- SME Financing
- Micro Financing/-i
Boost your cash flow in 5 days. - Business Term Financing - Portfolio Guarantee (PG)
Partially secured by CGC - Business Term Financing/-i
Finance your business growth. - Invoice Financing/-i
Convert your invoices into cash. - Tailored for used car dealerships.
Tailored for used car dealerships. - Property-Backed Secured Financing
Leverage your property for funds
- Micro Financing/-i
- Invest
- About Us
- Refer
- FAQ
- Blog
Click here to view this page in English
SME Pembiayaan Mikro/-i
Tingkatkan Aliran Tunai dan e-Invois Sekaligus
Nikmati e-Invois percuma selama 3 bulan apabila anda mohon pembiayaan untuk perniagaan anda.
- Mohon dalam 5 minit
- Pembiayaan pengeluaran dalam kurang daripada 5 hari bekerja
- Kadar keuntungan dari 0.8% sebulan
- Tempoh pembiayaan sehingga 18 bulan
- Pembiayaan sehingga RM200,000
- Pembiayaan patuh Syariah disediakan
Perjalanan Ganjaran Anda Bermula Sekarang! Ini Caranya:

Hantar Permohonan Anda
Mohon antara 1 Ogos – 30 September 2025 untuk menerima:
✅ Solusi e-Invois PERCUMA selama 3 bulan
📌 Anda akan menerima e-mel pengesahan sekiranya layak.

Aktifkan Ganjaran Anda
Sekiranya anda layak, anda perlu:
✅ Hantar borang kebenaran untuk aktifkan pelan percuma anda
📌 Pengaktifan ganjaran akan bermula selepas borang kebenaran dihantar.

Pengeluaran Pembiayaan & Jimat Lebih Banyak
Pembiayaan perlu dikeluarkan sebelum 15 Oktober 2025 untuk menikmati:
✅ Tambahan 9 bulan dengan diskaun 33%
📌 Ganjaran ini adalah pilihan dan hanya ditawarkan selepas pembiayaan dikeluarkan.
Pembiayaan Mikro/-i terbuka kepada
- Syarikat milikan tunggal, perkongsian, perkongsian liabilliti terhad, sendirian berhad (bukan anak syarikat kepada syarikat awam tersenarai) atau syarikat awam tidak tersenarai yang berdaftar dengan SSM
- Minimum 30% pegangan saham tempatan oleh warganegara Malaysia
- Pendapatan tahunan minimum sebanyak RM60,000 (atau RM5,000 sebulan)
- Telah beroperasi minimum selama 6 bulan
Ada soalan? Klik butang terapung di bahagian bawah skrin untuk berbual dengan kami!

Penyelesaian Pembiayaan
Mikro/-i untuk keperluan
perniagaan anda
Pantas
Permohonan atas talian dan kelulusan segera dalam masa 15 minit (beta)*. Pembayaran pembiayaan dalam masa 2 hari bekerja selepas penerimaan.
Harga Telus
Kami mengenakan Fi Penggunaan dan Fi Jaminan sekali semasa penyaluran dan kadar faedah biasa. Tiada yuran tersembunyi.
Dokumen Ringkas
Permohonan atas talian dan kelulusan segera dalam masa 15 minit (beta)*. Pembayaran pembiayaan yang pantas dalam 1 hari bekerja selepas diluluskan.
Tiada Cagaran
Kami memberi tumpuan kepada potensi perniagaan dan bukan aset anda.
Kalkulator SME Pembiayaan Mikro/-i
Funding Societies ialah Platform Pembiayaan Digital PKS yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Ia tidak berada di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia. Oleh itu, kalkulator pembiayaan perniagaan Funding Societies tidak dinamakan kalkulator pinjaman perniagaan, kalkulator pinjaman, kalkulator pinjaman PKS atau sebarang istilah pinjaman.
Bagaimana cara memohon?
Lengkapkan borang permohonan
Ia hanya mengambil masa beberapa minit dan anda boleh menyambung permohonan pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari.
Tawaran Pembiayaan
Kami akan menyemak permohonan anda dan membuat tawaran tentatif dalam masa 15 minit (beta)*
Tandatangan kontrak secara elektronik dan terima dana
Selepas pembiayaan anda diluluskan, anda hanya perlu e-Tandatangan pada kontrak dan terima dana dalam akaun perniagaan anda.
Mohon Sekarang
Anda hanya memerlukan dokumen berikut apabila membuat permohonan:
Penyata akaun bank syarikat untuk 6 bulan terkini
Salinan atau gambar kad pengenalan anda, depan dan belakang
Salinan atau gambar kad pengenalan untuk semua pengarah tambahan
Kelebihan Funding Societies
Sertai Komuniti SME Kami
Artikel Berguna untuk PKS

