Kiri ke kanan: Kelvin Teo, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Funding Societies | Modalku; Chai Kien Poon, Ketua Negara, Funding Societies Malaysia
KUALA LUMPUR, 18 April 2023 – Funding Societies, platform kewangan digital PKS bersepadu terbesar di Asia Tenggara, mengumumkan ia telah mencapai AS$3 bilion (RM13.4 bilion) lebih daripada 5 juta transaksi pembiayaan perniagaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di seluruh rantau ini. Tatkala syarikat itu terus berkembang di lima negara di Asia Tenggara, hampir 100,000 PKS telah mendapat manfaat daripada akses kepada pembiayaan.
Ia terus menyokong PKS yang terpinggir melalui rangkaian luas penyelesaian pembiayaan jangka pendeknya sambil mencatatkan kadar mungkir kurang dari 2% di keseluruhan kohort platform itu. Di Malaysia, Funding Societies telah mengeluarkan RM2 bilion dalam bentuk pembiayaan sejak penubuhannya pada 2017.
Dalam usahanya untuk memperkasakan PKS, syarikat itu mula menawarkan penyelesaian selain pembiayaan, seperti pembayaran dan kutipan. Sejak ia memulakan perniagaan pembayarannya, Funding Societies berjaya meningkatkan Nilai Transaksi Kasar (GTV) sehingga tiga kali ganda tahun ke tahun menerusi penyelesaian proprietarinya Elevate, dan penyepaduan penyelesaian pembayaran CardUp untuk tahun kewangan 2022.
Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Funding Societies | Modalku, Kelvin Teo, berkata, “2022 merupakan tahun yang sangat bermakna untuk Funding Societies walaupun dalam persekitaran makro yang tidak menentu. Komited untuk memperkasakan PKS di Asia Tenggara, kami telah mengumpulkan dana dalam Siri C+ kami; meperluas skala perniagaan kami di Thailand dan Vietnam; memperdalam penawaran pembiayaan tempatan; memperoleh barisan kredit pertama kami daripada bank komersial global HSBC berjumlah AS$50 juta (RM224 juta); serta menceburi perniagaan pembayaran dengan CardUp dan pelaburan ke dalam Bank Indeks, kerana keperluan PKS melangkaui sekadar pembiayaan.”
“Walaupun terdapat pelbagai rintangan makro tahun ini, kami tetap optimistik untuk terus berkembang mampan, seperti yang kami lakukan semasa COVID-19. Kami akan terus kekal tangkas, berinovasi dan mengembangkan skala dalam pembiayaan, pembayaran dan perkhidmatan kewangan yang lain – menyelesaikan pelbagai titik permasalahan yang dihadapi oleh PKS,” tambah Teo.
Ketua Negara Funding Societies Malaysia, Chai Kien Poon, menegaskan, “Kami berbangga kerana pasukan kami di Malaysia berjaya mencatatkan satu lagi kejayaan buat kami, iaitu dengan mencapai garisan pembayaran RM2 bilion dalam tempoh enam tahun. Pencapaian ini mencerminkan apa yang dapat kami saksikan di lapangan. PKS akan sentiasa memerlukan sokongan pembiayaan tambahan tatkala mereka menyumbang ke arah unjuran pertumbuhan KDNK 4.5% pada 2023. Kami berharap – sambil bekerjasama dengan pemegang taruh – untuk terus berkembang dan memberi impak positif kepada ekonomi Malaysia, dan masyarakat kami, dengan memperkasakan PMKS serta mewujudkan dan menyokong pekerjaan.”
“Selaras dengan komitmen kami ke arah memartabatkan PKS tempatan, kami merancang untuk memperkenalkan banyak lagi produk baharu tahun ini, termasuk mengembangkan penawaran Pembiayaan Islam kami. Kami berharap untuk menempa kerjasama industri baharu bagi membolehkan kami mendalamkan lagi jangkauan kami kepada PKS terpinggir, yang mempunyai kepercayaan kredit.”
Mengalu-alukan CardUp ke dalam Kumpulan
Satu lagi pencapaian penting adalah pemerolehan CardUp, sebuah platform pembayaran digital. Kedua-dua entiti kini sedang membangunkan platform pembayaran digital bersepadu untuk PKS. Pemerolehan itu turut berjaya menarik bakat penting dalam bidang pembayaran untuk menyertai Funding Societies. Bersama-sama, platform itu kini meliputi Singapura, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan Vietnam; dengan operasi di Hong Kong dan India.
