Funding Societies dan Pantas Menerajui Industri dengan Melancarkan Pembiayaan Invois Automatik Pra-Kelulusan untuk PKS


  • Funding Societies dan Pantas Software telah memeterai perjanjian yang menyasarkan untuk menyediakan PKS dengan jaringan keselamatan kewangan yang mudah diakses, memanfaatkan data dan algoritma proprietari syarikat

  • Sebagai alumni program SME Digital Accelerator oleh MDEC, Pantas dan rakan kongsinya, Funding Societies menyasarkan untuk meringkaskan proses pembiayaan invois sehingga sepantas dua hari bekerja

KUALA LUMPUR, 11 APRIL 2022 – Syarikat pemula Pantas telah bekerjasama dengan Funding Societies, iaitu platform pembiayaan digital perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terbesar di Asia Tenggara untuk melancarkan kemudahan pembiayaan invois automatik pra-kelulusan pertama dalam industri untuk PKS di Malaysia.

Kerjasama berkenaan menyasarkan untuk meyediakan jaringan keselamatan kewangan yang mudah diakses untuk PKS. Memanfaatkan data dan algoritma proprietari Pantas dan Funding Societies, PKS secara automatik akan memperoleh pra-kelulusan untuk kemudahan pembiayaan invois melalui perisian e-invois percuma Pantas.

Penyelesaian ini akan mengurangkan masa yang diambil untuk proses keseluruhan invois (dari kemudahan kelulusan sehingga kemasukan wang ke akaun bank) sepantas dua hari bekerja, berbanding mengambil kira-kira beberapa minggu berdasarkan standard industri, selain menawarkan kadar faedah yang kompetitif. PKS juga akan memperoleh had pra-kelulusan yang lebih tinggi dengan melakukan lebih banyak transaksi di Pantas.

“Sebagai peneraju ekonomi digital Malaysia, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) memuji kerjasama antara Pantas dan Funding Societies ini. Pelancaran penyelesaian digital yang inovatif dan menerajui industri ini akan terbukti bermanfaat kepada PKS, yang merupakan tunjang utama ekonomi Malaysia. Pembiayaan pra-kelulusan ini akan memacu penggunaan digital dalam kalangan PKS dan melonjakkan Malaysia sebagai negara digital terkemuka,” kata Mahadhir Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC.

“Setiap perniagaan memerlukan jaringan keselamatan pembiayaan ketika berdepan dengan cabaran. Pembiayaan pra-kelulusan ini akan menyediakan PKS dengan akses yang lancar kepada modal kerja dan mengurangkan kekangan aliran tunai. Perniagaan yang memanfaatkan perisian percuma Pantas untuk mendigitalkan proses bil, invois dan pembayaran, secara automatik akan memperoleh akses kepada kemudahan pembiayaan pra-pelancaran ini. Kerjasama dengan Funding Societies akan membolehkan kami untuk mengembangkan capaian kepada PKS yang belum mengadaptasi perkhidmatan berkenaan, bagi membantu mereka memperoleh manfaat yang lebih besar dengan penyelesaian ini,” kata Max Lee, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Pantas.

Wong Kah Meng, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Funding Societies Malaysia berkata, “Pengurusan aliran tunai merupakan perkara penting kepada perniagaan bagi memastikannya mencatatkan keuntungan dan mampan. Sejak diperkenalkan, produk pembiayaan invois kami telah membantu PKS untuk mengoptimumkan aliran tunai, menangani kebimbangan invois yang telah lama tertunggak, akses kepada kecairan dan menambah baik prestasi modal kerja. Kami amat berbesar hati menerusi kerjasama dengan Pantas, yang akan menambah baik pilihan dan kepantasan dalam penyelesaian pembiayaan yang ditawarkan kepada PKS yang belum menikmatinya.”

Pantas juga telah bekerjsama dengan MDEC untuk menjadi sebahagian daripada program SME Digital Accelerator. Program berkenaan dibangunkan untuk membantu PKS Malaysia dengan menyediakan pendekatan berstruktur untuk mengadaptasi pendigitalan.

“Kerjasama kami dengan Pantas untuk program SME Digital Accelerator merupakan bukti komitmen berterusan yang telah dilaksanakan MDEC dalam mengembangkan dan memangkin ekosistem ekonomi digital di Malaysia. Memandangkan 98.5 peratus perniagaan di Malaysia adalah PKS, Bank Dunia menyatakan bahawa kadar adaptasi digital dalam kalangan komuniti berkenaan masih ketinggalan berbanding syarikat besar. MDEC dengan rakan seperti Pantas, akan terus berusaha untuk memastikan Malaysia kekal menjadi negara digital yang kompetitif di dunia,” tambah Mahadhir.

Indonesia

Pemberi Dana
[email protected]
+62 877 7126 5290

Penerima Dana
[email protected]
+62 877 7873 6144

Unifam Tower, Jl. Panjang Raya
Blok A3 No.1, Kedoya Utara,
Kebon Jeruk, Jakarta Barat,
DKI Jakarta, 11520, Indonesia

Singapore

[email protected]
General Enquiries:
+65 6221 0958

Sales Enquiries:
+65 6011 7534

112 Robinson Road
Level 8
Singapore 068902

Malaysia

[email protected]
Primary contact
+603 9212 0208

Secondary contact
+603 2202 1013

Unit 15.01 & Unit 15.02,
Level 15, Mercu 3,
KL Eco City, Jalan Bangsar,
59200 Kuala Lumpur

Thailand

SME Loan
[email protected]
+66 93 139 9721

Investment
[email protected]
+66 62 197 8661

No. 188, Spring Tower,
10th Floor, Phayathai Road,
Thung Phaya Thai Sub-district,
Ratchathewi District,
Bangkok, 10400

Vietnam

[email protected]
(+84) 28 7109 7896

The Sentry P
16 Nguyen Dang Giai Street,
Thao Dien Ward, Thu Duc City,
Ho Chi Minh City, Vietnam

Dreamplex
174 Thai Ha Street,
Trung Liet Ward, Dong Da District,
Hanoi, Vietnam

lockSSL Secure Site

Get the investor app

Registered with Securities Commission Malaysia.
Modalku Ventures Sdn Bhd 201601019329 (1190266X)
© 2020 Modalku Ventures Sdn Bhd. All rights reserved. 

Funding Societies is a SME Digital Financing Platform registered with Securities Commission Malaysia. It does not fall under the jurisdiction of Bank Negara Malaysia. Therefore, financing products of Funding Societies should not be constructed as business loan, SME loan, micro loan, term loan or any other loans offered by banks in Malaysia and it is to be deemed as an investment note as defined in the Guidelines on Recognised Markets.

Disclaimer: All third party trademarks, product and company names are the property of their respective holders.