Click here to view this page in English.

SME Pembiayaan Mikro/-i

Pembiayaan Perniagaan sehingga RM200,000

Alternatif kepada pinjaman perniagaan untuk PKS. Dapatkan pembiayaan pantas dalam talian, tanpa cagaran, untuk aliran tunai dan modal pusingan.

  • Kelulusan pantas secepat 15 minit
  • Tempoh pembiayaan sehingga 18 bulan
  • Kadar keuntungan dari 0.8% sebulan
  • Tiada cagaran diperlukan
  • Pembiayaan patuh Syariah disediakan

 

*tertakluk pada terma dan syarat
*Untuk perniagaan berdaftar sahaja, bukan untuk kegunaan peribadi

Alternatif pinjaman pantas: Pembiayaan Mikro sehingga RM200,000 dengan permohonan online dan kelulusan cepat seawal 15 minit.

Ketahui Jumlah Bayaran Bulanan

Kelulusan Pantas Secepat 15 Minit (Beta)*

 

Alternatif pinjaman pantas: Ciri baharu Pembiayaan Mikro menawarkan pemprosesan masa nyata, kelulusan segera, dan penilaian yang adil.

 

*Perkhidmatan Kelulusan Pantas, yang menjanjikan masa kelulusan 15 minit, masih dalam fasa ujian beta. Hanya pemohon yang dipilih akan dapat menggunakan ciri baru ini. Permohonan yang perlu semakan tambahan akan diproses dalam masa 2 hari berkerja.

Syarat Kelayakan untuk Perniagaan Mikro dan Kecil Berdaftar SSM

  • Milikan tunggal, perkongsian, PLT, Sdn Bhd (bukan anak syarikat syarikat awam tersenarai) atau syarikat awam tidak tersenarai yang berdaftar dengan SSM, atau pihak berkuasa berkaitan di Sabah dan Sarawak
  • Minimum 30% pegangan saham tempatan oleh warganegara Malaysia
  • Pendapatan tahunan minimum sebanyak RM60,000 (atau RM5,000 sebulan)
  • Telah beroperasi minimum selama 6 bulan

 

Ada soalan? Klik butang terapung di bahagian bawah skrin untuk berbual dengan kami!

 
64313c80941c627bccb1cfbdac12c2dcac99c45196a640d1d16961a777aa132b-2-1

Modal Pusingan Pantas untuk Perniagaan Kecil

Pembiayaan Pantas

Mohon dalam talian, lulus secepat 15 minit (beta)*. Dana masuk dalam 2 hari bekerja selepas anda terima tawaran.

 

Harga Telus

Semua fi dan kadar keuntungan dinyatakan dengan jelas dalam tawaran anda. Tiada yuran tersembunyi.

 

Dokumen Ringkas

Hanya perlu 2 dokumen: penyata bank syarikat 6 bulan terkini dan IC pengarah.

 

Tiada Cagaran

Kami nilai prestasi perniagaan anda, bukan aset anda.

Desktop with human

Kalkulator SME Pembiayaan Mikro/-i

Berapakah jumlah pembiayaan? RM 50,000
RM 3,000 RM 200,000
Tempoh pembiayaan
6 mo
12 mo
18 mo
Kadar bulanan (% sebulan)
0.8%
1.0%
1.5%
Anggaran Bayaran Bulanan Anda
RM 0
*Jumlah adalah anggaran berdasarkan maklumat asas diberi. Jumlah sebenar mungkin berubah berdasarkan maklumat penuh pemohon
Mohon sekarang

