(Dari kiri: Lim Pinn Yang, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Good Foodie Media, dan Chai Kien Poon, Ketua Negara, Funding Societies Malaysia)
KUALA LUMPUR, 5 Jun 2024 - Funding Societies, platform kewangan digital PKS bersepadu terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara telah menjalin usahasama dengan Good Foodie Media Sdn. Bhd. (“Foodie”), syarikat Digital Media No.1 yang Menumpukan Gaya Hidup di rantau Asia Tenggara; untuk menawarkan pelan ansuran kepada PKS di bawah ekosistem Foodie. Usahasama ini akan membolehkan syarikat makanan dan minuman (F&B) serta syarikat gaya hidup dan hiburan memperolehi akses kepada perkhidmatan media berjumlah sehingga RM50,000 melalui pelan ansuran.
Setiap bulan, lebih 100 juta orang dari seluruh rantau ini mengambil manfaat dari konten media yang dihasilkan oleh saluran Foodie; yang paling terkenal adalah seperti KL Foodie, Penang Foodie dan Singapore Foodie.
Foodie terdiri daripada pasukan pencipta kandungan (content creator) yang memiliki pelbagai latar belakang. Foodie menyasarkan untuk menghubungkan rangkaian perniagaan F&B dengan pelanggan yang memiliki pelbagai citarasa melalui kekuatan jenama mereka di media sosial. Sejak 2023, Good Foodie Media telah menjadi sebahagian daripada program Founders Centre of Excellence (FOX) oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).
Ts. Mahadhir Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) berkata, “Kami di MDEC amat berbesar hati untuk menyokong usahasama antara Funding Societies dan Good Food Media yang menawarkan bantuan pembiayaan kepada PKS bagi mempertingkatkan keupayaan digital, selaras dengan inisiatif strategik negara, Malaysia Digital (MD). Selaku peserta Founders Centre of Excellence (FOX) oleh MDEC, yang mendukung pembangunan pesat syarikat berteknologi tinggi, Good Foodie Media telah meraih manfaat daripada bantuan MDEC melalui perolehan status MD dan penyertaan dalam ekosistem DE Rantau. Usahasama ini membolehkan Good Foodie Media membantu seramai 250 usahawan mikro dan kecil dalam bidang makanan dan minuman memasarkan produk mereka melalui platform yang disediakan”.
Encik Chai Kien Poon, Ketua Negara, Funding Societies Malaysia, berkata, “Sektor perkhidmatan di Malaysia meningkat kepada RM2.3 trilion pada tahun 2023, dengan peningkatan sebanyak 8.4 peratus berbanding RM2.1 trilion pada tahun 2022, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Namun demikian, masih terdapat sub-sektor yang masih belum berupaya untuk melepasi nilai pendapatan yang mereka capai sebelum pandemik (2019), terutamanya bagi sub-sektor makanan dan minuman (-1.4 peratus); dan kesenian, hiburan dan rekreasi (-2.24 peratus). Akses kepada aliran tunai serta penyelesaian pemasaran dan pengiklanan digital adalah amat penting untuk membantu PKS pulih dan bangkit semula selepas pandemik. Usahasama yang dijalin oleh Funding Societies dengan Good Foodie Malaysia menggabungkan dua teras utama yang berupaya memberikan penawaran perkhidmatan yang lebih baik serta memperluaskan skala PKS layak kredit, yang tidak diberikan peluang sepatutnya dalam industri ini.”
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Good Foodie Media, Lim Pinn Yang, berkata, “Di Foodie, nilai teras kami adalah untuk membantu seramai mungkin PKS di Malaysia untuk mendigitalkan aktiviti pemasaran dan perdagangan mereka. Semenjak 2017 lagi, kami telah membantu sejumlah besar perniagaan di dalam negara untuk berkongsi kisah mereka melalui platform media sosial. Selain dari liputan percuma yang dipilih oleh ditor, kami turut menawarkan pelbagai pakej pemasaran digital dan penyelesaian pengiklanan kepada PKS.
“Ramai dari kalangan peniaga menyaksikan pendapatan mereka meningkat sehingga dua atau tiga kali ganda selepas mendapat liputan dari kami. Melalui usahasama baharu ini, kami berhasrat untuk membuka luas akses kepada pakej yang kami tawarkan bagi perniagaan baharu. Kini, mereka boleh menggunakan perkhidmatan Foodie untuk tujuan pengiklanan, malah mereka boleh “beli-sekarang-bayar-kemudian” dan menggunakan hasil peningkatan penjanaan pendapatan yang mereka perolehi untuk perkhidmatan kami melalui kaedah ansuran bulanan. Kami teruja dengan usahasama bersama Funding Societies yang akan mengetengahkan lebih ramai lagi PKS di Malaysia.”
