Chai Kien Poon, Country Head, Funding Societies Malaysia
KUALA LUMPUR, 23 Julai 2024 – Funding Societies, platform pembiayaan digital PKS bersepadu terbesar di Asia Tenggara, telah berjaya mengagihkan RM300 juta pembiayaan patuh Syariah kepada lebih 2,500 perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) sejak ia melancarkan rangkaian produk patuh Syariah pada Jun 2023. Kejayaan ini dicapai menerusi 8,000 nota pelaburan Islam, menunjukkan komitmen Funding Societies dalam usaha memperkasa PMKS.
Dengan kepimpinan Malaysia di peringkat global dalam sektor kewangan Islam dan pasaran modal Islam, penawaran rangkaian penyelesaian patuh Syariah yang luas disamping struktur konvensional penting bagi merapatkan jurang pembiayaan PMKS sebanyak RM290 bilion, seperti yang dikenal pasti oleh PwC untuk Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Ketua Negara Funding Societies Malaysia, Chai Kien Poon berkata, “Kami berbangga dengan pasukan kami kerana berjaya mencatatkan satu lagi kejayaan yang jauh melebihi sasaan kami. Kami telah melepasi jumlah pengagihan RM300 juta dalam masa hanya setahun dan menyediakan akses pembiayaan kepada lebih 2,500 PMKS. Ini menunjukkan minat serta permintaan terhadap produk pembiayaan dan pelaburan patuh Syariah. Pembiayaan patuh Syariah membentuk 15% daripada portfolio kami, dan kami menyasarkan untuk meningkatkannya kepada 50% menjelang 2025.”
PMKS memainkan peranan yang penting dalam unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia pada tahun 2024 iaitu antara 4% hingga 5%. Dalam mereka menghadapi kenaikan inflasi dan kos operasi menjalankan perniagaan, keperluan dari segi sokongan kewangan yang berterusan adalah kritikal untuk trajektori pertumbuhan PMKS, menggalakkan pewujudan pekerjaan dan meningkatkan sumbangan ekonomi.
“Kami amat menghargai sokongan daripada rakan usahasama kami seperti Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC), melalui Islamic SME Portfolio Guarantee (SME PG-i) Scheme,” tambah Chai Kien Poon. “Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) turut memainkan peranan penting dalam membangunkan produk pembiayaan patuh Syariah kami menerusi Global Technology Grant Programme. Selain itu, perlantikan Funding Societies oleh SME Corporation Malaysia di bawah Inisiatif Pembiayaan PMKS Bumiputera (BMFI) menunjukkan komitmen kami terhadap hasil yang memberikan impak sosial yang besar.”
Menurut Global Islamic Fintech Report 2023/24 oleh Dinar Standard, pasaran teknologi kewangan (fintech) Islam dijangka berkembang dengan ketara, mengatasi sektor fintech yang lebih luas. Malaysia dan Indonesia telah muncul sebagai hab fintech Islam, mencerminkan jumlah transaksi dan potensi pasaran yang mantap. Ekonomi halal, yang bernilai AS$6.25 trilion setakat 2022, terus berkembang, dengan Malaysia menerajui penarafan global sejak 2012, menurut laporan State of the Global Islamic Economy Report 2023. Ini menunjukkan potensi besar bagi PMKS di Malaysia untuk mengguna pakai penyelesaian kewangan Islam digital bagi menyokong inisiatif pertumbuhan mereka.
Tatkala Funding Societies terus berkembang di lima pasaran utamanya di Asia Tenggara, ia tetap fokus terhadap usaha menyokong PMKS yang kurang mendapat perhatian melalui rangkaian penyelesaian pembiayaan jangka pendeknya.
Melihat ke hadapan, Funding Societies menyasarkan untuk terus menjalinkan kerjasama industri baharu memperluaskan jangkauannya kepada PMKS yang kurang mendapat perhatian namun mempunyai kelayakan kredit. Kerjasama antara institusi kewangan, fintech, dan korporat adalah penting untuk memajukan ekonomi Malaysia.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai senarai penuh produk pembiayaan Islam Funding Societies, sila kunjungi https://fundingsocieties.com.my/islamic-financing.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk pelaburan Islam Funding Societies, sila kunjungi https://fundingsocieties.com.my/guaranteed-islamic-investment-notes?tab=signup.
Indonesia
Pendana
[email protected]
+62 877 3751 1114
Peminjam
[email protected]
+62 877 7873 6144
Penagihan
[email protected]
Unifam Tower, Jl. Panjang Raya
Blok A3 No.1, Kedoya Utara,
Kebon Jeruk, Jakarta Barat,
DKI Jakarta, 11520, Indonesia
Singapore
[email protected]
General Enquiries:
+65 6221 0958
Sales Enquiries:
+65 6011 7534
112 Robinson Road
Level 8
Singapore 068902
Malaysia
[email protected]
Primary contact
+603 9212 0208
Secondary contact
+603 2202 1013
Unit 15.01 & Unit 15.02,
Level 15, Mercu 3,
KL Eco City, Jalan Bangsar,
59200 Kuala Lumpur
Thailand
SME Loan
[email protected]
+66 93 139 9721
Investment
[email protected]
+66 62 197 8661
No. 29, Vanissa Building,
24th Floor, Room No. 2412 & 2414,
Soi Chidlom, Ploenchit Road,
Lumpini, Pathumwan,
Bangkok, 10330
Vietnam
[email protected]
(+84) 28 7109 7896
The Sarus Building
67 Nguyen Thi Minh Khai
Ben Thanh Ward, District 1
Ho Chi Minh City, Vietnam
Dreamplex
174 Thai Ha Street,
Trung Liet Ward, Dong Da District,
Hanoi, Vietnam
Registered with Securities Commission Malaysia.
Modalku Ventures Sdn Bhd 201601019329 (1190266X)
© 2020 Modalku Ventures Sdn Bhd. All rights reserved.
Funding Societies is a SME Digital Financing Platform registered with Securities Commission Malaysia. It does not fall under the jurisdiction of Bank Negara Malaysia. Therefore, financing products of Funding Societies should not be constructed as business loan, SME loan, micro loan, term loan or any other loans offered by banks in Malaysia and it is to be deemed as an investment note as defined in the Guidelines on Recognised Markets.
Disclaimer: All third party trademarks, product and company names are the property of their respective holders.