Alternatif kepada Pinjaman Perniagaan

Perlukan dana pantas tanpa cagaran? Bandingkan Pembiayaan Mikro/-i dengan pinjaman perniagaan kecil daripada bank dan skim kerajaan.
Pembiayaan Mikro/-i Pilihan pantas
Jumlah
RM3,000 – RM200,000
Tempoh kelulusan
Secepat 15 minit (beta)*
Cagaran
Tidak diperlukan
Tempoh operasi minimum
6 bulan
Dokumen
Penyata bank 6 bulan dan IC
Cara memohon
100% dalam talian
Pinjaman bank PKS
Jumlah
Biasanya lebih besar
Tempoh kelulusan
Beberapa hari hingga minggu
Cagaran
Kadangkala diperlukan
Tempoh operasi minimum
Biasanya 1 – 3 tahun
Dokumen
Penyata kewangan dan rekod kredit
Cara memohon
Cawangan atau dalam talian
Skim pembiayaan kerajaan
Jumlah
Bergantung kepada skim
Tempoh kelulusan
Beberapa minggu
Cagaran
Bergantung kepada skim
Tempoh operasi minimum
Bergantung kepada skim
Dokumen
Rancangan perniagaan dan dokumen sokongan
Cara memohon
Kaunter atau dalam talian

Bila Perniagaan Anda Perlukan Dana Segera?

1

Tampung jurang aliran tunai

Bayar pembekal, gaji pekerja dan sewa sementara menunggu invois dijelaskan.

2

Penuhi pesanan besar

Beli stok atau bahan mentah apabila pelanggan membuat pesanan luar biasa.

3

Rebut peluang bermusim

Tambah stok menjelang musim perayaan dan cuti sekolah.

Cara Memohon Pembiayaan Mikro/-i Secara Online

6d9f7369a481200a66d4dbfcf875c3abd0fa786df9dcd173906c1725b0d0e033 (1)
Lengkapkan borang permohonan

Isi borang dalam 5 minit. Boleh sambung semula dalam masa 14 hari.

 
4e8db2dd1c41b1c3b89b58e82ea0fee0cfd1b0c215998b99e81dbcf1aca54384
Tawaran Pembiayaan

Kami akan menyemak permohonan anda dan membuat tawaran tentatif dalam masa 15 minit (beta)*

e2a6f91b6bb28b568cc447f76a2457f5f5e9af571cd15c406c4bd61f669d99b7
Tandatangan kontrak secara elektronik dan terima dana

Tandatangan kontrak secara online. Dana masuk ke akaun perniagaan anda dalam 2 hari bekerja.

Ingin tahu lebih lanjut sebelum memohon? Baca panduan lengkap Pembiayaan Mikro/-i

Mohon Sekarang

Anda hanya memerlukan dokumen berikut apabila membuat permohonan:

  • Penyata akaun bank syarikat untuk 6 bulan terkini

  • Salinan atau gambar kad pengenalan anda, depan dan belakang

  • Salinan atau gambar kad pengenalan untuk semua pengarah tambahan

Minima RM 3,000 dan maksima RM 200,000

Kelebihan Funding Societies

lock icon

Berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

handshake icon-2

Platform pembiayaan digital PKS terbesar
di Asia Tenggara

money

Mengagihkan lebih
RM20 bilion merangkumi
lebih 5 juta nota pembiayaan

human

Lebih 300,000 pelabur berdaftar di seluruh
Asia Tenggara

safe

Dana pelabur diurus oleh Malaysian Trustees Berhad

Kisah PKS yang Diluluskan dalam Beberapa Minit

Diluluskan dalam 5 minit

“Saya kagum dengan kelajuan proses kelulusan! Permohonan kami diluluskan dan dana diterima keesokan harinya. Ia sangat membantu keperluan aliran tunai kami.”
Warisan Suria Auto Service Centre

Diluluskan dalam 7 minit

“Kami tidak sangka permohonan kami diluluskan dan dana diterima secepat itu. Penyelesaian pembiayaan ini melebihi jangkaan kami dari segi kecekapan dan maklum balas yang pantas.”
Nashima Group Resources (M)

Diluluskan dalam 14 minit

“Memohon pembiayaan boleh dikatakan agak menakutkan, tetapi pasukan jualan telah membantu dan memudahkan semua proses dengan komunikasi yang sangat baik. Tambah pula dengan kelulusan yang pantas, keseluruhan pengalaman saya sangat positif.”
Integrated Digital Network

Artikel Berguna untuk PKS

pinjaman_perniagaan_vs_pembiayaan

Pinjaman Perniagaan vs Pembiayaan: Mana Lebih Sesuai untuk PKS?

