Kisah FTuned Racing Suspension

Tingkatkan Pertumbuhan Perniagaan dengan Pembiayaan Funding Societies x Direct Lending


Automotif | Selangor | SME Pembiayaan Mikro/-i

 “Proses permohonan sangat mudah dan cepat...dalam masa beberapa hari saja, permohonan kami diluluskan dan dana pun dimasukkan.”
 
Encik Wan Ahmad Farouk, Founder FTuned Racing Suspension.
 
Jom lihat penyelesaian pembiayaan yang telah membantu perniagaan Wan Ahmad Farouk. Klik pada butang di bawah untuk info lanjut!
 
500366088d4075fb9973b8f9594e0ee7c0334e7f6347c60147cbe92374f11cd9
 

 

Pengenalan Syarikat dan Pemilik: FTuned Racing Suspension

FTuned Racing Suspension telah diasaskan pada 6 Januari 2009 di bawah nama asal Motosports Development & Techniques. Pada peringkat awal, syarikat ini memfokuskan kepada produk suspensi aftermarket seperti coilover, termasuk perkhidmatan baik pulih dan penyelenggaraan. Selain itu, FTuned turut menjalankan ceramah berkaitan dinamik kenderaan dan menganjurkan kursus pemanduan di litar.

Di sebalik jenama ini ialah Wan Ahmad Farouk, seorang jurutera automotif dan usahawan yang berdedikasi. Beliau memainkan peranan utama dalam membentuk hala tuju FTuned dan membawa visi syarikat:

"Menjadi syarikat Kejuruteraan Automotif terkemuka yang memfokuskan kepada Sistem Suspensi di Malaysia, serta memperkasa dunia permotoran dengan membawa perubahan positif kepada industri dan masyarakat."

Menjelang tahun 2011, FTuned telah diperbadankan secara rasmi sebagai FTuned Racing dan mula mengembangkan barisan produknya. Mereka mula menawarkan khidmat talaan semula (re-valving), pelarasan damper, serta servis penyelenggaraan sistem suspensi secara menyeluruh. Dengan kepakaran dalam bidang Ride & Handling serta Suspension (Chassis), FTuned mula menghasilkan coilover talaan tersuai — sama ada melalui pemasangan buatan tangan di FTuned Tech Centre atau secara pengeluaran besar-besaran melalui kilang usaha sama.

Kini, FTuned memberi tumpuan kepada pembangunan sistem suspensi sepenuhnya bagi kenderaan lumba dan jalan raya. Produk-produk FTuned telah dipasarkan secara meluas melalui rangkaian pengedar sah di seluruh negara termasuk Lembah Klang, Utara, Pantai Timur, Selatan, dan Malaysia Timur.

More inspiring stories from SME Business owners!

We think you might like these videos

my_3pm_dessert_sme

MY 3PM Ice House

Peningkatan pengeluaran yang memberangsangkan

Seiring dengan peningkatan permintaan pelanggan, Encik Alex menambah keperluan peralatan dan memperluas kapasiti pengeluaran menjadi semakin mendesak.

facopastry_sme

Facopastry

Luaskan operasi dari rumah ke foodtruck

Dengan permintaan order yang bertambah, Puan Mira buka cawangan baharu dan perluas operasi F&B dari perniagaan bakery dari rumah.