Click here to view this page in English.

teraju-image-hero-bannerProgram Pembiayaan Modal Kerja Islamik (i-WCPF)

Kembangkan Bisnes Anda
dengan Pembiayaan Fleksibel

  • Pembiayaan sehingga RM1,000,000

  • Kadar keuntungan 1% sebulan

  • Ketua Pegawai Eksekutif/ Pengarah Urusan/ majoriti pengurusan tertinggi syarikat adalah Bumiputera

Hero Banner_Teraju LP

 

Program TERAJU i-WCPF terbuka kepada


  • Syarikat yang mempunyai pemilikan sekurang-kurangnya 51% saham Bumiputera.

  • Status Bumiputera yang disahkan oleh Kementerian Kewangan atau yang setara dengannya (jika berkenaan).

  • Ketua Pegawai Eksekutif/ Pengarah Urusan/ majoriti pengurusan tertinggi syarikat adalah Bumiputera.

  • Syarikat yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 2016.

  • Bukan syarikat milikan tunggal (Enterprise), konglomerat, Syarikat Tersenarai Awam serta anak syarikatnya, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) serta anak syarikatnya, syarikat berkaitan kerajaan negeri  serta anak syarikatnya, koperasi, yayasan, persatuan, dan organisasi.

64313c80941c627bccb1cfbdac12c2dcac99c45196a640d1d16961a777aa132b-2
fsmy-sme-icon3-1
Pembiayaan Invois-i
Business_terms_loan_icon
Pembiayaan Perniagaan-i

Pembiayaan Akaun Belum Bayar-i

(Account Payables Financing-i)

Biayai pesanan belian dan perbelanjaan perniagaan anda

  • Pembiayaan sehingga 100% daripada nilai invois / 95% daripada kos projek

  • Tempoh pembayaran sehingga 120 hari

  • Kadar keuntungan 1% sebulan

Pembiayaan Akaun Belum Terima-i

(Account Receivables Financing-i)

Pendahuluan tunai ke atas invois belum dibayar

  • Pembiayaan sehingga 80% daripada nilai invois

  • Tempoh pembayaran sehingga 120 hari

  •  Kadar keuntungan 1% sebulan

Pembiayaan Perniagaan-i

 Kembangkan perniagaan anda tanpa cagaran diperlukan

  • Pembiayaan sehingga RM1 juta

  • Tempoh pembayaran sehingga 12 bulan

  • Kadar keuntungan 1% sebulan

Penyelesaian Pembiayaan
untuk Melancarkan Aliran
Tunai Anda

Tiada Cagaran

Kami memberi tumpuan kepada potensi perniagaan dan tidak meminta aset anda (mis. harta atau simpanan tetap) sebagai cagaran.

Harga Telus

Kos atau yuran yang berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu, tiada sebarang yuran tersembunyi. Yuran yang dikenakan adalah berdasarkan kadar kejayaan.

Bebas Kerumitan

Proses permohonan dalam talian yang mudah agar anda boleh memohon pembiayaan dari kemudahan dan keselesaan rumah anda sendiri.

Tempoh Pembayaran Fleksibel

Tempoh pembiayaan dari 30, 60, 90, dan 120 hari untuk kemudahan dan kesesuaian perniagaan anda.

e546cfcd802ee7be28611a2bb0d8d723c8e7705b79e02a5b8f691018f66398f5

Memperkenalkan i-WCPF

Bagaimana cara memohon?

1
Semak Kelayakan

Tinggalkan butiran hubungan anda dan sediakan dokumen berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan/Pasport semua Pengarah
  • Penyata bank terkini 6 bulan, dan
  • Akaun Beraudit & Akaun Pengurusan terkini

Kami akan menghubungi anda dalam masa 2 hari bekerja.

2
Permohonan Pembiayaan

Hantar dokumen anda untuk semakan. Jika terdapat sebarang kekurangan, kami akan meminta dokumen tambahan bagi menyokong permohonan anda.

3
Tawaran Pembiayaan & Penyaluran Dana

Jika dokumen yang diterima lengkap, kami akan memberikan maklum balas dalam tempoh lima (5) hari bekerja. Sekiranya permohonan diterima dan diluluskan, dana akan disalurkan setelah proses pelaburan berjaya.