Fahami perbezaan antara pinjaman perniagaan bank dan pembiayaan digital dari segi cagaran, dokumen dan tempoh kelulusan sebelum anda memohon.

cara_tingkatkan_kadar_kelulusan_pks_untuk_pinjaman_perniagaan

Pinjaman Perniagaan Mudah Lulus: Cara Tingkatkan Peluang Kelulusan PKS

Ketahui apa yang dinilai oleh pembiaya, daripada penyata bank hingga rekod kredit, dan cara menyediakan permohonan yang lebih kukuh untuk kelulusan pantas.

panduan_jenis_pembiayaan_perniagaan_untuk_pks_di_malaysia

Pinjaman PKS di Malaysia: Jenis, Skim Kerajaan dan Cara Memohon

Bandingkan skim kerajaan, pinjaman bank dan pembiayaan tanpa cagaran untuk PKS, termasuk syarat kelayakan dan dokumen yang diperlukan.

Kami boleh membantu anda

Bukan apa yang anda cari?
Lihat pilihan pembiayaan lain kami.

Terokai penyelesaian perniagaan kami

Soalan Lazim

  • Apa itu Pembiayaan Mikro/-i?

    Pembiayaan Mikro/-i oleh Funding Societies merupakan produk pembiayaan perniagaan yang menawarkan kredit mikro kepada PKS. Sebagai pemilik perniagaan, anda boleh memanfaatkan produk ini untuk mengekalkan aliran tunai dan mempertingkatkan perniagaan anda. Kami menawarkan kedua-dua produk Pembiayaan Mikro (konvensional) dan Pembiayaan Mikro-i berdasarkan aktiviti perniagaan dan keperluan PKS. Untuk penerangan lebih terperinci, baca Apa yang Anda Perlu Tahu tentang Pembiayaan Mikro/-i oleh Funding Societies.

  • Bagaimana Pembiayaan Mikro/-i berfungsi?

    Dengan Pembiayaan Mikro/-i oleh Funding Societies, anda boleh memohon jumlah pembiayaan sehingga RM200,000 tertakluk kepada kadar faedah (untuk konvensional) / kadar keuntungan (untuk Islamik) sebanyak 0.8% - 1.5% sebulan dan tempoh kredit sehingga 18 bulan.

    Setelah anda menerima tawaran kami, kami akan mengkreditkan jumlah pembiayaan yang diluluskan kepada anda, selepas penolakan yuran-yuran berkenaan dari jumlah pembiayaan. 

  • Berapa lamakah tempoh bayaran balik?

    Bergantung kepada keperluan dan jenis pembiayaan anda, anda boleh memohon tempoh kredit selama 6, 9, 12, atau 18 bulan.

  • Bagaimana cara memohon Pembiayaan Mikro/-i online dan berapa pantas kelulusannya?

    Isi borang online dalam 5 minit dan muat naik penyata bank syarikat 6 bulan terkini serta IC pengarah. Pemohon yang layak boleh terima tawaran secepat 15 minit (beta)*, malah ada pelanggan yang lulus dalam 5 minit. Selepas tandatangan kontrak, dana masuk dalam 2 hari bekerja.

  • Apakah jenis perniagaan yang layak untuk memohon Pembiayaan Mikro/-i?

    Pembiayaan Mikro/-i terbuka kepada PKS Malaysia yang berdaftar secara rasmi dan beroperasi dengan dokumentasi yang sah. Anda boleh memohon jika perniagaan anda adalah:

    Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

    Ini termasuk:

    • Perusahaan Tunggal

    • Perkongsian

    • Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd)

    Berdaftar di bawah ordinan negeri di Sabah atau Sarawak

    Kami juga menerima perniagaan yang berdaftar di bawah peraturan-peraturan negeri seperti:

    • Ordinan Nama Perniagaan Sarawak 2014

    • Majlis Daerah atau Pihak Berkuasa Tempatan di Sabah dan Sarawak

    Penjual dalam talian dan perniagaan e-dagang

    Jika anda menjual melalui platform seperti Shopee, Lazada, atau TikTok Shop, anda masih perlu berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa yang relevan di Malaysia Timur. Platform pasaraya tidak mengeluarkan lesen perniagaan bagi pihak penjual, jadi pendaftaran perniagaan anda masih diperlukan.

