Click here to view this page in English.

SME Pembiayaan Mikro/-i

Terus maju, kekal diperkasa

Apa yang akan anda lakukan dengan peningkatan modal sehingga RM200,000?

  • Kelulusan segera dalam tempoh 15 minit (beta)*

  • Pembiayaan sehingga RM 200,000

  • Tempoh pembiayaan sehingga 18 bulan

  • Kadar keuntungan dari 0.8% sebulan

  • Pembiayaan patuh Syariah disediakan

 

Mohon Sekarang

0fab114e9ff59b515471af4ef4d33ecddd3d495b90774898d5fbd9572ea142d5

 

054fb5144d908a5356ee56cb0f1b82f63a65278f010458743f53a2e8ee4b2ca3

*Perkhidmatan Kelulusan Pantas, yang menjanjikan masa kelulusan 15 minit, masih dalam fasa ujian beta. Hanya pemohon yang dipilih akan dapat menggunakan ciri baru ini. Permohonan yang perlu semakan tambahan akan diproses dalam masa 2 hari berkerja.

778a7cde7ecf850f64eb3e71dc27d6809e04eb9daede8bfb69caa9dd8999e7ca-1

 

Pembiayaan Mikro/-i terbuka kepada

  • Syarikat milikan tunggal, perkongsian, perkongsian liabilliti terhad, sendirian berhad (bukan anak syarikat kepada syarikat awam tersenarai) atau syarikat awam tidak tersenarai yang berdaftar dengan SSM
  • Minimum 30% pegangan saham tempatan oleh warganegara Malaysia
  • Pendapatan tahunan minimum sebanyak RM60,000 (atau RM5,000 sebulan)
  • Telah beroperasi minimum selama 6 bulan

 

Ada soalan? Klik butang terapung di bahagian bawah skrin untuk berbual dengan kami!

64313c80941c627bccb1cfbdac12c2dcac99c45196a640d1d16961a777aa132b-2-1

Penyelesaian Pembiayaan
Mikro/-i untuk keperluan
perniagaan anda

Pantas

Permohonan atas talian dan kelulusan segera dalam masa 15 minit (beta)*. Pembayaran pembiayaan dalam masa 2 hari bekerja selepas penerimaan.

Harga Telus

Kami mengenakan Fi Penggunaan dan Fi Jaminan sekali semasa penyaluran dan kadar faedah biasa. Tiada yuran tersembunyi.

Dokumen Ringkas

Permohonan atas talian dan kelulusan segera dalam masa 15 minit (beta)*. Pembayaran pembiayaan yang pantas dalam 1 hari bekerja selepas diluluskan.

Tiada Cagaran

Kami memberi tumpuan kepada potensi perniagaan dan bukan aset anda.

Desktop with human

Bagaimana cara memohon?

1
Lengkapkan borang permohonan

Ia hanya mengambil masa beberapa minit dan anda boleh menyambung permohonan pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari.

2
Tawaran Pembiayaan

Kami akan menyemak permohonan anda dan membuat tawaran tentatif dalam masa 15 minit (beta)*

3
Tandatangan kontrak secara elektronik dan terima dana

Selepas pembiayaan anda diluluskan, anda hanya perlu e-Tandatangan pada kontrak dan terima dana dalam akaun perniagaan anda.

Mohon Sekarang

Anda hanya memerlukan dokumen berikut apabila membuat permohonan:

  • Penyata akaun bank syarikat untuk 6 bulan terkini

  • Salinan atau gambar kad pengenalan anda, depan dan belakang

  • Salinan atau gambar kad pengenalan untuk semua pengarah tambahan

Minima RM 3,000 dan maksima RM 200,000

Kelebihan Funding Societies

lock icon

Berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

handshake icon-2

Platform pembiayaan digital PKS terbesar
di Asia Tenggara

money

Mengagihkan lebih
RM 18 bilion merangkumi
lebih 5 juta nota pembiayaan

human

Lebih 300,000 pelabur berdaftar di seluruh
Asia Tenggara

758d81832992f43004e1ce1dc40b799aa8c051499458d81e016ead961b795785

Dana pelabur diurus oleh Malaysian Trustees Berhad

Sertai Komuniti SME Kami

ce87ddf78415b8bc1a4e35830c779d1916e9e55c11a386f80218c24e59e9d9df-1
72036db5e8a7771900a753f6df07023d69758ae4885fc26fe3dcd9708b44f12b-1
75ef48c62462ffdda70f1e16ab537bbc9a352fce704c458769166e5618842304-1
Kami boleh membantu anda

Bukan apa yang anda cari?
Kami mempunyai penyelesaian pembiayaan lain yang tersedia untuk memenuhi keperluan anda.

