- SME Financing
- Micro Financing/-i
Boost your cash flow in 5 days. - Business Term Financing - Portfolio Guarantee (PG)
Partially secured by CGC - Business Term Financing/-i
Finance your business growth. - Invoice Financing/-i
Convert your invoices into cash. - Tailored for used car dealerships.
Tailored for used car dealerships. - Property-Backed Secured Financing
Leverage your property for funds
- Micro Financing/-i
- Invest
- About Us
- Refer
- FAQ
- Blog
Click here to view this page in English.
Program Pembiayaan Modal Kerja Islamik (i-WCPF)
Kembangkan Bisnes Anda
dengan Pembiayaan Fleksibel
-
Pembiayaan sehingga RM1,000,000
-
Kadar keuntungan 1% sebulan
-
Ketua Pegawai Eksekutif/ Pengarah Urusan/ majoriti pengurusan tertinggi syarikat adalah Bumiputera

Program TERAJU i-WCPF terbuka kepada
-
Syarikat yang mempunyai pemilikan sekurang-kurangnya 51% saham Bumiputera.
-
Status Bumiputera yang disahkan oleh Kementerian Kewangan atau yang setara dengannya (jika berkenaan).
-
Ketua Pegawai Eksekutif/ Pengarah Urusan/ majoriti pengurusan tertinggi syarikat adalah Bumiputera.
-
Syarikat yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 2016.
-
Bukan syarikat milikan tunggal (Enterprise), konglomerat, Syarikat Tersenarai Awam serta anak syarikatnya, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) serta anak syarikatnya, syarikat berkaitan kerajaan negeri serta anak syarikatnya, koperasi, yayasan, persatuan, dan organisasi.
Pembiayaan Invois-i
Pembiayaan Perniagaan-i
Pembiayaan Akaun Belum Bayar-i
(Account Payables Financing-i)
Biayai pesanan belian dan perbelanjaan perniagaan anda
-
Pembiayaan sehingga 100% daripada nilai invois / 95% daripada kos projek
-
Tempoh pembayaran sehingga 120 hari
-
Kadar keuntungan 1% sebulan
Pembiayaan Akaun Belum Terima-i
(Account Receivables Financing-i)
Pendahuluan tunai ke atas invois belum dibayar
-
Pembiayaan sehingga 80% daripada nilai invois
-
Tempoh pembayaran sehingga 120 hari
-
Kadar keuntungan 1% sebulan
Pembiayaan Perniagaan-i
Kembangkan perniagaan anda tanpa cagaran diperlukan
-
Pembiayaan sehingga RM1 juta
-
Tempoh pembayaran sehingga 12 bulan
-
Kadar keuntungan 1% sebulan
Penyelesaian Pembiayaan
untuk Melancarkan Aliran
Tunai Anda
Tiada Cagaran
Kami memberi tumpuan kepada potensi perniagaan dan tidak meminta aset anda (mis. harta atau simpanan tetap) sebagai cagaran.
Harga Telus
Kos atau yuran yang berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu, tiada sebarang yuran tersembunyi. Yuran yang dikenakan adalah berdasarkan kadar kejayaan.
Bebas Kerumitan
Proses permohonan dalam talian yang mudah agar anda boleh memohon pembiayaan dari kemudahan dan keselesaan rumah anda sendiri.
Tempoh Pembayaran Fleksibel
Kami menawarkan terma pembayaran yang fleksibel, sesuai dengan keperluan perniagaan anda.
Memperkenalkan i-WCPF
Bagaimana cara memohon?
Semak Kelayakan
Tinggalkan butiran hubungan anda dan sediakan dokumen berikut:
- Salinan Kad Pengenalan/Pasport semua Pengarah
- Penyata bank terkini 6 bulan, dan
-
Akaun Beraudit & Akaun Pengurusan terkini
Kami akan menghubungi anda dalam masa 2 hari bekerja.
Permohonan Pembiayaan
Hantar dokumen anda untuk semakan. Jika terdapat sebarang kekurangan, kami akan meminta dokumen tambahan bagi menyokong permohonan anda.
Tawaran Pembiayaan & Penyaluran Dana
Jika dokumen yang diterima lengkap, kami akan memberikan maklum balas dalam tempoh lima (5) hari bekerja. Sekiranya permohonan diterima dan diluluskan, dana akan disalurkan setelah proses pelaburan berjaya.
Kelebihan Funding Societies
Kami boleh membantu anda
Bukan apa yang anda cari?
Kami mempunyai penyelesaian pembiayaan lain yang tersedia untuk memenuhi keperluan anda.
Soalan Lazim
-
Apakah itu Program Pembiayaan Modal Kerja Islamik (i-WCPF)?
Pembiayaan Projek Modal Kerja Islamik (i-WCPF), sebuah inisiatif daripada TERAJU untuk menyokong syarikat Bumiputera. Program ini menawarkan pembiayaan patuh syariah sehingga RM1 juta dengan tempoh sehingga 12 bulan, bertujuan meningkatkan aliran tunai dan modal kerja perniagaan, terutamanya dalam industri bernilai tinggi (HGHV).
-
Apakah pilihan pembiayaan yang ditawarkan di bawah program ini?
a) Pembiayaan Invois-i
Penyelesaian pembiayaan patuh Syariah ini membantu perniagaan:-
Membiayai pembelian daripada pembekal atau menampung perbelanjaan perniagaan penting.
-
Mendapatkan bayaran awal berdasarkan invois jualan bagi barangan yang dihantar atau perkhidmatan yang telah dilaksanakan.