    Kriteria kelayakan umum

    Untuk layak, perniagaan anda mesti memenuhi syarat berikut:

    • Pemilikan sekurang-kurangnya 30% rakyat Malaysia

    • Pendapatan tahunan minimum RM 60,000 (atau RM 5,000 sebulan)

    • Beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan

    • Tidak terlibat dalam aktiviti tidak mematuhi Shariah atau aktiviti yang dilarang

    Jika anda memenuhi syarat-syarat ini, anda boleh memohon secara terus dalam talian dalam beberapa minit sahaja.

  • Bolehkah saya memohon pinjaman perniagaan tanpa SSM?

    Untuk memohon Pembiayaan Mikro/-i, perniagaan anda perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), atau dengan pihak berkuasa berkaitan di Sabah dan Sarawak, dan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan. Jika perniagaan anda belum berdaftar, daftarkannya terlebih dahulu melalui portal SSM sebelum memohon.

  • Adakah terdapat yuran dan caj?

    Seperti mana-mana produk pembiayaan lain, yuran dan caj berikut akan dikenakan: 

    Pembiayaan Mikro Islamik

    • Fi Pengeluaran: 5% daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan, ditolak semasa pengeluaran.
    • Fi Jaminan: 5% daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan, ditolak semasa pengeluaran.

    Pembiayaan Mikro (Konvensional)

    • Fi Penggunaan: 5% daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan, ditolak semasa pengeluaran. 
    • Fi Jaminan: 5% daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan, ditolak semasa pengeluaran.
  • Bagaimana jika saya lewat dalam membuat pembayaran balik?

     

    Pembiayaan Mikro Islamik 
    Caj Lewat bayar yang terdiri daripada Pampasan (Ta’widh) dan Penalti (Gharamah) akan dikenakan, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

    • Pembayaran ingkar sebelum dan selepas tarikh matang: Pampasan (Ta’widh) boleh dikenakan pada kadar 1% setahun atas baki lampau tempoh (jumlah pokok lampau tempoh dan keuntungan lampau tempoh). Funding Societies boleh mengenakan Pampasan (Ta’widh) dan Penalti (Gharamah) sebagai Caj Lewat Bayar pada kadar maksimum 10% setahun.

     

    Pembiayaan Mikro (Konvensional) 
    Jika anda lewat membuat pembayaran balik, yuran/caj berikut akan dikenakan:

    • Caj Penalti Lewat Bayar: RM200 untuk setiap kitaran pembayaran
    • Caj Faedah Lewat: 0.1% sehari (tidak dikompaunkan) atas jumlah baki yang belum dibayar
  • Bolehkah saya membuat penyelesaian awal?

    Pembayaran awal sentiasa digalakkan, kerana PKS dapat menjimatkan lebih banyak wang dalam faedah atau keuntungan yang dikongsi. 

    Untuk Pembiayaan Mikro (Konvensional), pembayaran awal tertakluk kepada caj penyelesaian awal sebanyak 2% atas baki pokok yang tinggal untuk mengimbangi ganti rugi pelabur kami atas kehilangan baki faedah mereka. 

  • Adakah Pembiayaan Mikro/-i patuh Syariah dan siapa yang layak?

