Click here to view this page in English.
Kembangkan Perniagaan Agri Anda dengan Dana Pelaburan Bersama Malaysia (MyCIF)
Akses kepada pembiayaan mampu milik melalui inisiatif sokongan kerajaan yang direka untuk menyokong pembangunan mampan dalam sektor pertanian.
- Menyokong ekosistem keterjaminan makanan Malaysia
- Pembiayaan patuh Syariah tersedia

Terokai penyelesaian pembiayaan
yang direka khas untuk perniagaan agri.
Menyokong perjalanan pertumbuhan perniagaan anda dari ladang ke pasaran, pada setiap langkah.
Pembiayaan Berjangka/-i
Perkasa fasa pertumbuhan perniagaan anda dengan suntikan modal yang pantas. Direka untuk PKS mengurus aliran tunai, merebut peluang perniagaan dan berkembang dengan lebih yakin.
Pembiayaan Invois/-i
Terima bayaran lebih awal. Bayar dengan lebih bijak.
Tukar belum terima menjadi tunai pendahuluan atau lanjutkan tempoh bayaran untuk menguruskan aliran tunai perniagaan anda dengan lebih baik.
Adakah Perniagaan Anda Layak?
- Pemilikan tunggal, perkongsian, perkongsian liabiliti terhad, syarikat sendirian berhad & syarikat awam berhad tidak tersenarai
- PMKS dalam segmen huluan pertanian, sektor bioekonomi dan agritech
- Minimum 30% pegangan saham tempatan
- Minimum 12 bulan beroperasi
- Pendapatan tahunan minimum RM1 juta
Bagaimana Ia Berfungsi?
Ahmad — PKS dalam industri akuakultur, dari Terengganu
Ahmad memerlukan dana untuk membayar pengedarnya, namun aliran tunainya ketika ini agak terhad. Oleh sebab perniagaannya berada dalam segmen huluan pertanian, dia layak menerima pelaburan bersama MyCIF pada nisbah 1:2.
Tarikh bayaran: 30 hariBerikut ialah jumlah yang perlu dibayar oleh Ahmad:
Ahmad membayar keseluruhan kadar keuntungan terlebih dahulu, dan Funding Societies kemudian memulangkan bahagian yang ditanggung oleh MyCIF, menghasilkan kadar keuntungan efektif bersih hanya 8% setahun.
Mohon Sekarang
Kelebihan Funding Societies
Soalan Lazim
-
Apakah itu Dana Pelaburan Bersama Malaysia (MyCIF)?
Dana Pelaburan Bersama Malaysia (MyCIF), yang ditadbir oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, ialah inisiatif pelaburan bersama kerajaan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2019 bagi menyokong pertumbuhan PMKS.
Melalui pelaburan bersama dengan pelabur swasta melalui platform Pembiayaan Peer-to-Peer (P2P) dan Pendanaan Awam Ekuiti (ECF), MyCIF membantu perniagaan mendapatkan akses yang lebih besar kepada peluang pembiayaan serta mengukuhkan ekosistem keusahawanan Malaysia.
Klik DI SINI untuk maklumat lanjut. -
Apakah pilihan pembiayaan yang ditawarkan di bawah MyCIF?
Pembiayaan Invois-i
Penyelesaian pembiayaan patuh Syariah ini membantu perniagaan:
• Membiayai pembelian daripada pembekal atau menampung perbelanjaan perniagaan penting.
• Mendapatkan bayaran awal berdasarkan invois jualan bagi barangan yang dihantar atau perkhidmatan yang telah dilaksanakan.
Sangat sesuai untuk PKS yang memerlukan modal mobilisasi untuk memulakan projek atau beroperasi secara kredit dengan tempoh bayaran yang tertangguh. Pembayaran balik dibuat secara bayaran peluru (bullet payment) bagi jumlah prinsipal dan keuntungan pada tarikh matang.Pembiayaan Berjangka-i
Kemudahan pembiayaan tanpa cagaran yang patuh Syariah, direka khas untuk menyokong pertumbuhan dan pengembangan operasi PKS. Pembayaran balik dibuat secara bulanan merangkumi jumlah prinsipal dan keuntungan, menjadikannya sesuai bagi perniagaan yang memerlukan perancangan aliran tunai yang lebih tersusun. -
Sektor manakah yang layak di bawah Skim Keterjaminan Makanan?
Sektor yang layak ialah segmen huluan pertanian, sektor bio-ekonomi dan agriteknologi.
-
Apakah maksud kadar keuntungan 0% untuk perniagaan saya?
Sekiranya kempen pembiayaan anda layak di bawah Skim Keterjaminan Makanan, bahagian pelaburan bersama MyCIF membawa kadar keuntungan 0%.
Ini bermakna anda hanya perlu membayar kadar keuntungan ke atas bahagian pelabur swasta sahaja — dengan ketara mengurangkan jumlah kos pembiayaan keseluruhan anda. -
Bagaimanakah nisbah pelaburan bersama 1:2 berfungsi?
Bagi setiap RM2 yang diperoleh daripada pelabur swasta melalui platform Funding Societies, MyCIF akan membuat pelaburan bersama sebanyak RM1, sehingga maksimum RM1 juta bagi setiap kempen.
Sebagai contoh, jika kempen anda berjaya mengumpul RM400,000 daripada pelabur swasta, MyCIF akan menambah RM200,000, menjadikan jumlah pembiayaan keseluruhan sebanyak RM600,000. -
Bagaimana cara untuk memohon?
Untuk memohon, sila klik butang “Mohon Sekarang” dan hantar maklumat anda. Wakil jualan kami akan menghubungi anda dalam tempoh 2 hari bekerja untuk membimbing anda ke langkah seterusnya.
Sila sediakan dokumen berikut untuk menyokong permohonan anda:
- Borang Pendaftaran Syarikat
- Salinan Kad Pengenalan/Pasport semua Pengarah
- Penyata Bank terkini selama 6 bulan
- Akaun beraudit & akaun pengurusan terkini (jika ada)
- Borang Pendaftaran Syarikat
-
Apakah prinsip Syariah yang digunakan?
Pembiayaan ini menggunakan prinsip Murabahah Komoditi melalui urus niaga Tawarruq, di mana komoditi patuh Syariah dibeli dan dijual untuk menjana aliran tunai, selaras dengan prinsip pembiayaan Islam.