Sangat sesuai untuk PKS yang memerlukan modal mobilisasi untuk memulakan projek atau beroperasi secara kredit dengan tempoh bayaran yang tertangguh. Pembayaran balik dibuat secara bayaran peluru (bullet payment) bagi jumlah prinsipal dan keuntungan pada tarikh matang.
b) Pembiayaan Perniagaan-i
Kemudahan pembiayaan tanpa cagaran yang patuh Syariah, direka khas untuk menyokong pertumbuhan dan pengembangan operasi PKS. Pembayaran balik dibuat secara bulanan merangkumi jumlah prinsipal dan keuntungan, menjadikannya sesuai bagi perniagaan yang memerlukan perancangan aliran tunai yang lebih tersusun. -
-
Bagaimana cara untuk memohon?
Berikut adalah proses permohonan:
-
Lengkapkan borang permohonan.
-
Sediakan dokumen berikut untuk menyokong permohonan anda:
-
-
Borang Pendaftaran Syarikat
-
Salinan Kad Pengenalan/Pasport semua Pengarah
-
Penyata Bank terkini 6 bulan
-
Akaun Beraudit & Akaun Pengurusan terkini (jika ada)
-
Kami akan menghubungi anda sejurus selepas permohonan anda diterima. Sekirangan terdapat keperluan untuk dokumen/maklumat tambahan, kami akan memintanya dengan sewajarnya.
-
-
Apakah yuran dan caj?
Pembiayaan Invois-i:
-
Yuran Kemudahan: 1.20%
-
Yuran Pengeluaran: 0.4% bagi setiap 30 hari
-
Kadar Keuntungan: 0.5% bagi setiap 30 hari
Pembiayaan Perniagaan-i:
-
Yuran Permulaan: 5%
-
Kadar Keuntungan: 0.5% bagi setiap 30 hari
Untuk maklumat yang lebih tepat dan terkini mengenai yuran/caj, sila berhubung dengan kami.
-
-
Bagaimana jika saya lewat membuat pembayaran?
Caj pembayaran lewat yang terdiri daripada Pampasan (Ta’widh) dan Penalti (Gharamah) akan dikenakan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
-
Untuk pembayaran tertunggak sebelum Tarikh Matang (Maturity Date): Pampasan (Ta’widh) boleh dikenakan pada kadar 1% setahun ke atas pembayaran tertunggak dan tidak akan dikompaun.
-
Untuk pembayaran tertunggak selepas Tarikh Matang: Pampasan (Ta’widh) boleh dikenakan pada kadar 1% setahun ke atas baki tertunggak (prinsipal tertunggak dan keuntungan terakru). Funding Societies boleh mengenakan Caj Pembayaran Lewat yang terdiri daripada Pampasan (Ta’widh) dan Penalti (Gharamah) pada kadar maksimum 10% setahun.
-
-
Bolehkah saya membuat penyelesaian awal?
Sudah tentu! Jika anda memilih untuk menyelesaikan pembiayaan lebih awal, TIADA yuran atau caj yang dikenakan!
-
Apakah prinsip Syariah yang digunakan?
Prinsip Syariah yang digunakan adalah Commodity Murabahah melalui Tawarruq. Tawarruq merujuk kepada pembelian komoditi yang patuh Syariah dengan harga tangguh, kemudian menjualnya kepada pihak ketiga untuk mendapatkan wang tunai.
-
Siapakah yang layak memohon?
Mana-mana perniagaan yang aktiviti utama mereka patuh Syariah (contohnya, tidak berkaitan dengan tembakau, minuman keras, perjudian, dan sebagainya) boleh memohon pembiayaan ini.
Funding Societies akan menjalankan saringan Syariah untuk memastikan hasil yang diperoleh digunakan untuk keperluan modal kerja umum dan tujuan perniagaan penerbit yang patuh Syariah.
Malaysia
[email protected]
Primary contact
+603 9212 0208
Secondary contact
+603 2202 1013
Unit 15.01 & Unit 15.02,
Level 15, Mercu 3,
KL Eco City, Jalan Bangsar,
59200 Kuala Lumpur
Indonesia
Pemberi Dana
[email protected]
+62 877 7126 5290
Penerima Dana
[email protected]
+62 877 7873 6144
Unifam Tower, Jl. Panjang Raya
Blok A3 No.1, Kedoya Utara,
Kebon Jeruk, Jakarta Barat,
DKI Jakarta, 11520, Indonesia
Singapore
[email protected]
General Enquiries:
+65 6221 0958
Sales Enquiries:
+65 6011 7534
108 Robinson Road
#06-01
Singapore 068900
Thailand
SME Loan
[email protected]
+66 93 139 9721
Investment
[email protected]
+66 62 197 8661
No. 29, Vanissa Building,
24th Floor, Room No. 2412 & 2414, Soi Chidlom,
Ploenchit Road,
Lumpini, Pathumwan,
Bangkok, 10330
Vietnam
[email protected]
(+84) 28 7109 7896
The Sentry P
16 Nguyen Dang Giai Street,
Thao Dien Ward, Thu Duc City,
Ho Chi Minh City, Vietnam
Dreamplex
174 Thai Ha Street,
Trung Liet Ward, Dong Da District,
Hanoi, Vietnam
Services
Who We Are
Media
-
Singapore
-
Indonesia
-
Malaysia
-
Thailand
-
Vietnam
Registered with Securities Commission Malaysia.
Modalku Ventures Sdn Bhd 201601019329 (1190266X)
© 2025 Modalku Ventures Sdn Bhd. All rights reserved.
Funding Societies is a SME Digital Financing Platform registered with Securities Commission Malaysia. It does not fall under the jurisdiction of Bank Negara Malaysia. Therefore, financing products of Funding Societies should not be constructed as business loan, SME loan, micro loan, term loan or any other loans offered by banks in Malaysia and it is to be deemed as an investment note as defined in the Guidelines on Recognised Markets.
Disclaimer: All third party trademarks, product and company names are the property of their respective holders.