Click here to view this page in English.

Tukar Invois Anda

kepada pendahuluan tunai

  • Pembiayaan sehingga RM1,000,000

  • Jumlah yuran dan kadar keuntungan dari 1% sebulan

  • Tempoh pembayaran sehingga 120 hari

  • Ketua Pegawai Eksekutif/ Pengarah Urusan/ majoriti pengurusan tertinggi syarikat adalah Bumiputera

Program TERAJU i-WCPF terbuka kepada


  • Syarikat yang mempunyai pemilikan sekurang-kurangnya 51% saham Bumiputera.

  • Status Bumiputera yang disahkan oleh Kementerian Kewangan atau yang setara dengannya (jika berkenaan).

  • Ketua Pegawai Eksekutif/ Pengarah Urusan/ majoriti pengurusan tertinggi syarikat adalah Bumiputera.

  • Syarikat yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 2016.

  • Bukan syarikat milikan tunggal (Enterprise), konglomerat, Syarikat Tersenarai Awam serta anak syarikatnya, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) serta anak syarikatnya, syarikat berkaitan kerajaan negeri  serta anak syarikatnya, koperasi, yayasan, persatuan, dan organisasi.

  • Disediakan untuk pembeli
  • Pembiayaan sehingga 100% nilai invois 
  • Pembiayaan sehingga RM1,000,000
  • Tempoh pembayaran sehingga 120 hari


  • Disediakan untuk pembeli
  • Pembiayaan sehingga 100% nilai invois 
  • Pembiayaan sehingga RM1,000,000
  • Tempoh pembayaran sehingga 120 hari

Penyelesaian Pembiayaan untuk Melancarkan Aliran Tunai Anda

Tiada Cagaran

Kami memberi tumpuan kepada potensi perniagaan dan tidak meminta aset anda (mis. harta atau simpanan tetap) sebagai cagaran.


Harga Telus

Kos atau yuran yang berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu, tiada sebarang yuran tersembunyi. Yuran yang dikenakan adalah berdasarkan kadar kejayaan.


Bebas Kerumitan

Proses permohonan dalam talian yang mudah agar anda boleh memohon pembiayaan dari kemudahan dan keselesaan rumah anda sendiri.


Tempoh Pembayaran Fleksibel

Tempoh pembiayaan dari 30, 60, 90, dan 120 hari untuk kemudahan dan kesesuaian perniagaan anda.


Memperkenalkan i-WCPF

Bagaimana cara memohon?

Semak Kelayakan

Tinggalkan butiran hubungan anda dan sediakan dokumen berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan/Pasport semua Pengarah

  • Penyata bank terkini 6 bulan, dan

  • Akaun Beraudit & Akaun Pengurusan terkini

Kami akan menghubungi anda dalam masa 2 hari bekerja.


Permohonan Pembiayaan

Hantar dokumen anda untuk semakan. Jika terdapat sebarang kekurangan, kami akan meminta dokumen tambahan bagi menyokong permohonan anda.


Tawaran Pembiayaan & Penyaluran Dana

Jika dokumen yang diterima lengkap, kami akan memberikan maklum balas dalam tempoh lima (5) hari bekerja. Sekiranya permohonan diterima dan diluluskan, dana akan disalurkan setelah proses pelaburan berjaya.


Soalan Lazim

Pembiayaan invois-i atau invoice financing adalah satu bentuk pembiayaan di mana sesebuah perniagaan menggunakan invois yang belum dibayar sebagai jaminan untuk mendapatkan dana segera. Dalam bahasa mudah, syarikat boleh “menjual” invois mereka kepada penyedia pembiayaan untuk mendapatkan pendahuluan tunai dengan lebih cepat tanpa perlu menunggu pelanggan membayar invois tersebut. Kaedah pembiayaan ini sesuai untuk perniagaan yang memerlukan aliran tunai yang konsisten atau pendahuluan tunai, terutamanya jika majoriti urus niaga adalah berdasarkan terma kredit.