    Ya. Pembiayaan Mikro-i distrukturkan berdasarkan prinsip Syariah, menggunakan kadar keuntungan dan bukan faedah. Perniagaan layak jika memenuhi syarat kelayakan yang sama dan tidak terlibat dalam aktiviti yang tidak patuh Syariah seperti:

    1. minuman keras;

    2. perjudian;

    3. pornografi;

    4. tembakau dan dadah berbahaya;

    5. syarikat yang berkaitan dengan hiburan - seperti ruang karaoke yang menyajikan minuman keras, syarikat produksi filem yang menghasilkan filem haram, pawagam yang biasanya menayangkan filem yang berkaitan dengan hiburan;

    6. daging babi dan produk sampingan;

    7. makanan yang dilarang di bawah ajaran Islam seperti katak, ular, buaya;

    8. pusat urut yang tidak mematuhi syariah yang membenarkan rawatan dari jantina yang berbeza;

    9. pusat pelacuran;

    10. pemberian pinjaman berlandaskan faedah, termasuk jualan kredit dengan caj faedah;

    11. agensi insurans konvensional dan unit amanah; dan/atau

    12. pengeluaran dan pengedaran berhala, patung, dan bahan serta tempat untuk beribadat selain daripada Allah.

  • Mengapa saya belum dapat kelulusan pembiayaan dalam masa 15 minit?

    Jangan risau! Kami hanya memerlukan sedikit lebih masa lagi untuk meneliti permohonan anda. Pasukan kami sedang menyemak segala-galanya secara peribadi untuk memastikan ketepatan maklumat. Kami menghargai kesabaran anda sepanjang proses ini.

  • Adakah butiran permohonan peribadi saya selamat dan dilindungi dengan ciri baru ini?

    Butiran permohonan peribadi anda selamat dan dilindungi. Kami mematuhi Personal Data Protection Act 2010 (PDPA), yang mengawal selia proses data peribadi. Ini bermakna kami mempunyai langkah-langkah ketat untuk memastikan maklumat anda dikendalikan dengan selamat dan sulit.

    https://fundingsocieties.com.my/term-condition

  • Adakah mendapatkan kelulusan pembiayaan pantas akan mengurangkan jumlah pembiayaan saya?

    Tidak, kelulusan pembiayaan anda dalam masa 15 minit tidak akan mengurangkan jumlah pembiayaan anda. Jumlah yang diluluskan adalah berdasarkan dokumen dan maklumat yang anda berikan semasa permohonan. Jika anda ingin membuat rayuan untuk jumlah yang lebih tinggi, sila hubungi pasukan jualan kami apabila anda menerima tawaran tersebut. Kami akan mengumpulkan dokumen sokongan tambahan, seperti penyata bank tambahan, untuk menilai semula permintaan anda bagi jumlah yang lebih tinggi.

  • Adakah Pembiayaan Mikro/-i sama dengan pinjaman mikro atau pinjaman SME?

    Tidak sama. Pinjaman mikro, pinjaman SME, pinjaman PKS atau loan bisnes biasanya ditawarkan oleh bank atau agensi kerajaan. Pembiayaan Mikro/-i pula ialah pembiayaan digital oleh Funding Societies, platform yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Ia alternatif kepada pinjaman perniagaan mikro: mohon online, tanpa cagaran dan lulus lebih pantas. Pilihan patuh Syariah juga disediakan.

  • Adakah saya perlu cagaran untuk memohon Pembiayaan Mikro/-i?

    Tidak. Pembiayaan Mikro/-i Funding Societies tiada cagaran — kami menilai potensi perniagaan anda, bukan aset yang dimiliki. Ini bermakna anda tidak perlu menjadikan harta atau kenderaan sebagai cagaran untuk memohon.

  • Adakah Pembiayaan Mikro/-i sesuai jika perniagaan saya perlukan dana segera?

    Ya. Pembiayaan Mikro/-i ialah alternatif kepada pinjaman perniagaan segera untuk PKS yang perlukan dana bagi aliran tunai, stok atau kos operasi. Mohon online, lulus secepat 15 minit (beta)* dan dana masuk dalam 2 hari bekerja selepas tawaran diterima.

Penafian
 
Pembiayaan Mikro/-i ialah alternatif pembiayaan perniagaan kepada pinjaman SME dan pinjaman mikro kredit, direka khas untuk PKS Malaysia. Setiap usaha yang munasabah telah dilakukan untuk memastikan bahawa tempoh proses dipatuhi, namun garis masa masih boleh berubah bergantung kepada pelbagai keadaan termasuk tetapi tidak terhad kepada kelengkapan maklumat yang diberikan oleh pemohon.