Menawarkan lebih daripada pembiayaan bagi membantu PKS mempertingkatkan perniagaan mereka
Funding Societies turut memperkenalkan penyelesaian perbelanjaan perniagaan berinovasinya yang disertakan dengan saluran kredit – Elevate. PKS menikmati akses kepada kredit yang lebih pantas kerana permohonan mereka akan diproses untuk kelulusan dari hari perniagaan pertama selepas permohonan. Sejak Elevate dilancarkan di Singapura tahun lalu, Funding Societies telah memberikan perkhidmatan kepada hampir 2,000 PKS, di mana Elevate menjadi kad kredit korporat pertama mereka. Perniagaan-perniagaan ini beroperasi dalam pelbagai sektor termasuk pembinaan; maklumat dan komunikasi; pembuatan; profesional, saintifik dan teknikal; dan perdagangan borong dan runcit.
Platform pembiayaan digital PKS bersepadu itu bercadang untuk memperkenal Elevate di pasaran-pasarannya yang lain. Ini akan memberikan manfaat kepada PKS yang menghadapi cabaran mendapatkan kredit bagi menampung perbelanjaan perniagaan mereka. Dengan menggabungkan Elevate atau kad lain yang dimiliki oleh PKS dengan CardUp, PKS berupaya menggunakan kad mereka di tempat-tempat yang tidak menerima kad, lantas memudahkan kutipan pembayaran pelanggan. Penyelesaian pembayaran CardUp akan diperkenalkan secara berperingkat di seluruh pasaran lain di mana Funding Societies beroperasi dalam tempoh dua tahun akan datang.
Pencapaian di Malaysia
Pada Mei 2022, Funding Societies memperkenalkan penyelesaian Pembiayaan Perdagangan patuh Syariah pertamanya landaskan Murabahah Komoditi melalui Tawarruq, membolehkan PKS mengakses kredit tanpa cagaran sehingga RM1 juta. Funding Societies juga sedang berusaha untuk melancarkan pembiayaan mikro & berjangka patuh Syariah pada masa terdekat lalu meluaskan lagi penawaran pembiayaan Syariah kami merangkumi produk kami selaras dengan matlamat kami dalam menjadi pembiaya digital kewangan Islam pilihan PKS. Untuk pelabur, platform Teknologi Kewangan ini telah memperkenalkan Nota Pelaburan Terjamin (GIN) yang memberikan pulangan tetap sehingga 8% setahun kepada para pelabur. Menerusi GIN, pelabur boleh menikmati pulangan pokok dan faedah secara konsisten untuk pelaburan mereka dari serendah RM100. Sebuah entiti penjamin yang dilantik untuk menyelenggara pemampan modal dan rizab tunai bagi memastikan pelabur dibayar balik tepat pada masanya apabila pengeluar ingkar atau mungkir dalam pembayaran.
Indonesia
Pendana
[email protected]
+62 877 3751 1114
Peminjam
[email protected]
+62 877 7873 6144
Penagihan
[email protected]
Unifam Tower, Jl. Panjang Raya
Blok A3 No.1, Kedoya Utara,
Kebon Jeruk, Jakarta Barat,
DKI Jakarta, 11520, Indonesia
Singapore
[email protected]
General Enquiries:
+65 6221 0958
Sales Enquiries:
+65 6011 7534
112 Robinson Road
Level 8
Singapore 068902
Malaysia
[email protected]
Primary contact
+603 9212 0208
Secondary contact
+603 2202 1013
Unit 15.01 & Unit 15.02,
Level 15, Mercu 3,
KL Eco City, Jalan Bangsar,
59200 Kuala Lumpur
Thailand
SME Loan
[email protected]
+66 93 139 9721
Investment
[email protected]
+66 62 197 8661
No. 29, Vanissa Building,
24th Floor, Room No. 2412 & 2414,
Soi Chidlom, Ploenchit Road,
Lumpini, Pathumwan,
Bangkok, 10330
Vietnam
[email protected]
(+84) 28 7109 7896
The Sarus Building
67 Nguyen Thi Minh Khai
Ben Thanh Ward, District 1
Ho Chi Minh City, Vietnam
Dreamplex
174 Thai Ha Street,
Trung Liet Ward, Dong Da District,
Hanoi, Vietnam
Registered with Securities Commission Malaysia.
Modalku Ventures Sdn Bhd 201601019329 (1190266X)
© 2020 Modalku Ventures Sdn Bhd. All rights reserved.
Funding Societies is a SME Digital Financing Platform registered with Securities Commission Malaysia. It does not fall under the jurisdiction of Bank Negara Malaysia. Therefore, financing products of Funding Societies should not be constructed as business loan, SME loan, micro loan, term loan or any other loans offered by banks in Malaysia and it is to be deemed as an investment note as defined in the Guidelines on Recognised Markets.
Disclaimer: All third party trademarks, product and company names are the property of their respective holders.