Terokai penyelesaian perniagaan kami

Soalan Lazim

  • Apa itu Pembiayaan Mikro/-i?

    Pembiayaan Mikro/-i oleh Funding Societies merupakan produk pembiayaan perniagaan yang menawarkan kredit mikro kepada PKS. Sebagai pemilik perniagaan, anda boleh memanfaatkan produk ini untuk mengekalkan aliran tunai dan mempertingkatkan perniagaan anda. Kami menawarkan kedua-dua produk Pembiayaan Mikro (konvensional) dan Pembiayaan Mikro-i berdasarkan aktiviti perniagaan dan keperluan PKS..

  • Bagaimana Pembiayaan Mikro/-i berfungsi?

    Dengan Pembiayaan Mikro/-i oleh Funding Societies, anda boleh memohon jumlah pembiayaan sehingga RM200,000 tertakluk kepada kadar faedah (untuk konvensional) / kadar keuntungan (untuk Islamik) sebanyak 0.8% - 1.5% sebulan dan tempoh kredit sehingga 18 bulan.

    Setelah anda menerima tawaran kami, kami akan mengkreditkan jumlah pembiayaan yang diluluskan kepada anda, selepas penolakan yuran-yuran berkenaan dari jumlah pembiayaan. 

  • Berapa lamakah tempoh bayaran balik?

    Bergantung kepada keperluan dan jenis pembiayaan anda, anda boleh memohon tempoh kredit selama 6, 9, 12, atau 18 bulan.

  • Bagaimana cara untuk memohon?

    Jika ini adalah kali pertama ada membuat permohonan, berikut adalah ringkasan proses permohonan.

    Langkah 1: Lengkapkan borang Permohonan di laman web kami

    Langkah 2: Serahkan semua dokumen yang diperlukan untuk permohonan

    • Salinan Kad Pengenalan / Pasport semua Pengarah
    • Penyata Bank 6 bulan terkini
    • Penilaian Cukai Pendapatan Peribadi 2 tahun terkini (Pilihan)

    Langkah 3: Tunggu pengesahan kelulusan pembiayaan melalui e-mel

    Langkah 4: Terima tawaran pembiayaan yang diluluskan (jika anda bersetuju dengan terma dan syarat)

    Kami akan mengkreditkan dana ke akaun bank perniagaan yang ditetapkan anda setelah proses pelaburan diselesaikan dan kitaran pembayaran anda akan bermula pada bulan berikutnya.

  • Adakah terdapat yuran dan caj?

    Seperti mana-mana produk pembiayaan lain, yuran dan caj berikut akan dikenakan: 

    Pembiayaan Mikro Islamik

    • Fi Pengeluaran: 5% daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan, ditolak semasa pengeluaran.
    • Fi Jaminan: 5% daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan, ditolak semasa pengeluaran.

    Pembiayaan Mikro (Konvensional)

    • Fi Penggunaan: 5% daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan, ditolak semasa pengeluaran. 
    • Fi Jaminan: 5% daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan, ditolak semasa pengeluaran.
  • Bagaimana jika saya lewat dalam membuat pembayaran balik?

    Pembiayaan Mikro Islamik 

    Caj Lewat Bayar yang terdiri daripada Pampasan (Ta’widh) dan Penalti (Gharamah) akan dikenakan, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

    • Pembayaran ingkar sebelum tarikh matang: Pampasan (Ta’widh) boleh dikenakan pada kadar 1% setahun atas baki lampau tempoh dan tidak akan dikompaunkan.
       
