Funding Societies lancar BizFund, pembiayaan berjangka dipertingkatkan khusus untuk PKS


KUALA LUMPUR, 11 Ogos 2022 - Funding Societies, platform pembiayaan digital PKS terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara, mengumumkan produk terbaharunya yang dipertingkatkan bagi menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia yang berkelayakan kredit namun kurang diberi perhatian sambil mereka bangkit semula untuk mencapai potensi ekonomi sepenuhnya selaras dengan pemulihan pasaran ekoran pandemik Covid-19 dengan pelancaran BizFund, pembiayaan berjangka yang terbaharu.

BizFund, produk pembiayaan berjangka tanpa cagaran, menawarkan pembiayaan sehingga RM300,000 kepada PKS tempatan dengan tempoh bayaran balik sehingga 18 bulan. Proses permohonannya yang mudah, tidak merumitkan dan pantas boleh dilakukan menerusi platform dalam talian Funding Societies. Produk ini ditawarkan untuk PKS yang telah beroperasi sekurang-kurangnya 12 bulan, dengan minimum 30% pegangan saham tempatan oleh rakyat Malaysia.

Ketua Negara Funding Societies Malaysia, Chai Kien Poon, berkata, “BizFund memenuhi keperluan PKS yang mempunyai pendapatan tahunan RM1 juta ke atas, yang ingin mengembangkan perniagaan mereka dan perlu mengumpulkan modal segera yang secukupnya bagi menguruskan aliran tunai. Mereka boleh memanfaatkan kemudahan pinjaman berjangka tanpa cagaran BizFund, dengan proses penghantaran permohonan yang mudah dengan pembayaran pembiayaan sepantas tujuh hari bagi meningkatkan modal untuk menjana operasi dan pelan pengembangan perniagaan mereka yang sensitif dari segi masa.”

Antara cabaran utama yang sering dihadapi PKS dalam mendapatkan kemudahan pembiayaan ialah proses permohonan yang boleh memakan masa yang lama. Proses permohonan juga selalunya rumit kerana melibatkan pelbagai dokumen yang mesti diperakui dan diserahkan secara manual. Selain daripada itu, kebanyakan permohonan pembiayaan PKS ditolak akibat ketiadaan cagaran yang diperlukan. Ini meletakkan PKS dalam keadaan yang tersepit kerana tanpa pembiayaan yang mencukupi, mereka berdepan dengan masalah kekurangan aliran tunai untuk meneruskan operasi atau mengembangkan perniagaan mereka.

Ujar Chai lagi, “BizFund dibangunkan bagi menangani cabaran-cabaran yang sering dialami oleh PKS dalam mendapatkan pembiayaan untuk mengembangkan perniagaan mereka. Dengan ciri-ciri produk seperti tiada keperluan cagaran serta pembayaran pembiayaan yang pantas, PKS boleh memanfaatkan potensi pemulihan pasaran yang sebaliknya akan terhalang disebabkan oleh kurang modal perniagaan. Ekonomi domestik Malaysia diunjurkan akan berkembang di antara 5.3% hingga 6.3%; selepas dua tahun yang serba mencabar ditambah pula dengan kelewatan pembayaran kerana langkah penjimatan oleh para pelanggan dan gangguan rantaian bekalan, akses kepada dana adalah penting untuk PKS mendapatkan manfaat daripada pertumbuhan tersebut serta menyumbang ke arahnya.”

“Funding Societies, yang sentiasa berpegang teguh kepada misi kami untuk membolehkan pertumbuhan PKS ASEAN menerusi perkhidmatan kewangan digital, akan terus berusaha mengenal pasti lebih peluang khusus bagi memenuhi keperluan PKS di dalam setiap pasaran di mana kami beroperasi,” rumus Chai.

Namun, tidak semua PKS yang menerima impak negatif akibat pandemik. Ada juga perniagaan yang sebaliknya terkesan oleh permintaan yang naik secara mendadak. Gary Chin Chee Hong, Pengarah Eksekutif Promo Partners Sdn Bhd, berkata, “Kami bernasib baik kerana pelanggan tidak terkesan semasa pandemik. Sebagai peruncit, mereka dikategorikan sebagai ‘penyedia perkhidmatan penting’. Maka, kami telah menerima beberapa projek bernilai tinggi. Bagi memenuhi peningkatan permintaan tersebut, kami telah memilih Funding Societies sejak 2019 untuk mendapatkan pembiayaan perniagaan berjangka. Kami seterusnya berupaya untuk meningkatkan kapasiti kami dan menyempurnakan projek.”