Apa yang Anda Perlu Tahu tentang Pembiayaan Mikro/-i oleh Funding Societies

Pembiayaan atau Pinjaman Perniagaan: Cara Tingkatkan Kadar Kelulusan PKS

Panduan Lengkap Jenis Pembiayaan Perniagaan untuk PKS di Malaysia
Kami boleh membantu anda
Bukan apa yang anda cari?
Kami mempunyai penyelesaian pembiayaan lain yang tersedia untuk memenuhi keperluan anda.
Soalan Lazim
Soalan Lazim Kempen
-
Siapakah yang layak menyertai kempen ini?
Kempen ini terbuka kepada pelanggan PKS baharu yang memohon Pembiayaan Mikro/-i daripada Funding Societies antara 1 Ogos hingga 30 September 2025.
-
Apakah ganjaran yang akan saya terima dan bagaimana cara untuk mendapatkannya?
Kempen ini menawarkan dua peringkat ganjaran yang diberikan pada tahap berbeza dalam perjalanan Pembiayaan Mikro/-i anda:
✅ Langkah 1 – Selepas Permohonan
Ganjaran:
• Langganan Pelan Asas e-Invois PERCUMA selama 3 bulan
• Yuran permulaan/persediaan RM1,000 dikecualikanCara untuk mendapat:
Selepas menghantar permohonan Pembiayaan Mikro/-i anda, anda akan menerima e-mel daripada Funding Societies untuk mengesahkan minat anda dan melengkapkan borang kebenaran.
Setelah dihantar (sebelum 15 Oktober 2025), maklumat anda akan dikongsi dengan selamat kepada rakan kempen kami, JomeInvoice yang akan menghubungi anda untuk mengaktifkan pelan percuma dan pengecualian yuran permulaan anda.✅ Langkah 2 – Selepas Pengeluaran Pembiayaan Dibuat
Ganjaran:
• Pilihan untuk memperbaharui Pelan Asas e-Invois selama 9 bulan tambahan pada diskaun 33%Cara untuk mendapat:
Sekiranya pembiayaan anda diluluskan dan pengeluaran dibuat pada atau sebelum 15 Oktober 2025, pihak JomeInvoice akan menghubungi anda dengan arahan lanjut untuk melanggan pelan lanjutan ini.
Pembaharuan ini adalah pilihan dan memerlukan pengesahan daripada anda. -
Bagaimana jika saya membuat permohonan melalui saluran lain dan bukan dari laman rasmi kempen?
Untuk melayakkan diri menyertai kempen ini, permohonan mestilah dihantar melalui laman rasmi kempen yang telah ditetapkan.
-
Adakah ganjaran ini boleh dipindah milik atau ditukar ganti?
Tidak. Ganjaran e-Invois ini tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar ganti menjadi wang tunai.
-
Bolehkah saya memilih untuk tidak menuntut ganjaran e-Invois?
Ya. Ganjaran ini adalah pilihan. Jika anda tidak ingin menuntutnya, anda boleh mengabaikan borang kebenaran ganjaran. Tiada sebarang kesan terhadap permohonan pembiayaan anda.
Soalan Lazim Produk
-
Apa itu Pembiayaan Mikro/-i?
Pembiayaan Mikro/-i oleh Funding Societies merupakan produk pembiayaan perniagaan yang menawarkan kredit mikro kepada PKS. Sebagai pemilik perniagaan, anda boleh memanfaatkan produk ini untuk mengekalkan aliran tunai dan mempertingkatkan perniagaan anda. Kami menawarkan kedua-dua produk Pembiayaan Mikro (konvensional) dan Pembiayaan Mikro-i berdasarkan aktiviti perniagaan dan keperluan PKS.
-
Bagaimana Pembiayaan Mikro/-i berfungsi?
Dengan Pembiayaan Mikro/-i oleh Funding Societies, anda boleh memohon jumlah pembiayaan sehingga RM200,000 tertakluk kepada kadar faedah (untuk konvensional) / kadar keuntungan (untuk Islamik) sebanyak 0.8% - 1.5% sebulan dan tempoh kredit sehingga 18 bulan.
Setelah anda menerima tawaran kami, kami akan mengkreditkan jumlah pembiayaan yang diluluskan kepada anda, selepas penolakan yuran-yuran berkenaan dari jumlah pembiayaan.
-
Berapa lamakah tempoh bayaran balik?
