Funding Societies lancar Penyelesaian Pembiayaan Islam Komprehensif


Penyelesaian Pembiayaan Islam merangkumi produk Pembiayaan Mikro-i, Pembiayaan Invois-i dan Pembiayaan Perniagaan-i yang menyasarkan pelbagai segmen PMKS

(Dari kiri: Chai Kien Poon, Ketua Negara Funding Societies Malaysia; Pn. Yushida Husin, Ketua Pegawai Eksekutif CGC Digital; Pn. Ruslena Ramli, Pengarah Fintech dan Ekonomi Digital Islam, MDEC dan Wong Kah Meng, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Funding Societies | Modalku)

KUALA LUMPUR, 30 Mei 2023 – Funding Societies, platform kewangan digital PKS bersepadu terbesar di Asia Tenggara, telah melancarkan koleksi produk pembiayaan komprehensif patuh Syariah bagi memenuhi keperluan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berkelayakan kredit namun terpinggir bagi mendapatkan kemudahan kredit untuk mengembangkan perniagaan mereka. Perkhidmatan pembiayaan Islam ini merangkumi Pembiayaan Perniagaan-i (Business Term Financing-i), Pembiayaan Mikro-i (Micro Financing-i), dan Pembiayaan Invois-i (Invoice Financing-i).

“Kemudahan kredit adalah penting untuk pembangunan dan perkembangan PKS secara inklusif dan mampan. Di Malaysia sahaja, jurang pembiayaan PKS sedia ada berjumlah RM90 bilion. Oleh sebab itu, platform pembiayaan PKS seperti Funding Societies memainkan peranan penting bagi merapatkan jurang tersebut. Kedudukan Malaysia sebagai peneraju pembiayaan Islam adalah berketepatan untuk memperkasakan tawaran pembiayaan patuh Syariah kami bagi menyokong pembangunan PKS Malaysia,” kata Wong Kah Meng, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan bagi Funding Societies | Modalku dan Pengasas Bersama Funding Societies Malaysia.

Chai Kien Poon, Ketua Negara Funding Societies Malaysia berkata, “Berdasarkan maklum balas pasaran, terdapat permintaan terhadap pembiayaan kewangan patuh Syariah daripada para usahawan. Pada masa yang sama, kewangan Islam juga mendapat perhatian kerana penekanannya ke atas keadilan dan ketelusan terutama bila melibatkan yuran dan caj. Selain itu, pengenalan Pembiayaan Islam kami adalah sejajar dengan aspirasi Malaysia untuk terus menerajui kewangan Islam serta memberikan tumpuan kepada ekonomi digital dan Teknologi Kewangan (FinTech) Islam.”

PKS yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian dengan mudah, di mana-mana dan pada bila-bila masa. Menerusi pendekatan digital dan tanpa memerlukan sebarang jaminan Funding Societies turut menyediakan PMKS pembiayaan pada kadar yang lebih cepat berbanding institusi kewangan tradisional hasil daripada.

“Selain pelancaran pembiayaan Islam ini, kami juga telah membangunkan produk pelaburan patuh Syariah untuk para pelabur kami. Produk ini membolehkan mereka untuk mempelbagaikan pelaburan mereka dengan menyokong PMKS tempatan. Kami turut menyaksikan permintaan memberangsangkan daripada para pelabur yang merangkumi pelabur runcit, individu kaya dan institusi. Lanjutan daripada itu, kami berharap untuk bekerjasama dengan institusi-institusi kewangan bagi menawarkan pelaburan patuh Syariah kepada pelanggan mereka,” tambah Chai.

Khairil Anuar Mohd Noor, Prinsipal, Masryef Advisory, yang turut hadir pada majlis pelancaran di Kuala Lumpur, berkata, "Kami amat berbesar hati untuk terlibat dalam inisiatif Funding Societies ini yang akan menyumbangkan kepada sektor pembiayaan Islam di Malaysia. Kami percaya bahawa melalui produk pembiayaan patuh Syariah oleh platform pembiayaan digital tersebut, lebih banyak PMKS akan dapat memperoleh dana melalui  pembiayaan alternatif untuk kelangsungan perniagaan mereka. Pada masa yang sama, ini turut menyediakan peluang pelaburan aset patuh Syariah alternatif. Kerjasama ini turut membolehkan kami menggabungkan kehebatan teknologi Funding Societies dengan kepakaran kami dalam perkhidmatan nasihat Syariah. Ini seterusnya akan memacu pertumbuhan inklusif serta melebarkan lagi potensi kewangan Islam untuk pembangunan ekonomi Malaysia secara mampan."

Funding Societies telah beroperasi di Malaysia sejak tahun 2016 dan telah menyediakan pembiayaan kepada sejumlah besar PKS. Platform FinTech ini telah mengagihkan pembiayaan lebih daripada RM2 bilion sejak Funding Societies beroperasi di Malaysia. Manakala lebih daripada RM13.74 bilion telah diagihkan platform pembiayaan PKS itu di rantau Asia Tenggara merangkumi  lebih daripada 5.1 juta transaksi setakat tahun 2022. Sambutan memberangsangkan berikutan pelancaran peringkat awal pada Mei 2022 mendorong kepada pelancaran penyelesaian pembiayaan hari ini. Platform FinTech ini turut menyasarkan untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya 50% agihannya terdiri daripada pembiayaan patuh Syariah menjelang 2025.

Untuk maklumat lanjut tentang penyelesaian Pembiayaan Islam Funding Societies Malaysia, sila layari https://fundingsocieties.com.my/islamic-financing.

(Penerangan produk pembiayaan Islam Funding Societies)

Indonesia

Pemberi Dana
[email protected]
+62 877 7126 5290

Penerima Dana
[email protected]
+62 877 7873 6144

Unifam Tower, Jl. Panjang Raya
Blok A3 No.1, Kedoya Utara,
Kebon Jeruk, Jakarta Barat,
DKI Jakarta, 11520, Indonesia

Singapore

[email protected]
General Enquiries:
+65 6221 0958

Sales Enquiries:
+65 6011 7534

112 Robinson Road
Level 8
Singapore 068902

Malaysia

[email protected]
Primary contact
+603 9212 0208

Secondary contact
+603 2202 1013

Unit 15.01 & Unit 15.02,
Level 15, Mercu 3,
KL Eco City, Jalan Bangsar,
59200 Kuala Lumpur

Thailand

SME Loan
[email protected]
+66 93 139 9721

Investment
[email protected]
+66 62 197 8661

No. 188, Spring Tower,
10th Floor, Phayathai Road,
Thung Phaya Thai Sub-district,
Ratchathewi District,
Bangkok, 10400

Vietnam

[email protected]
(+84) 28 7109 7896

The Sentry P
16 Nguyen Dang Giai Street,
Thao Dien Ward, Thu Duc City,
Ho Chi Minh City, Vietnam

Dreamplex
174 Thai Ha Street,
Trung Liet Ward, Dong Da District,
Hanoi, Vietnam

lockSSL Secure Site

Get the investor app

Registered with Securities Commission Malaysia.
Modalku Ventures Sdn Bhd 201601019329 (1190266X)
© 2020 Modalku Ventures Sdn Bhd. All rights reserved. 

Funding Societies is a SME Digital Financing Platform registered with Securities Commission Malaysia. It does not fall under the jurisdiction of Bank Negara Malaysia. Therefore, financing products of Funding Societies should not be constructed as business loan, SME loan, micro loan, term loan or any other loans offered by banks in Malaysia and it is to be deemed as an investment note as defined in the Guidelines on Recognised Markets.

Disclaimer: All third party trademarks, product and company names are the property of their respective holders.