Pengambilalihan platform pembayaran digital tersebut dijangka selesai pada bulan Jun serta tertakluk kepada kelulusan badan pengawal selia
Platform pembiayaan digital ini akan mendapat manfaat daripada rangkaian teknologi dan penyelesaian pembayaran CardUp, seterusnya memperluaskan perkhidmatannya menjangkau penawaran pembiayaan
(Kiri & kanan): Kelvin Teo, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Funding Societies | Modalku; Nicki Ramsay, Pengasas and Ketua Pegawai Eksekutif, CardUp
KUALA LUMPUR, 29 JUN 2022 - Funding Societies, platform pembiayaan digital PKS terbesar di Asia Tenggara, hari ini mengumumkan pengambilalihan perkhidmatan pembayaran serantau, CardUp, untuk jumlah yang tidak didedahkan*. Menerusi langkah ini, Funding Societies akan memperoleh keupayaan pembayaran CardUp seperti pembayaran-melalui-kad kepada penerima yang tidak mempunyai kemudahan penerimaan pembayaran kad (bagi transaksi dalam dan luar negeri), penerimaan pembayaran dalam talian, perisian automasi invois serta lesen-lesen berkenaan dan penyepaduannya dengan perisian perniagaan pihak ketiga terkenal. Perkhidmatan pembayaran CardUp ini akan melengkapi produk pembiayaan Funding Societies, untuk menawarkan pengalaman kewangan yang disatukan untuk PKS serantau, membolehkan PKS mengurus dan membuat pembayaran perbelanjaan, menerima pembayaran, serta membuat pinjaman pembiayaan melalui satu platform digital.
Pengumuman ini menyusuli berita pendanaan Siri C+ yang diraih platform tersebut sebanyak AS$294 juta (RM1.29 billion) pada Februari 2022, di mana US$144 juta (RM634 juta) diperolehi melalui ekuiti, diikuti pelaburan dalam Bank Index di Indonesia, pelancaran kad maya perniagaan Elevate di Singapura dan kemasukannya ke pasaran kelima iaitu Vietnam. Ini seterusnya memperkukuhkan lagi rangkaian keupayaannya dalam menyediakan perkhidmatan kewangan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serantau.
Dilancarkan pada 2016 dan beribu pejabat di Singapura, CardUp menyediakan penyelesaian pembayaran yang membantu individu serta perniagaan untuk membuat pembayaran kepada pembekal dan mengutip pembayaran daripada pelanggan secara digital. Beroperasi di pasaran Singapura, Malaysia dan Hong Kong, CardUp telah membantu puluhan ribu perniagaan termasuk perniagaan mikro, PKS dan korporat merentasi spektrum industri perniagaan-ke-perniagaan (B2B) dan pengguna-ke-perniagaan (C2B). Perniagaan-perniagaan ini menggunakan CardUp untuk pelbagai urusan perbelanjaan perniagaan seperti pembayaran gaji, sewa, cukai korporat, pembayaran vendor, aliran belum terima dan perbelanjaan rentassempadan. Dengan jangkaan permintaan besar daripada syarikat-syarikat yang ingin penjimatan masa dan kos menerusi pendigital pembayaran, CardUp menyaksikan pertumbuhan pesat di mana ia merakamkan peningkatan sebanyak 53% suku-ke-suku (QoQ).
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Funding Societies | Modalku, Kelvin Teo, berkata, “Setelah mengenali Nicki dan CardUp sejak 2018, kami mendapati CardUp mempunyai kesesuaian budaya dan strategik yang hebat. Pengambilalihan CardUp akan meningkatkan jangkauan dan mempercepatkan aspirasi kami dalam menjadi peneraju pasaran FinTech serantau, menyepadukan keupayaan pembayaran, mempertingkatkan pengalaman pengguna dan pelesenan tempatan yang berkait rapat dengan pinjaman digital yang kami sediakan di pasaran-pasaran utama rantau Asia Tenggara. Kami teruja untuk bekerjasama bersama pasukan CardUp sekali gus berbesar hati untuk bergabung tenaga dengan mereka.”
