Click here to view this page in English.
Amaun Geran sebanyak 50% atau maksimum RM 5,000 daripada jumlah invois.
Tawaran menarik untuk mendapatkan penyelesaian digital daripada senarai panel MDEC.
Pemasaran Digital/Penjualan
Tingkatkan capaian dan jualan melalui strategi dalam talian bersasar.
Sistem Pembayaran Digital/e-POS
Permudahkan proses pembayaran dan penjualan dengan selamat dan cepat.
Sistem Pengurusan Gaji HR/Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM)
Automasikan gaji dan hubungan pelanggan untuk pertumbuhan perniagaan.
Perancangan Sumber Perusahaan (ERP)/Perakaunan & Percukaian
Permudahkan pengurusan kewangan dengan maklumat secara langsung.
Tandatangan Digital
Memastikan keaslian dokumen dengan tanda tangan digital yang diiktiraf secara sah.
IoT/Sistem Pintar
Tingkatkan kecekapan operasi dengan teknologi pintar.
Keselamatan Siber
Lindungi aset dan maklumat digital dengan sistem keselamatan yang terjamin.
Syarikat Malaysia Yang Berdaftar: PMKS/Koperasi dengan milikan sekurang-kurangnya 60% warganegara Malaysia.
Keperluan Pendaftaran: Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Tempoh Operasi: Beroperasi sekurang-kurangnya enam(6) bulan.
Jumlah Pendapatan Tahunan: Purata Jualan tahunan sekurang-kurangnya RM50,000.
Penerima Geran Sebelum ini: PMKS atau koperasi yang telah menerima Geran Padanan Digitalisasi sebelum ini tidak layak untuk memohon Geran Digital PMKS MADANI.
Dokumen Pengenalan: Salinan kad pengenalan atau pasport pengarah/pemegang saham/pemilik, mana-mana yang berkenaan.
Lesen Perniagaan: Dokumen pendaftaran perniagaan/profil perniagaan SSM/dokumen pendaftaran SKM.
Dokumen Kewangan: Akaun yang telah diaudit terkini, akaun pengurusan, atau penyata bank dua bulan terkini.
Invois: Invois/sebut harga yang dikeluarkan oleh Rakan Digitalisasi.
PMKS/koperasi boleh memohon geran melalui portal dalam talian kami, kemudian memilih perkhidmatan digital yang diperlukan dari Rakan Digitalisasi kami (DP). Geran ini terbuka kepada PMKS/koperasi yang memenuhi kriteria kelayakan yang disenaraikan.
Funding Societies akan menyemak permohonan anda. PMKS/koperasi yang diluluskan akan dimaklumkan dan harus membuat bayaran baki untuk perkhidmatan yang dipilih dalam tempoh 14 hari melalui pautan pembayaran khusus yang dinyatakan.
PMKS/koperasi. Geran ini meliputi 50% daripada jumlah invois atau terhad sehingga RM5,000.00.
Setelah pembayaran dibuat, DP akan menyediakan perkhidmatan digital yang dipilih kepada PMKS/koperasi. Geran ini meliputi 50% daripada jumlah invois atau terhad sehingga RM5,000.00.
Kami telah mencapai jumlah yang diperuntukkan untuk Geran Digital PMKS MADANI tahun ini and telah berhenti menerima permohonan baru pada masa ini. Jika anda telah mengemukakan permohonan, kami akan menilainya tidak lama lagi, dan anda akan diberi maklum balas mengenai keputusan pada masanya.
Tidak, PMKS atau koperasi yang telah menerima Geran Padanan Digitalisasi sebelum ini tidak layak untuk memohon Geran Digital PMKS MADANI.
Geran ini meliputi 50% daripada jumlah invois atau terhad sehingga RM5,000.00 untuk setiap PMKS atau koperasi yang layak.
PMKS mesti membayar baki jumlah invois (selepas tolakan geran) kepada Rakan Digitalisasi melalui perkhidmatan pembayaran Funding Societies dalam tempoh 14 hari. Setelah perkhidmatan disampaikan, Rakan Digitalisasi akan menerima 50% daripada jumlah invois keseluruhan atau terhad sehingga RM5,000.
Proses permohonan akan mengambil masa sehingga 3 hari bekerja. Setelah permohonan disemak, pemohon akan dimaklumkan melalui emel mengenai status permohonan mereka.
Anda perlu mengisi borang permohonan secara dalam talian dengan lengkap, salinan Kad Pengenalan Pemilik/Pengarah/Rakan, lesen pendaftaran perniagaan/profil perniagaan SSM, dan akaun yang telah diaudit/akaun pengurusan anda atau penyata bank dua bulan terkini.
Jika permohonan anda diluluskan, anda akan dimaklumkan melalui emel. Anda kemudian dikehendaki membayar baki jumlah invois (selepas tolakan subsidi) dalam tempoh 14 hari. Setelah pembayaran berjaya, Rakan Digitalisasi anda akan mula menyediakan perkhidmatan tersebut.
Anda akan menerima emel dengan pautan pembayaran unik. Anda dikehendaki membuat pembayaran melalui pautan pembayaran tersebut.
Jika anda gagal membuat pembayaran dalam tempoh yang ditentukan, kelulusan geran anda akan terbatal secara automatik dan anda perlu memohon semula.
Anda akan dimaklumkan melalui emel mengenai status permohonan anda.
Ya, anda boleh memohon sehingga tiga jenis perkhidmatan digital di bawah Geran Digital PMKS MADANI.
Indonesia
Pemberi Dana
[email protected]
+62 877 3751 1114
Penerima Dana
[email protected]
+62 877 7873 6144
Penagihan
[email protected]
Unifam Tower, Jl. Panjang Raya
Blok A3 No.1, Kedoya Utara,
Kebon Jeruk, Jakarta Barat,
DKI Jakarta, 11520, Indonesia
Singapore
[email protected]
General Enquiries:
+65 6221 0958
Sales Enquiries:
+65 6011 7534
112 Robinson Road
Level 8
Singapore 068902
Malaysia
[email protected]
Primary contact
+603 9212 0208
Secondary contact
+603 2202 1013
Unit 15.01 & Unit 15.02,
Level 15, Mercu 3,
KL Eco City, Jalan Bangsar,
59200 Kuala Lumpur
Thailand
SME Loan
[email protected]
+66 93 139 9721
Investment
[email protected]
+66 62 197 8661
No. 29, Vanissa Building,
24th Floor, Room No. 2412 & 2414,
Soi Chidlom, Ploenchit Road,
Lumpini, Pathumwan,
Bangkok, 10330
Vietnam
[email protected]
(+84) 28 7109 7896
The Sentry P
16 Nguyen Dang Giai Street,
Thao Dien Ward, Thu Duc City,
Ho Chi Minh City, Vietnam
Dreamplex
174 Thai Ha Street,
Trung Liet Ward, Dong Da District,
Hanoi, Vietnam
Registered with Securities Commission Malaysia.
Modalku Ventures Sdn Bhd 201601019329 (1190266X)
© 2020 Modalku Ventures Sdn Bhd. All rights reserved.
Funding Societies is a SME Digital Financing Platform registered with Securities Commission Malaysia. It does not fall under the jurisdiction of Bank Negara Malaysia. Therefore, financing products of Funding Societies should not be constructed as business loan, SME loan, micro loan, term loan or any other loans offered by banks in Malaysia and it is to be deemed as an investment note as defined in the Guidelines on Recognised Markets.
Disclaimer: All third party trademarks, product and company names are the property of their respective holders.