Click here to view this page in English.

Nota Pelaburan Islamik Terjamin

Gandakan keuntungan
mengikut prinsip Syariah dengan GN-i

Nikmati pulangan terjamin setinggi 8% setahun*
*tidak termasuk fi perkhidmatan dan cukai

 

81fd09351a791a2982424c8280634c6bfdc196eeb9a2d7c516fb19d7cfa3513a-1

 

Pulangan Pelaburan

Prinsipal dan
Pulangan Dijamin

Tempoh Pelaburan

Sehingga
24 bulan

Jumlah Pelaburan Minimum

Bermula serendah
RM100

Penasihat Syariah Kami

shariah
 

Kelebihan Funding Societies

lock icon

Berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

handshake icon-2

Platform pembiayaan digital PKS terbesar
di Asia Tenggara

money

Mengagihkan lebih
RM 18 bilion merangkumi
lebih 5 juta nota pembiayaan

human

Lebih 300,000 pelabur berdaftar di seluruh
Asia Tenggara

safe

Dana pelabur diurus oleh Malaysian Trustees Berhad

Daftar sekarang untuk mulakan pelaburan bersama Funding Societies

Bagaimana untuk mendaftar?

sign up

Daftar Masuk

Klik butang daftar dan isi maklumat anda.

verification

Pengesahan

Muat naik semua dokumen yang diperlukan dan setelah diluluskan, depositkan RM100 untuk mengaktifkan akaun anda.

youre all set

Mula melabur sekarang!

Setelah akaun anda diaktifkan, anda boleh mulai melabur dalam mana-mana nota yang tersedia.

Bagaimana untuk melabur?

log in

Log Masuk

Masuk ke akaun anda untuk mula melabur.

Choose the note(s)

Pilih nota-nota

Pergi ke bahagian "Browse Investment Opportunity" untuk melihat peluang-peluang pembiayaan yang sedang berlangsung.

Begin your investment journey!

Mulai perjalanan pelaburan anda

Masukkan jumlah yang anda ingin melabur di bawah ruangan "Investment Amount" dan klik "Confirm Investment" untuk melengkapkan pelaburan anda.

Sertai Komuniti Pelabur Kami

Lihat video ini untuk mendapatkan keterangan daripada salah seorang pelabur kami.

Soalan lazim

  • Apakah yang dimaksudkan dengan Nota Pelaburan Islamik Terjamin (Guaranteed Islamic Investment Note)?

    Nota Pelaburan Islamik Terjamin (GN-i) ialah produk terbaharu bagi pelaburan PKS yang ditawarkan oleh Funding Societies. Ini adalah produk yang disediakan berdasarkan konsep Komoditi Murabahah (melalui persetujuan Tawarruq).

  • Bagaimanakah pelaburan ini berfungsi?

    Funding Societies akan menyediakan pembiayaan kepada Perusahaan Mikro, Kecil & Sederhana (PKS) melalui nota pelaburan, yang dibiayai oleh pelabur. PKS akan membuat pembayaran (prinsipal & pulangan) kepada pelabur mengikut jadual yang dipersetujui.

    Berbeza dengan struktur normal, nota pelaburan yang dikeluarkan di bawah Pembiayaan Islamik Terjamin akan dijamin oleh entiti yang dilantik (Entiti Penjamin). Sekiranya tiada pembayaran oleh penerbit nota (≥ 15 hari lewat tempoh (DPD), Entiti Penjamin akan membayar balik prinsipal dan pulangan yang perlu dibayar kepada Pelabur. Hak untuk menuntut hutang daripada Penerbit kemudiannya akan dipindahkan kepada Entiti Penjamin. 

     

  • Apakah kod produk pelaburan ini?

    Anda boleh mengenal pasti produk Islamik mengikut jenis pembiayaan yang berakhir dengan “-i”. Terdapat 2 jenis pelaburan Islamik, iaitu MBIBG dan MBISG

  • Apakah struktur pembayaran pelaburan ini?

    Terdapat dua jenis struktur pembayaran, iaitu pembayaran secara sekaligus atau ansuran bulanan. MBIBG mempunyai pembayaran ansuran bulanan, manakala MBISG mempunyai struktur pembayaran balik secara sekaligus.

  • Siapakah yang memberi jaminan?

    Nota pelaburan akan dijamin oleh entiti yang dilantik (Entiti Penjamin). Entiti penjamin mengekalkan penampan modal dan rizab tunai untuk memastikan pelabur dibayar tepat pada masanya sekiranya Penerbit nota membuat tunggakan/mungkir pada pembayaran. 

  • Apakah yang berlaku sekiranya terdapat kemungkiran pembayaran?

    Sekiranya penerbit nota terlepas membuat pembayaran (≥ 15 hari lewat tempoh pembayaran (DPD)), Entiti Penjamin akan campur tangan dan membayar prinsipal dan pulangan yang perlu dibayar kepada Pelabur. Hak untuk menuntut hutang daripada Penerbit kemudiannya akan dipindahkan kepada Entiti Penjamin.

  • Apakah risiko yang terlibat?

    Terdapat kemungkinan bahawa Entiti yang Menjamin tidak dapat memenuhi kewajipan kewangannya tepat pada masanya.

    Walau bagaimanapun, terdapat beberapa mekanisme yang disediakan untuk memastikan Entiti yang Menjamin mempunyai keupayaan untuk memenuhi obligasi kewangannya. Sebagai contoh, Entiti Penjamin dikehendaki mengekalkan modal dan penimbal rizab tunai untuk memastikan pelabur dibayar balik tepat pada masanya jika Pengeluar Nota mungkir pembayaran.

  • Apakah terma dan syarat bagi menyertai pelaburan ini?

    Tiada, pelaburan ini terbuka kepada semua pelabur.

  • Bagaimanakah cara saya boleh melabur dalam Nota Pelaburan Islamik Terjamin (Guaranteed Islamic Investment Note)?

    Nota Pelaburan Islamik Terjamin akan disediakan kepada pelabur melalui pelaburan auto (Auto-Invest) dan juga Pelaburan Manual.

  • Siapakah yang layak untuk melabur dalam GN-i?

    GN-i terbuka kepada semua pelabur yang mencari pelaburan halal yang mengikut garis panduan pelaburan Islam. Sama ada anda pelabur berpengalaman atau baru dalam pelaburan Islam, GN-i menyediakan pilihan pulangan terjamin yang mematuhi undang-undang Syariah.

Terokai Lebih Banyak Pelaburan

Nota Pelaburan Terjamin (GN)

   Prinsipal dan Pulangan Dijamin

   Pulangan setinggi 8% p.a.

   Tempoh sehingga 24 bulan

Pelaburan Konvensional

   Pulangan setinggi 18% setahun

   Tempoh sehingga 36 bulan

 

 

Pelaburan Islamik

   Pulangan setinggi 18% setahun

   Tempoh sehingga 36 bulan

   Nota Patuh Syariah

 

Akses pelaburan anda
dengan mudah melalui
aplikasi kami