Kenyataan Funding Societies berhubung Belanjawan 2023: Membangun Malaysia Madani


636b9614eabbcbeec47b5bbb9acea3bc5cd522b7984beafdf121245fef92536e

Maklum balas diberikan oleh: Chai Kien Poon, Ketua Negara, Funding Societies Malaysia

Funding Societies, platform pembiayaan digital PKS terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara, menyambut baik Belanjawan 2023: Membangun Malaysia Madani yang dibentangkan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini.

Aspirasi Kerajaan untuk memacu ekonomi terangkum dan mampan adalah kritikal. Malaysia dan ekonomi global berdepan dengan pelbagai cabaran berpunca daripada gangguan rantaian bekalan, perkembangan teknologi, konflik geopolitik dan unjuran pertumbuhan ekonomi yang perlahan di pasaran utama seperti Eropah. Oleh kerana itu, kami menyambut baik pelbagai inisiatif yang membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri dalam belanjawaan bernilai RM388.1 bilion ini.

Aliran tunai merupakan nadi kepada mana-mana perniagaan, lebih lagi untuk kemampanan PKS. Bagi 1.2 juta PKS di Malaysia, termasuk perusahaan mikro, ketersediaan aliran tunai menentukan sama ada mereka akan berkembang maju atau menamatkan operasi. Sebagai peserta Malaysia Coinvestment Fund (MyCIF) yang turut menyediakan kepada perusahaan akses kewangan yang sangat diperlukan, kami mengalu-alukan peruntukkan RM40 juta untuk pembiayaan alternatif. Ini secara langsung menunjukkan keyakinan Kerajaan terhadap segmen FinTech (melalui platform pembiayaan digital seperti Funding Societies) untuk melengkapkan institusi kewangan tradisional dalam membantu merapatkan jurang pembiayaan. Dalam pada itu, kami akan terus gigih memberi perkhidmatan kepada PKS berkelayakan yang kurang mendapat kredit.

Kami juga memuji pelbagai insentif yang berteraskan PKS yang diumumkan. Walaupun aktiviti ekonomi dalam negeri meningkat sejak pemansuhan langkah kawalan COVID-19, PKS masih memerlukan bantuan yang boleh mereka perolehi untuk pulih daripada kemunduran yang menjangkau dua tahun. Dengan mengurangkan kadar cukai daripada 17% kepada 15% untuk RM150,000 pertama memberi PKS sehingga RM3,000 untuk dilaburkan ke dalam peningkatan kecekapan operasi atau meningkatkan kapasiti mereka. Peruntukan RM40 bilion sebagai pinnjaman dan jaminan kredit untuk PKS turut membantu akses kepada modal yang amat diperlukan. Perusahaan milik wanita dan belia juga mendapat manfaat daripada sekurang-kurangnya RM300 juta yang diperuntukkan. Selain itu, kami juga mengalu-alukan tumpuan belanjawan terhadap sektor pertanian dan keselamatan makanan dengan peruntukan RM250 juta untuk perusahaan pemula pertanian dan platform e-dagang melalui Program Pelaburan Agrobank Agrobank. Ini sejajar dengan aspirasi Funding Societies untuk bekerjasama rapat dengan agensi pertanian utama serta pemegang taruh untuk menyokong usahawan dan PKS dalam sektor tersebut.

Sejak pembiayaan digital PKS diperkenalkan di Malaysia, Funding Societies telah mengagihkan hampir RM2 bilion kepada MSME Malaysia (jumlah agihan pembiayaan industri sebanyak RM3 bilion). Seiring dengan dasar dan insentif kerajaan, kami akan terus memperkenalkan pembiayaan inovatif untuk terus menyokong PKS tempatan.