Bergantung kepada keperluan dan jenis pembiayaan anda, anda boleh memohon tempoh kredit selama 6, 9, 12, atau 18 bulan.
-
Bagaimana cara untuk memohon?
Jika ini adalah kali pertama ada membuat permohonan, berikut adalah ringkasan proses permohonan.
Langkah 1: Lengkapkan borang Permohonan di laman web kami
Langkah 2: Serahkan semua dokumen yang diperlukan untuk permohonan
-
Salinan Kad Pengenalan / Pasport semua Pengarah
-
Penyata Bank 6 bulan terkini
-
Penilaian Cukai Pendapatan Peribadi 2 tahun terkini (Pilihan)
Langkah 3: Tunggu pengesahan kelulusan pembiayaan melalui e-mel
Langkah 4: Terima tawaran pembiayaan yang diluluskan (jika anda bersetuju dengan terma dan syarat)
Kami akan mengkreditkan dana ke akaun bank perniagaan yang ditetapkan anda setelah proses pelaburan diselesaikan dan kitaran pembayaran anda akan bermula pada bulan berikutnya.
-
-
Adakah terdapat yuran dan caj?
Seperti mana-mana produk pembiayaan lain, yuran dan caj berikut akan dikenakan:
Pembiayaan Mikro Islamik
- Fi Pengeluaran: 5% daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan, ditolak semasa pengeluaran.
- Fi Jaminan: 5% daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan, ditolak semasa pengeluaran.
Pembiayaan Mikro (Konvensional)
- Fi Penggunaan: 5% daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan, ditolak semasa pengeluaran.
- Fi Jaminan: 5% daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan, ditolak semasa pengeluaran.
-
Bagaimana jika saya lewat dalam membuat pembayaran balik?
Pembiayaan Mikro Islamik
Caj Lewat bayar yang terdiri daripada Pampasan (Ta’widh) dan Penalti (Gharamah) akan dikenakan, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:- Pembayaran ingkar sebelum dan selepas tarikh matang: Pampasan (Ta’widh) boleh dikenakan pada kadar 1% setahun atas baki lampau tempoh (jumlah pokok lampau tempoh dan keuntungan lampau tempoh). Funding Societies boleh mengenakan Pampasan (Ta’widh) dan Penalti (Gharamah) sebagai Caj Lewat Bayar pada kadar maksimum 10% setahun.
Pembiayaan Mikro (Konvensional)
Jika anda lewat membuat pembayaran balik, yuran/caj berikut akan dikenakan:- Caj Penalti Lewat Bayar: RM200 untuk setiap kitaran pembayaran
- Caj Faedah Lewat: 0.1% sehari (tidak dikompaunkan) atas jumlah baki yang belum dibayar
-
Bolehkah saya membuat penyelesaian awal?
Pembayaran awal sentiasa digalakkan, kerana PKS dapat menjimatkan lebih banyak wang dalam faedah atau keuntungan yang dikongsi.
Untuk Pembiayaan Mikro (Konvensional), pembayaran awal tertakluk kepada caj penyelesaian awal sebanyak 2% atas baki pokok yang tinggal untuk mengimbangi ganti rugi pelabur kami atas kehilangan baki faedah mereka.
-
Apakah kriteria yang boleh saya gunakan untuk menentukan sama ada perniagaan saya layak untuk Pembiayaan Mikro Islamik?
Jika perniagaan utama anda melibatkan perdagangan seperti senarai di bawah, anda mungkin tidak layak untuk Pembiayaan Mikro-i:
-
minuman keras;
-
perjudian;
-
pornografi;
-
tembakau dan dadah berbahaya;
-
syarikat yang berkaitan dengan hiburan - seperti ruang karaoke yang menyajikan minuman keras, syarikat produksi filem yang menghasilkan filem haram, pawagam yang biasanya menayangkan filem yang berkaitan dengan hiburan;
-
daging babi dan produk sampingan;
-
makanan yang dilarang di bawah ajaran Islam seperti katak, ular, buaya;
-
pusat urut yang tidak mematuhi syariah yang membenarkan rawatan dari jantina yang berbeza;
