Click here to view this page in English.
Kembangkan Perniagaan Anda dengan Dana Pelaburan Bersama Malaysia (MyCIF)
Inisiatif kerajaan yang membantu PKS yang layak mendapatkan pembiayaan daripada 8% setahun.
- Sokongan bagi empat segmen yang layak
- Pembiayaan patuh Syariah tersedia
.png?width=1080&height=650&name=FSMY%20%20Website%20LP%20Banner%20(9).png)
Bagaimana pembiayaan MyCIF berfungsi?
dan MyCIF akan turut serta melalui pelaburan bersama. Pilih skim untuk mengetahui bagaimana ia boleh membantu perniagaan anda.
PKS Umum
Keterjaminan Makanan
Kesan Alam Sekitar & Sosial
Ekonomi Perak
|
Industri |
Nisbah Pembiayaan |
|
Skim PKS Umum |
1:4 |
Nota: MyCIF akan melabur RM1 bagi setiap RM4 yang berjaya dikumpulkan daripada pelabur swasta melalui platform yang mengambil bahagian.
|
Industri |
Nisbah Pembiayaan |
|
1:2 |
Nota: Kempen yang layak di bawah skim ini menikmati kadar keuntungan MyCIF sebanyak 0%. Anda hanya perlu membayar keuntungan bagi bahagian pelabur swasta.
|
Industri |
Nisbah Pembiayaan |
|
1:2 |
|
Industri |
Nisbah Pembiayaan |
|
1:2 |
Terokai penyelesaian pembiayaan
yang direka khas untuk perniagaan agri.
Menyokong perjalanan pertumbuhan perniagaan anda dari ladang ke pasaran, pada setiap langkah.
Pembiayaan Berjangka/-i
Perkasa fasa pertumbuhan perniagaan anda dengan suntikan modal yang pantas. Direka untuk PKS mengurus aliran tunai, merebut peluang perniagaan dan berkembang dengan lebih yakin.
Pembiayaan Invois/-i
Terima bayaran lebih awal. Bayar dengan lebih bijak.
Tukar belum terima menjadi tunai pendahuluan atau lanjutkan tempoh bayaran untuk menguruskan aliran tunai perniagaan anda dengan lebih baik.
Adakah perniagaan anda layak?
- Pemilikan tunggal, perkongsian, perkongsian liabiliti terhad, syarikat sendirian berhad & syarikat awam berhad tidak tersenarai
- Minimum 30% pegangan saham tempatan
- Minimum 12 bulan beroperasi
- Pendapatan tahunan minimum RM1 juta
Bagaimana cara memohon?
Semak Kelayakan
Tinggalkan butiran hubungan anda dan sediakan dokumen berikut:
- Salinan kad pengenalan/pasport semua pengarah
- Penyata bank 6 bulan terkini
- Akaun beraudit & akaun pengurusan terkini (jika ada)
Kami akan menghubungi anda dalam masa 2 hari bekerja.
Permohonan Pembiayaan
Hantar dokumen untuk semakan. Jika terdapat sebarang kekurangan, kami akan meminta dokumen tambahan bagi menyokong permohonan anda.
Tawaran Pembiayaan & Penyaluran Dana
Jika dokumen yang diterima lengkap, kami akan memberikan maklum balas dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
Kelebihan Funding Societies
Soalan Lazim
-
Apakah itu Dana Pelaburan Bersama Malaysia (MyCIF)?
Dana Pelaburan Bersama Malaysia (MyCIF), yang ditadbir oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, ialah inisiatif pelaburan bersama kerajaan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2019 bagi menyokong pertumbuhan PMKS.
Melalui pelaburan bersama dengan pelabur swasta melalui platform Pembiayaan Peer-to-Peer (P2P) dan Pendanaan Awam Ekuiti (ECF), MyCIF membantu perniagaan mendapatkan akses yang lebih besar kepada peluang pembiayaan serta mengukuhkan ekosistem keusahawanan Malaysia.
Klik DI SINI untuk maklumat lanjut. -
Skim manakah yang sesuai untuk anda?
Pilih skim berdasarkan industri perniagaan anda. Lihat maklumat di bawah untuk mengetahui kelayakan dan butiran lanjut.