 

Di Funding Societies, anda mempunyai dua pilihan Pembiayaan Invois yang boleh disesuaikan dengan keperluan perniagaan anda iaitu Accounts Payable Financing-i (APF-i) dan Accounts Receivable Financing-i (ARF-i).

Anda akan mendapat akses kepada sistem pembiayaan rantaian bekalan dalam talian kami, Silk Road, bagi menguruskan kemudahan pembiayaan anda dengan kami.

AR Financing-i biasanya untuk pembiayaan invois jualan, dari perspektif anda sebagai Penjual.
AP Financing-i biasanya untuk pembiayaan pembelian jualan, dari perspektif anda sebagai Pembeli.

 

Proses Aliran 

Accounts Payable Financing-i (APF-i)
Langkah 1: Pelanggan menghantar PO/Invois Proforma melalui Silk Road
Langkah 2: Funding Societies menjalankan penilaian kredit dan menghantar e-mel kelulusan setelah permohonan diluluskan
Langkah 3: Pelanggan menerima dana daripada Funding Societies berdasarkan terma yang diluluskan
Langkah 4: Pembayaran kepada Funding Societies berdasarkan terma yang diluluskan

Accounts Receivable Financing-i (ARF-i)
Langkah 1: Pelanggan menghantar Invois & DO melalui Silk Road
Langkah 2: Funding Societies menjalankan penilaian kredit dan menghantar e-mel kelulusan setelah permohonan diluluskan
Langkah 3: Pelanggan menerima dana daripada Funding Societies berdasarkan terma yang diluluskan
Langkah 4: Pembayaran kepada Funding Societies berdasarkan terma yang diluluskan

Notified:
Pembeli dimaklumkan mengenai perjanjian di antara Penjual dan Funding Societies. Oleh itu, Pembeli akan membayar Funding Societies mengikut terma yang diluluskan.

Non-notified (hanya untuk AR Financing-i sahaja):
Pembeli tidak dimaklumkan mengenai perjanjian di antara Penjual dan Funding Societies. Oleh itu, Pembeli akan membayar Penjual mengikut terma invois, kemudian Penjual akan membayar Funding Societies mengikut terma yang diluluskan.

 

Dengan Pembiayaan Invois-i Funding Societies, anda boleh memohon tempoh bayaran balik sehingga 120 hari.

Anda mempunyai pilihan untuk memohon tempoh sebanyak 30, 60, 90, atau 120 hari, bergantung kepada kesesuaian perniagaan dan kitaran perdagangan (trade cycle) anda.

Jika ini adalah kali pertama anda dengan kami, berikut adalah proses permohonan:

  1. Lengkapkan borang permohonan.

  2. Sediakan dokumen berikut untuk menyokong permohonan anda:

  • Borang Pendaftaran Syarikat

  • Salinan Kad Pengenalan/Pasport semua Pengarah

  • Penyata Bank terkini 6 bulan

  • Akaun Beraudit & Akaun Pengurusan terkini (jika ada)

Kami akan menghubungi anda sejurus selepas permohonan anda diterima. Sekirangan terdapat keperluan untuk dokumen/maklumat tambahan, kami akan memintanya dengan sewajarnya.

 

Sama seperti produk pembiayaan lain, yuran/caj berikut akan dikenakan:

Accounts Payable Financing-i (APF-i)

  1. Yuran Kemudahan/ Yuran Had Maksimum
    Sehingga 1.2% daripada had pembiayaan yang diluluskan/ditingkatkan (berlaku untuk pembiayaan berputar sahaja).

  2. Yuran Penggunaan/ Yuran Drawdown
    Serendah 0.4% bagi setiap drawdown (setiap 30 hari).

  3. Kadar Keuntungan
    Serendah 0.5% sebulan.

Accounts Receivable Financing-i (ARF-i)

  1. Yuran Kemudahan/ Yuran Had Maksimum
    Sehingga 1.2% daripada had pembiayaan yang diluluskan/ditingkatkan (berlaku untuk pembiayaan berputar sahaja).

