Click here to view this page in English.

Geran Digital PMKS MADANI

Evolusikan perniagaan anda dengan teknologi digital terkini

  • Amaun Geran sebanyak 50% atau maksimum RM 5,000 daripada jumlah invois.

  • Tawaran menarik untuk mendapatkan penyelesaian digital daripada senarai panel MDEC.

4b78568d8ef9f08e906ce76c764be2877ffdb4c9bd3f476bf1f9fa725e4983d1

a70b2d2f80941e86d44241db0a7b336ea682d4357bb6e980676b4406d08821dd

 

Permohonan Geran Digital PMKS MADANI akan bermula pada 1 Ogos 2025.

Perlukan dana secepat mungkin? Jom layari Pembiayaan Mikro/-i. Klik pada banner dibawah untuk maklumat lanjut!

4e86a6dd1ed07cf41aa4a2b0d64cdb3ce1133f78cd6c87293e79bb3a219f3925

 

Pelbagai Skop Pendigitalan untuk memperkasakan perniagaan anda melalui penyelesaian digital inovatif mengikut keperluan perniagaan anda.

0e556d1e0d415dcf253756d1906b6fd5958dac9c29a5475396c14ae438b271ab_01
Pemasaran Digital/Penjualan

Tingkatkan capaian dan jualan melalui strategi dalam talian bersasar.

02
Sistem Pembayaran Digital/e-POS

Permudahkan proses pembayaran dan penjualan dengan selamat dan cepat.

03
Sistem Pengurusan Gaji HR/Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM)

Automasikan gaji dan hubungan pelanggan untuk pertumbuhan perniagaan.

04
Perancangan Sumber Perusahaan (ERP)/Perakaunan & Percukaian

Permudahkan pengurusan kewangan dengan maklumat secara langsung.

05
Tandatangan Digital

Memastikan keaslian dokumen dengan tanda tangan digital yang diiktiraf secara sah.

06
IoT/Sistem Pintar

Tingkatkan kecekapan operasi dengan teknologi pintar.

07
Keselamatan Siber

Lindungi aset dan maklumat digital dengan sistem keselamatan yang terjamin.

1
E-Invois

Pendigitalan dan automasi invois untuk meningkatkan ketepatan dan pematuhan.

artificial-intelligence-ai-symbol-flat-icon_423491-535
Kecerdasan Buatan (AI)

Manfaatkan AI untuk mempertingkat keputusan, automasi, dan pandangan perniagaan.

Kelayakan & Dokumen yang Diperlukan

Adakah Anda Layak?

  • Syarikat Malaysia Yang Berdaftar: PMKS/Koperasi dengan milikan sekurang-kurangnya 60% warganegara Malaysia.

  • Keperluan Pendaftaran: Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

  • Tempoh Operasi: Beroperasi sekurang-kurangnya enam(6) bulan.

  • Jumlah Pendapatan Tahunan: Purata Jualan tahunan sekurang-kurangnya RM50,000.

  • Penerima Geran Sebelum ini: PMKS atau koperasi yang telah menerima Geran Padanan Digitalisasi sebelum ini tidak layak untuk memohon Geran Digital PMKS MADANI, kecuali bagi permohonan berkaitan e-Invois.

Apakah dokumen yang diperlukan?

  • Dokumen Pengenalan: Salinan kad pengenalan atau pasport pengarah/pemegang saham/pemilik, mana-mana yang berkenaan.

  • Lesen Perniagaan: Dokumen pendaftaran perniagaan/profil perniagaan SSM/dokumen pendaftaran SKM.

  • Dokumen Kewangan: Akaun yang telah diaudit terkini, akaun pengurusan, atau penyata bank dua bulan terkini.

  • Invois: Invois/sebut harga yang dikeluarkan oleh Rakan Digitalisasi.

Bagaimana geran ini berfungsi?

1

Permohonan & Proses Pemilihan

 

PMKS/koperasi boleh memohon geran melalui portal dalam talian kami, kemudian memilih perkhidmatan digital yang diperlukan dari Rakan Digitalisasi kami (DP). Geran ini terbuka kepada PMKS/koperasi yang memenuhi kriteria kelayakan yang disenaraikan..

2

Proses Kelulusan


Funding Societies akan menyemak permohonan anda. PMKS/koperasi yang diluluskan akan dimaklumkan dan harus membuat bayaran baki untuk perkhidmatan yang dipilih dalam tempoh 14 hari melalui pautan pembayaran khusus yang dinyatakan.

3

Pembayaran & Pemasangan Perkhidmatan


PMKS/koperasi. Geran ini meliputi 50% daripada jumlah invois atau terhad sehingga RM5,000.00.

4

Tuntutan & Pengagihan


Setelah pembayaran dibuat, DP akan menyediakan perkhidmatan digital yang dipilih kepada PMKS/koperasi. Geran ini meliputi 50% daripada jumlah invois atau terhad sehingga RM5,000.00.

Mohon sekarang untuk Geran Digital anda

 

Kelebihan Funding Societies

lock icon

Berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

handshake icon-2

Platform pembiayaan digital PKS terbesar
di Asia Tenggara

money

Mengagihkan lebih
RM 20 bilion merangkumi
lebih 5 juta nota pembiayaan

human

Lebih 300,000 pelabur berdaftar di seluruh
Asia Tenggara

safe

Dana pelabur diurus oleh Malaysian Trustees Berhad

Soalan Lazim