Sektor
Industri
Skim PKS Umum
Semua PKS
Skim Keterjaminan Makanan
• Segmen Huluan Sektor Pertanian
• Bioekonomi
• AgriteknologiSkim Kesan Alam Sekitar & Sosial
• Komuniti
• Pendidikan
• Alam Sekitar
• Keterjaminan Makanan
• Penjagaan KesihatanSkim Ekonomi Perak
• Perkhidmatan Kesihatan
• Perkhidmatan Sokongan OKU
• Teknologi & Inovasi Kesihatan
• Perkhidmatan Penjagaan Warga Emas
• Perkhidmatan Penjagaan Kanak-kanak -
Apakah nisbah pelaburan bersama?
-
Skim PKS Umum – Nisbah 1:4
-
Skim Keterjaminan Makanan – Nisbah 1:2
-
Skim Kesan Alam Sekitar & Sosial – Nisbah 1:2
-
Skim Ekonomi Perak – Nisbah 1:2
-
-
Apakah pilihan pembiayaan yang ditawarkan di bawah MyCIF?
Pembiayaan Invois-i
Penyelesaian pembiayaan patuh Syariah ini membantu perniagaan:
• Membiayai pembelian daripada pembekal atau menampung perbelanjaan perniagaan penting.
• Mendapatkan bayaran awal berdasarkan invois jualan bagi barangan yang dihantar atau perkhidmatan yang telah dilaksanakan.
Sangat sesuai untuk PKS yang memerlukan modal mobilisasi untuk memulakan projek atau beroperasi secara kredit dengan tempoh bayaran yang tertangguh. Pembayaran balik dibuat secara bayaran peluru (bullet payment) bagi jumlah prinsipal dan keuntungan pada tarikh matang.Pembiayaan Berjangka-i
Kemudahan pembiayaan tanpa cagaran yang patuh Syariah, direka khas untuk menyokong pertumbuhan dan pengembangan operasi PKS. Pembayaran balik dibuat secara bulanan merangkumi jumlah prinsipal dan keuntungan, menjadikannya sesuai bagi perniagaan yang memerlukan perancangan aliran tunai yang lebih tersusun. -
Bagaimanakah nisbah pelaburan bersama berfungsi?
Bagi setiap ringgit yang berjaya dikumpulkan daripada pelabur swasta, MyCIF akan menambah pelaburannya berdasarkan nisbah pelaburan bersama bagi skim yang anda layak.
Contohnya, bagi nisbah 1:2, MyCIF akan melabur RM1 bagi setiap RM2 yang berjaya dikumpulkan daripada pelabur swasta — sehingga maksimum RM1 juta bagi setiap kempen yang diluluskan. -
Apakah maksud kadar keuntungan 0% untuk perniagaan saya?
Sekiranya kempen pembiayaan anda layak di bawah Skim Keterjaminan Makanan, bahagian pelaburan bersama MyCIF membawa kadar keuntungan 0%.
Ini bermakna anda hanya perlu membayar kadar keuntungan ke atas bahagian pelabur swasta sahaja — dengan ketara mengurangkan jumlah kos pembiayaan keseluruhan anda.Layari halaman INI untuk maklumat lanjut.
-
Bagaimana cara untuk memohon?
Untuk memohon, sila klik butang “Mohon Sekarang” dan hantar maklumat anda. Wakil jualan kami akan menghubungi anda dalam tempoh 2 hari bekerja untuk membimbing anda ke langkah seterusnya.
Sila sediakan dokumen berikut untuk menyokong permohonan anda:
- Borang Pendaftaran Syarikat
- Salinan Kad Pengenalan/Pasport semua Pengarah
- Penyata Bank terkini selama 6 bulan
- Akaun beraudit & akaun pengurusan terkini (jika ada)
- Borang Pendaftaran Syarikat
-
Apakah prinsip Syariah yang digunakan?
Pembiayaan ini menggunakan prinsip Murabahah Komoditi melalui urus niaga Tawarruq, di mana komoditi patuh Syariah dibeli dan dijual untuk menjana aliran tunai, selaras dengan prinsip pembiayaan Islam.
