Pengumuman itu susulan pusingan pendanaan Siri C+ bernilai jutaan dolar baru-baru ini dan merupakan belian balik ESOP keempat oleh platform tersebut
(Kiri dan kanan): Kelvin Teo, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Funding Societies; dan Wong Kah Meng, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Funding Societies Malaysia
KUALA LUMPUR, 16 MAC 2022 – Funding Societies, platform pembiayaan digital PKS terbesar di Asia Tenggara, mengumumkan belian balik Pelan Pemilikan Saham Pekerja (ESOP) untuk wargakerja sedia ada dan terdahulu bernilai AS$16 juta (RM67 Juta). Belian balik ESOP ini adalah aktiviti belian balik yang keempat pernah dilakukan oleh platform fintech itu. Sebelum ini, wargakerja dan alumni syarikat tersebut telah menjual saham ESOP mereka yang bernilai AS$3.5 juta (RM14.7 juta).
Polisi ESOP Funding Societies telah dirangka bagi mendukung keterangkuman dan kesaksamaan. Di bawah skim belian balik ini, semua wargakerja sedia ada dan terdahulu yang layak berhak untuk menjual saham mereka tanpa diskaun mengikut harga saham pilihan Siri C+ kepada pelabur yang ingin mengambil bahagian, berbanding diskaun 20% yang biasa diamalkan dalam industri. Para pekerja juga boleh memilih sama ada untuk terus memegang ESOP mereka atau menukarnya kepada saham, seterusnya menjadi pemegang saham syarikat.
Ramai wargakerja Funding Societies layak untuk menerima polisi ESOP, termasuk wargakerja baharu. Syarikat itu menawarkan peruntukan ESOP sebanyak 50% daripada jumlah gaji tahunan untuk wargakerja baharu yang layak, seterusnya menerajui dan menetapkan standard pasaran baru bagi industri. Funding Societies turut memberikan penghargaan istimewa kepada para pekerja yang telah lama berkhidmat dalam skim ESOP tersebut. Pekerja setia yang layak berhak menerima ESOP setiap dua tahun daripada tarikh mereka mula menyertai syarikat itu. Lebih daripada 120 wargakerja sedia ada dan bekas kakitangan telah menerima ganjaran tunai daripada aktiviti belian balik saham ini sejak penubuhan Funding Societies.
Kelvin Teo, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Funding Societies | Modalku, berkata, “Walaupun bunyinya agak klise, namun Funding Societies | Modalku sentiasa mengutamakan tenaga kerja. Kami berterima kasih atas kepercayaan dan dedikasi mereka ke arah merealisasikan wawasan untuk memperkasakan PMKS di Asia Tenggara, dan ini termasuk wargakerja sedia ada terutamanya dalam kalangan mereka yang merupakan tenaga kerja pengasas di setiap negara yang masih bersama dengan kami, bakat yang telah meninggalkan kami selepas menyumbangkan perkhidmatan dan jasa mereka, serta mereka yang kembali menyertai kami semula. Kami memutuskan untuk membuat belian balik tanpa diskaun lazim sebanyak 20% yang biasa diamalkan oleh industri, dengan penambahan nilai beberapa juta lagi ke dalam pembayaran tunai, sebagai salah satu cara terbaik untuk menyatakan terima kasih kepada mereka. Dan saya turut merasa terharu apabila ada di antara mereka telah berkongsi membeli rumah pertama hasil daripada ESOP ini.”
Tambah beliau, “Sebelum pusingan Siri C+ lagi, saya berbesar hati untuk memaklumkan bahawa 2021 telah menyaksikan kadar penyusutan wargakerja di tahap terendah dan skor kebahagiaan kakitangan berada pada tahap yang tertinggi sejak Funding Societies ditubuhkan. Walaupun dilanda COVID-19, kami telah mengambil langkah aktif sebagai tanda penghargaan kepada semua wargakerja merangkumi pelbagai inisiatif termasuk komunikasi dalaman, pembelajaran & pembangunan, ESOP dan banyak lagi. Seterusnya, kami merancang untuk melakukan lebih banyak lagi perkara bagi mewujudkan persekitaran kerja yang sesuai untuk ibu bapa. Secara khususnya, kami mengambil langkah menyediakan faedah keluarga yang lebih baik untuk para ibu dan telah membuka jawatan sambilan dengan waktu bekerja yang lebih fleksibel.”
