Pembiayaan Tersirat: Peneraju Perubahan Transaksi Pembekal-Restoran, Dilancarkan oleh Funding Societies, Food Market Hub & Supply Bunny


[Kiri-kanan] Chai Kien Poon, Ketua Negara Funding Societies Malaysia; Anthony See, Ketua Pegawai Eksekutif, Food Market Hub; Tham Keng Yew, Ketua Pegawai Eksekutif, Supply Bunny.

KUALA LUMPUR, 5 APRIL 2023 - Funding Societies, platform pembiayaan digital PKS terbesar di Asia Tenggara, bekerjasama dengan Food Market Hub dan Supply Bunny, dua penyedia penyelesaian terkemuka bekalan makanan dan minuman (F&B) di Malaysia, untuk melancarkan program pembiayaan tersirat (embedded financing) perniagaan-ke-perniagaan (B2B) baharu, yang pertama seumpamanya dalam industri F&B, untuk restoran dan pengusaha kedai F&B di Malaysia.

Pembiayaan tersirat disediakan Funding Societies dalam perkongsian tiga pihak ini membolehkan penyepaduan ke dalam penyelesaian Food Market Hub dan Supply Bunny. Ini seterusnya membolehkan 3,000 pengendali F&B di platform Food Market Hub menerima pesanan inventori mereka daripada 800 pembekal di platform Supply Bunny dengan lancar. Pembiayaan tersirat ini membolehkan pengendali F&B menangguhkan pembayaran sehingga 30 hari dari tarikh penghantaran. Pada masa yang sama, pembekal menerima bayaran ketika penghantaran. Pengurusan aliran tunai penting untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) termasuk yang terlibat dalam segmen F&B. Melalui inisiatif ini, pengusaha restoran boleh mengurus aliran tunai dan modal kerja mereka dengan lebih baik sambil memberi tumpuan kepada mengekalkan atau mengembangkan perniagaan mereka.

Chai Kien Poon, Ketua Negara, Funding Societies Malaysia, berkata, “Akses kepada modal adalah penting untuk PKS dalam sektor F&B ketika mereka berusaha memenuhi permintaan pelanggan yang meningkat serta membantu meningkatkan operasi. Melalui kerjasama bersama Food Market Hub dan Supply Bunny, Funding Societies akan memperluas perkhidmatan kepada lebih banyak PKS dalam industri F&B yang berkelayakan kredit namun terabai.”

"Industri F&B Malaysia diunjur menyumbang RM35.2 bilion kepada KDNK negara. Anggaran pertumbuhan 2022 juga dicatatkan sebanyak 22% dan dijangka untuk berkembang sebanyak 8% lagi tahun ini. Dikala sentimen positif tahun ini, kita perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk kemelesetan ekonomi. Aliran tunai PKS membolehkan mereka terus beroperasi serta melabur semula, sama ada dalam pemasaran atau meningkatkan tahap perkhidmatan pelanggan mereka," ulas Anthony See, Ketua Pegawai Eksekutif, Food Market Hub. "Melalui kerjasama ini, kami berhasrat untuk membantu pengusaha restoran berjaya dalam industri F&B yang kompetitif."

Pengendali restoran dan kedai F&B yang berjaya layak mendapat kemudahan pembiayaan tanpa cagaran sehingga RM50,000 di bawah program pembiayaan B2B ini. Keseluruhan proses permohonan mengambil masa kira-kira dua minggu. Berdasarkan kuantum pembiayaan yang dipohon, pengusaha restoran hanya dikehendaki menyerahkan borang permohonan yang lengkap beserta salinan kad pengenalan mereka.

"Kami menjalankan program perintis sejak beberapa bulan lepas yang melibatkan pembekal rantaian sejuk dan segar. Hasilnya amat memberangsangkan dan mendorong kami untuk melancarkan program pada skala yang lebih besar. Kami teruja dengan impak bakal dilihat menerusi inisiatif ini terhadap sektor perkhidmatan makanan Malaysia - khususnya dalam meningkatkan kecekapan aliran tunai, memudahkan bekalan tepat pada masa, dan mengurangkan tekanan pada rantaian bekalan. Ini akan seterusnya menyumbang kepada dasar keselamatan makanan jangka pendek dan sederhana Malaysia," tambah Tham Keng Yew, Ketua Pegawai Eksekutif Supply Bunny.

Pelancaran program pembiayaan B2B ini merupakan peristiwa penting bagi Food Market Hub dan Supply Bunny kerana ianya kerjasama pertama mereka dengan platform pembiayaan digital terkemuka dan merupakan sebahagian daripada komitmen mereka untuk menyokong pertumbuhan dan pembangunan PKS Malaysia, khususnya industri F&B. Di Malaysia, Funding Societies telah mengagihkan pembiayaan bernilai lebih daripada RM2 bilion yang menyokong beribu-ribu PKS.

Program pembiayaan kini boleh didapati di kedua-dua platform Food Market Hub dan Supply Bunny. Pengusaha restoran dijemput untuk mendaftar dan memanfaatkan penyelesaian kewangan baharu ini. Untuk maklumat lanjut, sila lawati https://www.foodmarkethub.com/financing.

Indonesia

Pemberi Dana
[email protected]
+62 877 7126 5290

Penerima Dana
[email protected]
+62 877 7873 6144

Unifam Tower, Jl. Panjang Raya
Blok A3 No.1, Kedoya Utara,
Kebon Jeruk, Jakarta Barat,
DKI Jakarta, 11520, Indonesia

Singapore

[email protected]
General Enquiries:
+65 6221 0958

Sales Enquiries:
+65 6011 7534

112 Robinson Road
Level 8
Singapore 068902

Malaysia

[email protected]
Primary contact
+603 9212 0208

Secondary contact
+603 2202 1013

Unit 15.01 & Unit 15.02,
Level 15, Mercu 3,
KL Eco City, Jalan Bangsar,
59200 Kuala Lumpur

Thailand

SME Loan
[email protected]
+66 93 139 9721

Investment
[email protected]
+66 62 197 8661

No. 188, Spring Tower,
10th Floor, Phayathai Road,
Thung Phaya Thai Sub-district,
Ratchathewi District,
Bangkok, 10400

Vietnam

[email protected]
(+84) 28 7109 7896

The Sentry P
16 Nguyen Dang Giai Street,
Thao Dien Ward, Thu Duc City,
Ho Chi Minh City, Vietnam

Dreamplex
174 Thai Ha Street,
Trung Liet Ward, Dong Da District,
Hanoi, Vietnam

lockSSL Secure Site

Get the investor app

Registered with Securities Commission Malaysia.
Modalku Ventures Sdn Bhd 201601019329 (1190266X)
© 2020 Modalku Ventures Sdn Bhd. All rights reserved. 

Funding Societies is a SME Digital Financing Platform registered with Securities Commission Malaysia. It does not fall under the jurisdiction of Bank Negara Malaysia. Therefore, financing products of Funding Societies should not be constructed as business loan, SME loan, micro loan, term loan or any other loans offered by banks in Malaysia and it is to be deemed as an investment note as defined in the Guidelines on Recognised Markets.

Disclaimer: All third party trademarks, product and company names are the property of their respective holders.