-
pusat pelacuran;
-
pemberian pinjaman berlandaskan faedah, termasuk jualan kredit dengan caj faedah;
-
agensi insurans konvensional dan unit amanah; dan/atau
-
pengeluaran dan pengedaran berhala, patung, dan bahan serta tempat untuk beribadat selain daripada Allah.
-
-
Mengapa saya belum dapat kelulusan pembiayaan dalam masa 15 minit?
Jangan risau! Kami hanya memerlukan sedikit lebih masa lagi untuk meneliti permohonan anda. Pasukan kami sedang menyemak segala-galanya secara peribadi untuk memastikan ketepatan maklumat. Kami menghargai kesabaran anda sepanjang proses ini.
-
Adakah butiran permohonan peribadi saya selamat dan dilindungi dengan ciri baru ini?
Butiran permohonan peribadi anda selamat dan dilindungi. Kami mematuhi Personal Data Protection Act 2010 (PDPA), yang mengawal selia proses data peribadi. Ini bermakna kami mempunyai langkah-langkah ketat untuk memastikan maklumat anda dikendalikan dengan selamat dan sulit.
-
Adakah mendapatkan kelulusan pembiayaan dalam masa 15 minit akan mengurangkan jumlah pembiayaan saya?
Tidak, kelulusan pembiayaan anda dalam masa 15 minit tidak akan mengurangkan jumlah pembiayaan anda. Jumlah yang diluluskan adalah berdasarkan dokumen dan maklumat yang anda berikan semasa permohonan. Jika anda ingin membuat rayuan untuk jumlah yang lebih tinggi, sila hubungi pasukan jualan kami apabila anda menerima tawaran tersebut. Kami akan mengumpulkan dokumen sokongan tambahan, seperti penyata bank tambahan, untuk menilai semula permintaan anda bagi jumlah yang lebih tinggi.
Malaysia
info@fundingsocieties.com.my
Primary contact
+603 9212 0208
Secondary contact
+603 2202 1013
Unit 15.01 & Unit 15.02,
Level 15, Mercu 3,
KL Eco City, Jalan Bangsar,
59200 Kuala Lumpur
Indonesia
Pemberi Dana
layanan@modalku.co.id
+62 877 7126 5290
Penerima Dana
info@modalku.co.id
+62 877 7873 6144
Unifam Tower, Jl. Panjang Raya
Blok A3 No.1, Kedoya Utara,
Kebon Jeruk, Jakarta Barat,
DKI Jakarta, 11520, Indonesia
Singapore
info@fundingsocieties.com
General Enquiries:
+65 6221 0958
Sales Enquiries:
+65 6011 7534
108 Robinson Road
#06-01
Singapore 068900
Thailand
SME Loan
info@fundingsocieties.co.th
+66 93 139 9721
Investment
invest@fundingsocieties.co.th
+66 62 197 8661
No. 188, Spring Tower,
10th Floor, Phayathai Road,
Thung Phaya Thai Sub-district,
Ratchathewi District,
Bangkok, 10400
Vietnam
info@fundingsocieties.vn
(+84) 28 7109 7896
The Sentry P
16 Nguyen Dang Giai Street,
Thao Dien Ward, Thu Duc City,
Ho Chi Minh City, Vietnam
Dreamplex
174 Thai Ha Street,
Trung Liet Ward, Dong Da District,
Hanoi, Vietnam
Services
Who We Are
Media
-
Singapore
-
Indonesia
-
Malaysia
-
Thailand
-
Vietnam
Registered with Securities Commission Malaysia.
Modalku Ventures Sdn Bhd 201601019329 (1190266X)
© 2025 Modalku Ventures Sdn Bhd. All rights reserved.
Funding Societies is a SME Digital Financing Platform registered with Securities Commission Malaysia. It does not fall under the jurisdiction of Bank Negara Malaysia. Therefore, financing products of Funding Societies should not be constructed as business loan, SME loan, micro loan, term loan or any other loans offered by banks in Malaysia and it is to be deemed as an investment note as defined in the Guidelines on Recognised Markets.
Disclaimer: All third party trademarks, product and company names are the property of their respective holders.