Wong Kah Meng, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Funding Societies Malaysia, menekankan tentang kepentingan untuk syarikat mengiktiraf dan menghargai bakat, “Tenaga kerja kami adalah aset terbesar kami, dan kami tidak akan mengecapi kejayaan pada hari ini tanpa kerja keras dan dedikasi mereka. Dalam kami fokus untuk terus berkembang maju pada tahun ini, kami menyasarkan untuk memupuk persekitaran yang sama dalam menyokong semua rakan sekerja kami, dan skim ESOP ini adalah lanjutan daripada usaha kami dalam menzahirkan penghargaan kami. Pusingan belian balik kali keempat ini akan memberikan ganjaran kepada lebih ramai lagi bekas rakan sekerja dan rakan sekerja sedia ada, termasuk tenaga kerja kami di Malaysia.”
Pengumuman ini dibuat hanya sebulan selepas pusingan pendanaan C+ syarikat itu yang berjumlah AS$294 juta (RM1.23 bilion) diterajui oleh SoftBank Vision Fund 2 dan para pelabur lain, termasuk VNG Corporation, Rapyd Ventures, serta pelabur global yang berpangkalan di Asia seperti EDBI, Indies Capital, K3 Ventures, dan Ascend Vietnam Ventures. Pusingan itu turut termasuk kemudahan pinjaman bernilai AS$150 juta (RM630 juta) daripada institusi pemberi pinjaman di seluruh Eropah, Amerika Syarikat, dan Asia. Kebanyakan dana yang dikumpulkan akan digunakan bagi memacu perkhidmatan terhadap perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di seluruh Asia Tenggara.
Funding Societies telah diasaskan pada 2015 oleh Kelvin Teo dan Reynold Wijaya dari Harvard Business School bagi memperkasakan PMKS di Asia Tenggara. Platform FinTech itu menangani cabaran utama untuk pertumbuhan PMKS, bermula dengan jurang pembiayaan rantau ini yang berjumlah USD300 bilion (RM1.26 trilion). Funding Societies menawarkan pembiayaan sehingga RM2 juta, yang boleh disalurkan sepantas 24 jam, seterusnya memberi penyelesaian tepat pada masanya kepada PMKS yang menghadapi cabaran untuk mendapatkan dana perniagaan.
Indonesia
Pemberi Dana
[email protected]
+62 877 7126 5290
Penerima Dana
[email protected]
+62 877 7873 6144
Unifam Tower, Jl. Panjang Raya
Blok A3 No.1, Kedoya Utara,
Kebon Jeruk, Jakarta Barat,
DKI Jakarta, 11520, Indonesia
Singapore
[email protected]
General Enquiries:
+65 6221 0958
Sales Enquiries:
+65 6011 7534
112 Robinson Road
Level 8
Singapore 068902
Malaysia
[email protected]
Primary contact
+603 9212 0208
Secondary contact
+603 2202 1013
Unit 15.01 & Unit 15.02,
Level 15, Mercu 3,
KL Eco City, Jalan Bangsar,
59200 Kuala Lumpur
Thailand
SME Loan
[email protected]
+66 93 139 9721
Investment
[email protected]
+66 62 197 8661
No. 188, Spring Tower,
10th Floor, Phayathai Road,
Thung Phaya Thai Sub-district,
Ratchathewi District,
Bangkok, 10400
Vietnam
[email protected]
(+84) 28 7109 7896
The Sentry P
16 Nguyen Dang Giai Street,
Thao Dien Ward, Thu Duc City,
Ho Chi Minh City, Vietnam
Dreamplex
174 Thai Ha Street,
Trung Liet Ward, Dong Da District,
Hanoi, Vietnam
Registered with Securities Commission Malaysia.
Modalku Ventures Sdn Bhd 201601019329 (1190266X)
© 2020 Modalku Ventures Sdn Bhd. All rights reserved.
Funding Societies is a SME Digital Financing Platform registered with Securities Commission Malaysia. It does not fall under the jurisdiction of Bank Negara Malaysia. Therefore, financing products of Funding Societies should not be constructed as business loan, SME loan, micro loan, term loan or any other loans offered by banks in Malaysia and it is to be deemed as an investment note as defined in the Guidelines on Recognised Markets.
Disclaimer: All third party trademarks, product and company names are the property of their respective holders.