    • Pembayaran ingkar selepas tarikh matang: Pampasan (Ta’widh) boleh dikenakan pada kadar 1% setahun atas baki lampau tempoh (jumlah pokok lampau tempoh dan keuntungan lampau tempoh). Funding Societies boleh mengenakan Pampasan (Ta’widh) dan Penalti (Gharamah) sebagai Caj Lewat Bayar pada kadar maksimum 10% setahun.

    Pembiayaan Mikro (Konvensional) 
    Jika anda lewat membuat pembayaran balik, yuran/caj berikut akan dikenakan:

    • Caj Penalti Lewat Bayar: RM200 untuk setiap kitaran pembayaran
    • Caj Faedah Lewat: 0.1% sehari (tidak dikompaunkan) atas jumlah baki yang belum dibayar
  • Bolehkah saya membuat penyelesaian awal?

    Pembayaran awal sentiasa digalakkan, kerana PKS dapat menjimatkan lebih banyak wang dalam faedah atau keuntungan yang dikongsi. 


    Untuk Pembiayaan Mikro (Konvensional), pembayaran awal tertakluk kepada caj penyelesaian awal sebanyak 2% atas baki pokok yang tinggal untuk mengimbangi ganti rugi pelabur kami atas kehilangan baki faedah mereka. 

  • Apakah kriteria yang boleh saya gunakan untuk menentukan sama ada perniagaan saya layak untuk Pembiayaan Mikro Islamik?

    Jika perniagaan utama anda melibatkan perdagangan seperti senarai di bawah, anda mungkin tidak layak untuk Pembiayaan Mikro-i:

    1. minuman keras;
    2. perjudian;
    3. pornografi;
    4. tembakau dan dadah berbahaya;
    5. syarikat yang berkaitan dengan hiburan - seperti ruang karaoke yang menyajikan minuman keras, syarikat produksi filem yang menghasilkan filem haram, pawagam yang biasanya menayangkan filem yang berkaitan dengan hiburan;
    6. daging babi dan produk sampingan;
    7. makanan yang dilarang di bawah ajaran Islam seperti katak, ular, buaya;
    8. pusat urut yang tidak mematuhi syariah yang membenarkan rawatan dari jantina yang berbeza;
    9. pusat pelacuran;
    10. pemberian pinjaman berlandaskan faedah, termasuk jualan kredit dengan caj faedah;
    11. agensi insurans konvensional dan unit amanah; dan/atau
    12. pengeluaran dan pengedaran berhala, patung, dan bahan serta tempat untuk beribadat selain daripada Allah.
  • Mengapa saya belum dapat kelulusan pembiayaan dalam masa 15 minit?

    Jangan risau! Kami hanya memerlukan sedikit lebih masa lagi untuk meneliti permohonan anda. Pasukan kami sedang menyemak segala-galanya secara peribadi untuk memastikan ketepatan maklumat. Kami menghargai kesabaran anda sepanjang proses ini.

  • Adakah butiran permohonan peribadi saya selamat dan dilindungi dengan ciri baru ini?

    Butiran permohonan peribadi anda selamat dan dilindungi. Kami mematuhi Personal Data Protection Act 2010 (PDPA), yang mengawal selia proses data peribadi. Ini bermakna kami mempunyai langkah-langkah ketat untuk memastikan maklumat anda dikendalikan dengan selamat dan sulit.

    https://fundingsocieties.com.my/term-condition

  • Adakah mendapatkan kelulusan pembiayaan dalam masa 15 minit akan mengurangkan jumlah pembiayaan saya?

    Tidak, kelulusan pembiayaan anda dalam masa 15 minit tidak akan mengurangkan jumlah pembiayaan anda. Jumlah yang diluluskan adalah berdasarkan dokumen dan maklumat yang anda berikan semasa permohonan. Jika anda ingin membuat rayuan untuk jumlah yang lebih tinggi, sila hubungi pasukan jualan kami apabila anda menerima tawaran tersebut. Kami akan mengumpulkan dokumen sokongan tambahan, seperti penyata bank tambahan, untuk menilai semula permintaan anda bagi jumlah yang lebih tinggi.