Pengambilalihan ini berketepatan di mana PKS dijangka melonjakkan pasaran kewangan digital ASEAN dengan pendapatan bernilai AS$60 bilion (RM263.64 bilion) menjelang tahun 2025. Ini seterusnya akan menyumbangkan 17% daripada keseluruhan hasil industri perkhidmatan kewangan serantau, sementara sektor pembayaran perniagaan serantau dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (KPTK) sebanyak 10% dalam tempoh lima tahun akan datang. Transaksi ini juga sejajar dengan usaha PKS ASEAN yang kian melaksanakan pendigitalan proses kewangan mereka untuk mencapai penjimatan masa dan kos serta penambahbaikan dalam perkhidmatan pelanggan menerusi penyelesaian dan aplikasi kewangan generasi terkini.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CardUp, Nicki Ramsay, berkata, “Kami telah lama mengiktiraf Funding Societies sebagai peneraju pembiayaan PKS serantau selain menjadi pelengkap kepada kepakaran pembayaran kami. Pengambilalihan ini mencerminkan sinergi strategik dan budaya erat di mana kedua-dua pihak mempunyai misi untuk membantu PKS menambah baik operasi perniagaan serta pengurusan aliran tunai. Kami yakin CardUp dan tenaga kerja kami akan berada dalam jagaan baik bersama Kelvin dan pasukannya, dan kami menantikan fasa pertumbuhan seterusnya syarikat ini.”
Setelah pengambilalihan ini dimuktamadkan dan diluluskan oleh pihak pengawal selia, Funding Societies akan mengalu-alukan Nicki Ramsay ke dalam kumpulan pengurusannya untuk menerajui segmen pembayaran. Disamping itu, semua tenaga kerja semasa CardUp di seluruh Asia akan dikekalkan. CardUp akan terus memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna dan kliennya serta mengekalkan hubungan yang telah lama terjalin dengan rangkaian perkhidmatan kad, pengguna, dan rakan media. Funding Societies dan CardUp akan memanfaatkan sinergi kukuh dalam bentuk pelengkapan bakat, teknologi, serta melalui kerjasama bank dan teknologi untuk memperkasakan lagi PKS di Asia Tenggara.
Dengan lebih daripada 50% bahagian pasaran di Malaysia, Funding Societies merupakan peneraju industri pembiayaan digital PKS melalui penyelesaian pembiayaan yang disesuaikan mengikut keperluan perniagaan PKS yang pelbagai. Dengan proses aplikasi sepenuhnya dalam talian, platform ini menangani cabaran-cabaran yang lazim dihadapi PKS apabila mendapatkan penyelesaian pembiayaan termasuk keperluan cagaran, penyerahan dokumentasi fizikal dan tempoh pemprosesan yang panjang. Di seluruh Asia Tenggara, Funding Societies telah menyalurkan lebih RM10.28 bilion dana modal kerja menerusi lebih 5.1 juta pembiayaan.
*Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa.
Indonesia
Pemberi Dana
[email protected]
+62 877 7126 5290
Penerima Dana
[email protected]
+62 877 7873 6144
Unifam Tower, Jl. Panjang Raya
Blok A3 No.1, Kedoya Utara,
Kebon Jeruk, Jakarta Barat,
DKI Jakarta, 11520, Indonesia
Singapore
[email protected]
General Enquiries:
+65 6221 0958
Sales Enquiries:
+65 6011 7534
112 Robinson Road
Level 8
Singapore 068902
Malaysia
[email protected]
Primary contact
+603 9212 0208
Secondary contact
+603 2202 1013
Unit 15.01 & Unit 15.02,
Level 15, Mercu 3,
KL Eco City, Jalan Bangsar,
59200 Kuala Lumpur
Thailand
SME Loan
[email protected]
+66 93 139 9721
Investment
[email protected]
+66 62 197 8661
No. 188, Spring Tower,
10th Floor, Phayathai Road,
Thung Phaya Thai Sub-district,
Ratchathewi District,
Bangkok, 10400
Vietnam
[email protected]
(+84) 28 7109 7896
The Sentry P
16 Nguyen Dang Giai Street,
Thao Dien Ward, Thu Duc City,
Ho Chi Minh City, Vietnam
Dreamplex
174 Thai Ha Street,
Trung Liet Ward, Dong Da District,
Hanoi, Vietnam
Registered with Securities Commission Malaysia.
Modalku Ventures Sdn Bhd 201601019329 (1190266X)
© 2020 Modalku Ventures Sdn Bhd. All rights reserved.
Funding Societies is a SME Digital Financing Platform registered with Securities Commission Malaysia. It does not fall under the jurisdiction of Bank Negara Malaysia. Therefore, financing products of Funding Societies should not be constructed as business loan, SME loan, micro loan, term loan or any other loans offered by banks in Malaysia and it is to be deemed as an investment note as defined in the Guidelines on Recognised Markets.
Disclaimer: All third party trademarks, product and company names are the property of their respective holders.