Click here to view this page in English.
Perkasa Pertumbuhan Perniagaan Anda dengan
Property-Backed Secured Financing
Gunakan nilai hartanah anda untuk mendapatkan pembiayaan segera bagi pengembangan perniagaan.
-
Pembiayaan sehingga RM20 juta
-
Sehingga 60% daripada nilai hartanah
-
Kadar keuntungan dari 10% setahun
-1.png?width=1053&height=702&name=Untitled%20design%20(12)-1.png)
Property-Backed Secured Financing terbuka kepada
-
Pemilikan tunggal, perkongsian, perkongsian liabiliti terhad (LLP), syarikat sendirian berhad, syarikat awam tidak tersenarai, syarikat awam tersenarai, atau anak syarikat awam tersenarai.
-
Sekurang-kurangnya 30% pegangan saham dimiliki oleh warganegara Malaysia.
-
Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya enam (6) bulan.
-
Hartanah telah siap dibina dan mempunyai Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) serta bebas dari cagaran.
-
Hartanah mestilah terletak di Semenanjung Malaysia.
Maksimumkan Potensi Hartanah Anda untuk Menyokong Pengembangan Perniagaan
Kadar Kompetitif
Nikmati kadar keuntungan yang kompetitif dan lebih rendah berbanding pilihan pembiayaan tanpa cagaran.
Pilihan Cagaran Fleksibel
Pembiayaan bercagar kami membolehkan PKS menggunakan pelbagai jenis hartanah sebagai cagaran, memberikan fleksibiliti kepada perniagaan dengan aset hartanah yang pelbagai.
Aliran Tunai yang Mesra
Pembayaran balik yang fleksibel, memudahkan pengurusan aliran tunai perniagaan.
Proses Permohonan
Semak Kelayakan
- Borang Pendaftaran Syarikat
- Salinan NRIC/Pasport semua Pengarah
- Penyata Akaun Bank Syarikat untuk tempoh 6 bulan terkini
- Pernyataan Persetujuan
- Salinan Hak Milik Hartanah (Hak Milik Individu / Hak Milik Strata)
Permohonan Pembiayaan
Hantar dokumen anda untuk semakan kami. Kami mungkin akan meminta dokumen tambahan bagi melengkapkan permohonan anda.
Penyaluran Dana
Kami akan memberikan maklum balas secepat mungkin selepas menerima dokumen lengkap. Dana akan disalurkan setelah permohonan diluluskan dan diterima.
Bantu kami memahami perniagaan anda, dan kami akan menghubungi anda dalam masa terdekat.
Kelebihan Funding Societies
Kami boleh membantu anda
Bukan apa yang anda cari?
Kami mempunyai penyelesaian pembiayaan lain yang tersedia untuk memenuhi keperluan anda.
Soalan Lazim
-
Apa itu Property-Backed Secured Financing?
Property-backed secured financing, juga dikenali sebagai pembiayaan berasaskan hartanah, membolehkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menggunakan hartanah mereka sebagai cagaran untuk mendapatkan dana. Kaedah ini menawarkan perniagaan satu cara untuk mengakses dana, membolehkan mereka memanfaatkan aset hartanah untuk menyokong pertumbuhan dan memenuhi keperluan kewangan.
-
Apakah terma Property-Backed Secured Financing?
Produk ini menawarkan pembiayaan sehingga RM20 juta dengan kadar keuntungan bermula daripada 10% setahun.
Setelah anda menerima tawaran kami, jumlah pembiayaan yang diluluskan akan disalurkan kepada anda, dengan yuran berkaitan ditolak terlebih dahulu daripada jumlah tersebut. -
Berapa lamakah tempoh bayaran balik?
Tempoh pembayaran balik sehingga 12 bulan, dengan pembaharuan tahunan tertakluk pada tiada rekod kredit negatif.
-
Bagaimana cara untuk memohon pembiayaan ini?
Jika ini kali pertama anda memohon dengan kami, berikut adalah panduan ringkas proses permohonan:
Langkah 1: Lengkapkan borang permohonan di laman kami.
Langkah 2: Hantar semua dokumen yang diperlukan untuk permohonan ini:
-
Borang Pendaftaran Syarikat
-
Salinan semua NRIC/Passport Pengarah
-
Penyata Akaun Bank Syarikat untuk tempoh 6 bulan terkini
-
Pernyataan Persetujuan
-
Salinan Hak Milik Hartanah (Hak Milik Individu / Hak Milik Strata)
Nota: Dokumen kewangan tambahan mungkin diperlukan untuk permohonan pembiayaan melebihi RM500,000.
Langkah 3: Tunggu pasukan kami menghubungi anda untuk pengesahan kelulusan pembiayaan.
Langkah 4: Terima tawaran pembiayaan kami (jika anda bersetuju).
Dana akan dikreditkan ke akaun bank perniagaan yang ditetapkan, dan kitaran pembayaran balik akan bermula pada bulan berikutnya.
-
-
Apakah jenis hartanah yang boleh dibiayai di bawah produk ini?
Untuk layak mendapatkan Property-Backed Secured Financing, kriteria berikut mesti dipenuhi:
-
Hartanah mestilah terletak di Semenanjung Malaysia (Wilayah Utara, Tengah, atau Selatan).
-
Pembiayaan tidak tersedia untuk pembelian hartanah.
-
Jenis hartanah yang layak termasuk:
-
Hartanah komersial siap bina standard
-
Hartanah kediaman reka bentuk standard
-
Bangunan perindustrian standard
-
Tanah komersial / kediaman
-
-
Hartanah telah siap dibina dan mempunyai Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) serta bebas dari cagaran.
-
Hartanah freehold atau leasehold diterima, dengan baki tempoh pajakan minimum 60 tahun pada masa permohonan.
-
-
Apa berlaku sekiranya saya lewat membuat pembayaran?
Sekiranya anda lewat membuat pembayaran, bayaran/caj berikut akan dikenakan:
- Caj Penalti Lewat: RM500 bagi setiap kitaran pembayaran
- Caj Faedah Lewat: 0.1% sehari (tidak terkumpul) ke atas jumlah tertunggak
-
Bolehkah saya membuat penyelesaian awal?
Ya. Tiada caj penyelesaian awal untuk produk ini, dan PKS boleh menjimatkan faedah pembiayaan.
-
Bolehkah yuran guaman dan penilaian dimasukkan dalam pembiayaan?
Ya, yuran guaman dan penilaian boleh dimasukkan dalam jumlah pembiayaan, membolehkan pemohon menanggung kos ini secara terkumpul di dalam pakej Property-Backed Secured Financing.