  2. Yuran Penggunaan/ Yuran Drawdown
    Serendah 0.4% bagi setiap drawdown (setiap 30 hari).

  3. Kadar Keuntungan
    Serendah 0.5% sebulan.

Sila ambil maklum bahawa yuran/caj di atas adalah yuran/caj biasa untuk Pembiayaan Invois-i, dan adalah berbeza dari produk ke produk serta tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Untuk maklumat yang lebih tepat dan terkini mengenai yuran/caj, sila berhubung dengan kami.

Caj Pembayaran Lewat yang terdiri daripada Pampasan (Ta’widh) dan Penalti (Gharamah) akan dikenakan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  • Untuk pembayaran tertunggak sebelum Tarikh Matang (Maturity Date): Pampasan (Ta’widh) boleh dikenakan pada kadar 1% setahun ke atas pembayaran tertunggak dan tidak akan dikompaun.
  • Untuk pembayaran tertunggak selepas Tarikh Matang: Pampasan (Ta’widh) boleh dikenakan pada kadar 1% setahun ke atas baki tertunggak (prinsipal tertunggak dan keuntungan terakru). Funding Societies boleh mengenakan Caj Pembayaran Lewat yang terdiri daripada Pampasan (Ta’widh) dan Penalti (Gharamah) pada kadar maksimum 10% setahun.

Sudah tentu! Jika anda memilih untuk menyelesaikan pembiayaan lebih awal, TIADA yuran atau caj yang dikenakan!

Prinsip Syariah yang digunakan adalah Commodity Murabahah melalui Tawarruq. Tawarruq merujuk kepada pembelian komoditi yang patuh Syariah dengan harga tangguh, kemudian menjualnya kepada pihak ketiga untuk mendapatkan wang tunai.

Mana-mana perniagaan yang aktiviti utama mereka patuh Syariah (contohnya, tidak berkaitan dengan tembakau, minuman keras, perjudian, dan sebagainya) boleh memohon pembiayaan ini.

Funding Societies akan menjalankan saringan Syariah untuk memastikan hasil yang diperoleh digunakan untuk keperluan modal kerja umum dan tujuan perniagaan penerbit yang patuh Syariah.

Indonesia

Pendana
[email protected]
+62 877 3751 1114

Peminjam
[email protected]
+62 877 7873 6144

Penagihan
[email protected]

Unifam Tower, Jl. Panjang Raya
Blok A3 No.1, Kedoya Utara,
Kebon Jeruk, Jakarta Barat,
DKI Jakarta, 11520, Indonesia

Singapore

[email protected]
General Enquiries:
+65 6221 0958

Sales Enquiries:
+65 6011 7534

112 Robinson Road
Level 8
Singapore 068902

Malaysia

[email protected]
Primary contact
+603 9212 0208

Secondary contact
+603 2202 1013

Unit 15.01 & Unit 15.02,
Level 15, Mercu 3,
KL Eco City, Jalan Bangsar,
59200 Kuala Lumpur

Thailand

SME Loan
[email protected]
+66 93 139 9721

Investment
[email protected]
+66 62 197 8661

No. 29, Vanissa Building,
24th Floor, Room No. 2412 & 2414,
Soi Chidlom, Ploenchit Road,
Lumpini, Pathumwan,
Bangkok, 10330

Vietnam

[email protected]
(+84) 28 7109 7896

The Sarus Building
67 Nguyen Thi Minh Khai
Ben Thanh Ward, District 1
Ho Chi Minh City, Vietnam

Dreamplex
174 Thai Ha Street,
Trung Liet Ward, Dong Da District,
Hanoi, Vietnam

lockSSL Secure Site

Get the investor app

Registered with Securities Commission Malaysia.
Modalku Ventures Sdn Bhd 201601019329 (1190266X)
© 2020 Modalku Ventures Sdn Bhd. All rights reserved. 

Funding Societies is a SME Digital Financing Platform registered with Securities Commission Malaysia. It does not fall under the jurisdiction of Bank Negara Malaysia. Therefore, financing products of Funding Societies should not be constructed as business loan, SME loan, micro loan, term loan or any other loans offered by banks in Malaysia and it is to be deemed as an investment note as defined in the Guidelines on Recognised Markets.

Disclaimer: All third party trademarks, product and company names are the property of their respective holders.