FUNDING SOCIETIES JALIN KERJASAMA DENGAN PROTON, TAWAR PEMBIAYAAN KEPADA PENGEDAR KERETA TERPAKAI



(Kiri) Wan Ahmad Fadzli Wan Mustafa, Pengurus Besar, Proton Edar;
(Kanan) Chai Kien Poon, Ketua Negara, Funding Societies Malaysia.

KUALA LUMPUR, 14 NOVEMBER 2022 – Funding Societies, platform pembiayaan digital PKS terbesar di Asia Tenggara, mengumumkan kerjasama dengan pengeluar kereta nasional PROTON untuk menyediakan kemudahan kredit kepada pengedar PROTON bagi membiayai pembelian kereta untuk penstokan lantai (floor stocking).

Funding Societies diasaskan pada 2015 untuk memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Asia Tenggara dengan memperluas akses pembiayaan PKS dengan menyelesaikan kekangan-kekangan utama pembiayaan yang sering dihadapi PKS termasuk ketiadaan cagaran (collateral), keperluan dokumentasi yang merumitkan, serta tempoh pemprosesan yang panjang. Penyelesaian kekangan ini selari dengan komitmen Funding Societies untuk mengurangkan jurang pembiayaan PKS di Malaysia dan di rantau ini, lebih-lebih lagi memandangkan PKS merupakan tunjang ekonomi negara.

Chai Kien Poon, Ketua Negara, Funding Societies Malaysia, “Permintaan untuk kenderaan persendirian menyaksikan peningkatan sejak separuh kedua 2020. Ini didorong kebimbangan masyarakat terhadap pengangkutan awam (impak krisis Covid-19) serta dasar kerajaan berketepatan semasa pandemik. Dengan fasiliti kredit pusingan (revolving credit facility) Funding Societies, pengedar PROTON boleh memanfaatkan pertumbuhan tersebut dengan meningkatkan inventori bagi tujuan jualan dengan meningkatkan inventori stok lantai kereta terpakai.”

“Selaras dengan misi Funding Societies untuk memperluas kemudahan pembiayaan kepada PKS terpinggir yang berkelayakan kredit, kemudahan kredit pusingan ini memberikan pengalaman pembiayaan lebih lancar kepada pengedar PROTON. Mereka boleh menggunakan kemudahan itu pada bila-bila masa dan di mana sahaja selepas pengaktifannya. Di samping itu, pengedar akan turut mempunyai akses kepada sistem pembiayaan rantaian bekalan dalam talian kami untuk menguruskan fasiliti pembiayaan mereka,” tambah Chai.

“Dengan peningkatan jumlah jualan PROTON sejak beberapa tahun ini, kami telah melihat peningkatan transaksi jual atau tukar beli. Melalui kemudahan pembiayaan pengedar yang disediakan oleh Funding Societies, pengedar kami boleh membiayai pembelian penstokan lantai bagi membolehkan transaksi tukar beli,” kata Wan Ahmad Fadzli Wan Mustafa, Pengurus Besar, Proton Edar.

Sejak penubuhannya pada 2019, unit Pengurusan Kereta Terpakai (UCM) PROTON telah memperkenalkan prosedur operasi dan menyediakan latihan kepada Pemeriksa Kereta Terpakai untuk menguruskan transaksi di setiap cawangan dan memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah selaras dengan piawaian yang ditetapkan oleh jenama tersebut. Pada masa ini, syarikat itu mempunyai 35 cawangan yang menjual kenderaan Proton Certified Pre-Owned (PCPO) di negara ini.

“Pengedar yang berminat untuk memohon pembiayaan tersebut boleh melayari platform dalam talian Funding Societies. Mereka menyediakan pembiayaan sehingga 85% daripada nilai transaksi dengan tempoh pembayaran balik sehingga 90 hari. Dengan kemudahan fasiliti ini, pengedar kami boleh mengembangkan perniagaan mereka dengan mengumpul modal jangka pendek untuk menguruskan aliran tunai mereka serta menggunakannya untuk pembelian kereta baharu daripada Proton Edar,” rumus Wan Ahmad Fadzli.

Kenderaan yang dijual di bawah program PCPO menjalani pemeriksaan menyeluruh 201-mata dan dijamin bebas daripada sebarang kerosakan banjir atau kemalangan besar. Pelanggan juga menikmati lanjutan jaminan selama 1 tahun yang meliputi enjin dan transmisi serta satu sesi perkhidmatan servis percuma 6 bulan dari tarikh pendaftaran.

Dengan peralihan kepada platform dalam talian yang semakin meningkat, UCM juga telah menyediakan laman web kereta terpakai PROTON khusus (http://used-cars.proton.com) untuk menarik pembeli yang celik teknologi. Pembeli boleh melihat stok tanpa berkunjung ke bilik pameran dan melayari laman web untuk mendapatkan anggaran harga pasaran kereta terpakai.

Indonesia

Pemberi Dana
[email protected]
+62 877 7126 5290

Penerima Dana
[email protected]
+62 877 7873 6144

Unifam Tower, Jl. Panjang Raya
Blok A3 No.1, Kedoya Utara,
Kebon Jeruk, Jakarta Barat,
DKI Jakarta, 11520, Indonesia

Singapore

[email protected]
General Enquiries:
+65 6221 0958

Sales Enquiries:
+65 6011 7534

112 Robinson Road
Level 8
Singapore 068902

Malaysia

[email protected]
Primary contact
+603 9212 0208

Secondary contact
+603 2202 1013

Unit 15.01 & Unit 15.02,
Level 15, Mercu 3,
KL Eco City, Jalan Bangsar,
59200 Kuala Lumpur

Thailand

SME Loan
[email protected]
+66 93 139 9721

Investment
[email protected]
+66 62 197 8661

No. 188, Spring Tower,
10th Floor, Phayathai Road,
Thung Phaya Thai Sub-district,
Ratchathewi District,
Bangkok, 10400

Vietnam

[email protected]
(+84) 28 7109 7896

The Sentry P
16 Nguyen Dang Giai Street,
Thao Dien Ward, Thu Duc City,
Ho Chi Minh City, Vietnam

Dreamplex
174 Thai Ha Street,
Trung Liet Ward, Dong Da District,
Hanoi, Vietnam

lockSSL Secure Site

Get the investor app

Registered with Securities Commission Malaysia.
Modalku Ventures Sdn Bhd 201601019329 (1190266X)
© 2020 Modalku Ventures Sdn Bhd. All rights reserved. 

Funding Societies is a SME Digital Financing Platform registered with Securities Commission Malaysia. It does not fall under the jurisdiction of Bank Negara Malaysia. Therefore, financing products of Funding Societies should not be constructed as business loan, SME loan, micro loan, term loan or any other loans offered by banks in Malaysia and it is to be deemed as an investment note as defined in the Guidelines on Recognised Markets.

Disclaimer: All third party trademarks, product and company names are the property of their respective holders.