamik
Caj Lewat Bayar yang terdiri daripada Pampasan (Ta’widh) dan Penalti (Gharamah) akan dikenakan, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
Pembiayaan Mikro (Konvensional)
Jika anda lewat membuat pembayaran balik, yuran/caj berikut akan dikenakan:
Pembayaran awal sentiasa digalakkan, kerana PKS dapat menjimatkan lebih banyak wang dalam faedah atau keuntungan yang dikongsi.
Untuk Pembiayaan Mikro (Konvensional), pembayaran awal tertakluk kepada caj penyelesaian awal sebanyak 2% atas baki pokok yang tinggal untuk mengimbangi ganti rugi pelabur kami atas kehilangan baki faedah mereka.
Jika perniagaan utama anda melibatkan perdagangan seperti senarai di bawah, anda mungkin tidak layak untuk Pembiayaan Mikro-i:
Jangan risau! Kami hanya memerlukan sedikit lebih masa lagi untuk meneliti permohonan anda. Pasukan kami sedang menyemak segala-galanya secara peribadi untuk memastikan ketepatan maklumat. Kami menghargai kesabaran anda sepanjang proses ini.
Butiran permohonan peribadi anda selamat dan dilindungi. Kami mematuhi Personal Data Protection Act 2010 (PDPA), yang mengawal selia proses data peribadi. Ini bermakna kami mempunyai langkah-langkah ketat untuk memastikan maklumat anda dikendalikan dengan selamat dan sulit.
Tidak, kelulusan pembiayaan anda dalam masa 15 minit tidak akan mengurangkan jumlah pembiayaan anda. Jumlah yang diluluskan adalah berdasarkan dokumen dan maklumat yang anda berikan semasa permohonan. Jika anda ingin membuat rayuan untuk jumlah yang lebih tinggi, sila hubungi pasukan jualan kami apabila anda menerima tawaran tersebut. Kami akan mengumpulkan dokumen sokongan tambahan, seperti penyata bank tambahan, untuk menilai semula permintaan anda bagi jumlah yang lebih tinggi.
Penafian
Setiap usaha yang munasabah telah dilakukan untuk memastikan bahawa tempoh proses dipatuhi, namun garis masa masih boleh berubah bergantung kepada pelbagai keadaan termasuk tetapi tidak terhad kepada kelengkapan maklumat yang diberikan oleh pemohon.
Indonesia
Pemberi Dana
[email protected]
+62 877 7126 5290
Penerima Dana
[email protected]
+62 877 7873 6144
Unifam Tower, Jl. Panjang Raya
Blok A3 No.1, Kedoya Utara,
Kebon Jeruk, Jakarta Barat,
DKI Jakarta, 11520, Indonesia
Singapore
[email protected]
General Enquiries:
+65 6221 0958
Sales Enquiries:
+65 6011 7534
112 Robinson Road
Level 8
Singapore 068902
Malaysia
[email protected]
Primary contact
+603 9212 0208
Secondary contact
+603 2202 1013
Unit 15.01 & Unit 15.02,
Level 15, Mercu 3,
KL Eco City, Jalan Bangsar,
59200 Kuala Lumpur
Thailand
SME Loan
[email protected]
+66 93 139 9721
Investment
[email protected]
+66 62 197 8661
No. 188, Spring Tower,
10th Floor, Phayathai Road,
Thung Phaya Thai Sub-district,
Ratchathewi District,
Bangkok, 10400
Vietnam
[email protected]
(+84) 28 7109 7896
The Sentry P
16 Nguyen Dang Giai Street,
Thao Dien Ward, Thu Duc City,
Ho Chi Minh City, Vietnam
Dreamplex
174 Thai Ha Street,
Trung Liet Ward, Dong Da District,
Hanoi, Vietnam
Registered with Securities Commission Malaysia.
Modalku Ventures Sdn Bhd 201601019329 (1190266X)
© 2020 Modalku Ventures Sdn Bhd. All rights reserved.
Funding Societies is a SME Digital Financing Platform registered with Securities Commission Malaysia. It does not fall under the jurisdiction of Bank Negara Malaysia. Therefore, financing products of Funding Societies should not be constructed as business loan, SME loan, micro loan, term loan or any other loans offered by banks in Malaysia and it is to be deemed as an investment note as defined in the Guidelines on Recognised Markets.
Disclaimer: All third party trademarks, product and company names are the property of their respective holders.