Sementara itu, Pengasas dan PengarahWilstech Sdn Bhd, Wilson Low, juga menyokong sentimen tersebut, “Semasa pandemik, kami menyaksikan peningkatan permintaan yang menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan kami. Walau bagaimanapun, kami menghadapi kesukaran dengan institusi kewangan tradisional yang sukar memahami model perniagaan kami sertaindustri, lantas memberi halangan untuk kami mendapatkan pembiayaan. Kami bernasib baik kerana mengetahui tentang kewujudan platform pembiayaan digital seperti Funding Societies. Keseluruhan proses permohonan adalah amat pantas, lancar, dan mudah. Menerusi kemudahan pembiayaan berjangka perniagaan, kami kini mempunyai modal kerja tambahan yang konsisten, yang membolehkan kami menerima lebih banyak lagi permintaan. Ini kemudiannya meningkatkan lagi pendapatan dan keuntungan kami.”

Funding Societies terus menerajui industri pembiayaan digital PKS menerusi nilai pengagihan pembiayaan. Di keseluruhan lima pasaran di mana ia beroperasi, platform ini telah mengagihkan lebih RM10 bilion dalam bentuk pembiayaan perniagaan menerusi lebih 5 juta perjanjian pembiayaan setakat ini. Ianya berjaya dicapai kerana keupayaan platform ini untuk memenuhi keperluan perniagaan PKS yang pelbagai sambil menangani cabaran-cabaran yang sering dialami oleh mereka ketika memohon pembiayaan seperti keperluan cagaran, penyerahan dokumen secara fizikal dan tempoh proses yang panjang.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai BizFund oleh Funding Societies Malaysia, sila layari https://fundingsocieties.com.my/bizfund.

Indonesia

Pemberi Dana
[email protected]
+62 877 7126 5290

Penerima Dana
[email protected]
+62 877 7873 6144

Unifam Tower, Jl. Panjang Raya
Blok A3 No.1, Kedoya Utara,
Kebon Jeruk, Jakarta Barat,
DKI Jakarta, 11520, Indonesia

Singapore

[email protected]
General Enquiries:
+65 6221 0958

Sales Enquiries:
+65 6011 7534

112 Robinson Road
Level 8
Singapore 068902

Malaysia

[email protected]
Primary contact
+603 9212 0208

Secondary contact
+603 2202 1013

Unit 15.01 & Unit 15.02,
Level 15, Mercu 3,
KL Eco City, Jalan Bangsar,
59200 Kuala Lumpur

Thailand

SME Loan
[email protected]
+66 93 139 9721

Investment
[email protected]
+66 62 197 8661

No. 188, Spring Tower,
10th Floor, Phayathai Road,
Thung Phaya Thai Sub-district,
Ratchathewi District,
Bangkok, 10400

Vietnam

[email protected]
(+84) 28 7109 7896

The Sentry P
16 Nguyen Dang Giai Street,
Thao Dien Ward, Thu Duc City,
Ho Chi Minh City, Vietnam

Dreamplex
174 Thai Ha Street,
Trung Liet Ward, Dong Da District,
Hanoi, Vietnam

lockSSL Secure Site

Get the investor app

Registered with Securities Commission Malaysia.
Modalku Ventures Sdn Bhd 201601019329 (1190266X)
© 2020 Modalku Ventures Sdn Bhd. All rights reserved. 

Funding Societies is a SME Digital Financing Platform registered with Securities Commission Malaysia. It does not fall under the jurisdiction of Bank Negara Malaysia. Therefore, financing products of Funding Societies should not be constructed as business loan, SME loan, micro loan, term loan or any other loans offered by banks in Malaysia and it is to be deemed as an investment note as defined in the Guidelines on Recognised Markets.

Disclaimer: All third party trademarks, product and company names are the property of their respective holders.