Melalui usahasama ini, PKS berpeluang untuk melanggan perkhidmatan isi kandungan dari Foodie melalui pelan ansuran selama 3 bulan yang berjumlah sehingga RM50,000. PKS hanya perlu melampirkan 2 set dokumen - dokumen pengenalan diri (Pengarah dan Syarikat) dan penyata akaun bank untuk tempoh 6 bulan bagi memohon pelan ansuran patuh Shariah secara digital.
Pra-kelayakan PKS untuk pelan ansuran ini perlu memenuhi kriteria berikut:
Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai salah satu daripada yang berikut: milikan tunggal, perkongsian, syarikat sendirian berhad (bukan subsidiari syarikat tersenarai), atau syarikat awam berhad tidak tersenarai dengan sekurang-kurangnya 30% pemilikan Malaysia;
Telah beroperasi bagi tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan; dan
Memiliki pendapatan tahunan minimum RM60,000
Good Foodie Media dan Funding Societies berhasrat untuk memperkasakan perniagaan di Malaysia melalui penampilan digital yang dipertingkatkan bagi meluaskan lagi jangkauan mereka, memupuk pertumbuhan mampan, dan membina kesedaran jenama yang letih utuh di pasaran.
Dengan penguasaan lebih 50% pasaran di Malaysia, Funding Societies menerajui industri pembiayaan digital PKS melalui penyelesaian pembiayaan yang disesuaikan mengikut pelbagai keperluan perniagaan PKS. Melalui proses integrasi secara dalam talian sepenuhnya, platform ini berupaya menangani cabaran yang sering kali dihadapi oleh PKS untuk mendapatkan penyelesaian pembiayaan termasuk keperluan cagaran, penyerahan dokumen fizikal dan tempoh pemprosesan yang panjang.
Ingin menguar-uarkan makluamat mengenai restoran, kafe, ataupun perniagaan anda? Realisasikan keinginan anda dengan mendaftar melalui perkhidmatan Foodie di: https://fsmk.cc/gfmfs
Indonesia
Pemberi Dana
[email protected]
+62 877 3751 1114
Penerima Dana
[email protected]
+62 877 7873 6144
Penagihan
[email protected]
Unifam Tower, Jl. Panjang Raya
Blok A3 No.1, Kedoya Utara,
Kebon Jeruk, Jakarta Barat,
DKI Jakarta, 11520, Indonesia
Singapore
[email protected]
General Enquiries:
+65 6221 0958
Sales Enquiries:
+65 6011 7534
112 Robinson Road
Level 8
Singapore 068902
Malaysia
[email protected]
Primary contact
+603 9212 0208
Secondary contact
+603 2202 1013
Unit 15.01 & Unit 15.02,
Level 15, Mercu 3,
KL Eco City, Jalan Bangsar,
59200 Kuala Lumpur
Thailand
SME Loan
[email protected]
+66 93 139 9721
Investment
[email protected]
+66 62 197 8661
No. 29, Vanissa Building,
24th Floor, Room No. 2412 & 2414,
Soi Chidlom, Ploenchit Road,
Lumpini, Pathumwan,
Bangkok, 10330
Vietnam
[email protected]
(+84) 28 7109 7896
The Sentry P
16 Nguyen Dang Giai Street,
Thao Dien Ward, Thu Duc City,
Ho Chi Minh City, Vietnam
Dreamplex
174 Thai Ha Street,
Trung Liet Ward, Dong Da District,
Hanoi, Vietnam
Registered with Securities Commission Malaysia.
Modalku Ventures Sdn Bhd 201601019329 (1190266X)
© 2020 Modalku Ventures Sdn Bhd. All rights reserved.
Funding Societies is a SME Digital Financing Platform registered with Securities Commission Malaysia. It does not fall under the jurisdiction of Bank Negara Malaysia. Therefore, financing products of Funding Societies should not be constructed as business loan, SME loan, micro loan, term loan or any other loans offered by banks in Malaysia and it is to be deemed as an investment note as defined in the Guidelines on Recognised Markets.
Disclaimer: All third party trademarks, product and company names are the property of their respective holders.