Kelebihan Funding Societies

lock icon

Berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

handshake icon-2

Platform pembiayaan digital PKS terbesar
di Asia Tenggara

money

Mengagihkan lebih
RM 20 bilion merangkumi
lebih 5 juta nota pembiayaan

human

Lebih 300,000 pelabur berdaftar di seluruh
Asia Tenggara

758d81832992f43004e1ce1dc40b799aa8c051499458d81e016ead961b795785

Dana pelabur diurus oleh Malaysian Trustees Berhad

Kami boleh membantu anda

Bukan apa yang anda cari?
Kami mempunyai penyelesaian pembiayaan lain yang tersedia untuk memenuhi keperluan anda.

Terokai penyelesaian perniagaan kami

Soalan Lazim

  • Apakah itu Program Pembiayaan Modal Kerja Islamik (i-WCPF)?

    Pembiayaan Projek Modal Kerja Islamik (i-WCPF), sebuah inisiatif daripada TERAJU untuk menyokong syarikat Bumiputera. Program ini menawarkan pembiayaan patuh syariah sehingga RM1 juta dengan tempoh sehingga 12 bulan, bertujuan meningkatkan aliran tunai dan modal kerja perniagaan, terutamanya dalam industri bernilai tinggi (HGHV). 

  • Apakah pilihan pembiayaan yang ditawarkan di bawah program ini?

    a) Pembiayaan Invois-i
    Penyelesaian pembiayaan patuh Syariah ini membantu perniagaan:

    • Membiayai pembelian daripada pembekal atau menampung perbelanjaan perniagaan penting.

    • Mendapatkan bayaran awal berdasarkan invois jualan bagi barangan yang dihantar atau perkhidmatan yang telah dilaksanakan.

     

    Sangat sesuai untuk PKS yang memerlukan modal mobilisasi untuk memulakan projek atau beroperasi secara kredit dengan tempoh bayaran yang tertangguh. Pembayaran balik dibuat secara bayaran peluru (bullet payment) bagi jumlah prinsipal dan keuntungan pada tarikh matang.

    b) Pembiayaan Perniagaan-i
    Kemudahan pembiayaan tanpa cagaran yang patuh Syariah, direka khas untuk menyokong pertumbuhan dan pengembangan operasi PKS. Pembayaran balik dibuat secara bulanan merangkumi jumlah prinsipal dan keuntungan, menjadikannya sesuai bagi perniagaan yang memerlukan perancangan aliran tunai yang lebih tersusun.

     

  • Bagaimana cara untuk memohon?

    Berikut adalah proses permohonan:

    • Lengkapkan borang permohonan.

    • Sediakan dokumen berikut untuk menyokong permohonan anda:

      • Borang Pendaftaran Syarikat

      • Salinan Kad Pengenalan/Pasport semua Pengarah

      • Penyata Bank terkini 6 bulan

      • Akaun Beraudit & Akaun Pengurusan terkini (jika ada)

    Kami akan menghubungi anda sejurus selepas permohonan anda diterima. Sekirangan terdapat keperluan untuk dokumen/maklumat tambahan, kami akan memintanya dengan sewajarnya.

     

  • Adakah terdapat yuran dan caj?

    Pembiayaan Invois-i:

    • Yuran Kemudahan: 1.20%

    • Yuran Pengeluaran: 0.4% bagi setiap 30 hari

    • Kadar Keuntungan: 0.5% bagi setiap 30 hari

    Pembiayaan Perniagaan-i:

    • Yuran Permulaan: 5%

    • Kadar Keuntungan: 0.5% bagi setiap 30 hari 

     

    Untuk maklumat yang lebih tepat dan terkini mengenai yuran/caj, sila berhubung dengan kami.

     

  • Bagaimana jika saya lewat dalam membuat pembayaran?

    Caj Pembayaran Lewat yang terdiri daripada Pampasan (Ta’widh) dan Penalti (Gharamah) akan dikenakan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

    • Untuk pembayaran tertunggak sebelum Tarikh Matang (Maturity Date): Pampasan (Ta’widh) boleh dikenakan pada kadar 1% setahun ke atas pembayaran tertunggak dan tidak akan dikompaun.

    • Untuk pembayaran tertunggak selepas Tarikh Matang: Pampasan (Ta’widh) boleh dikenakan pada kadar 1% setahun ke atas baki tertunggak (prinsipal tertunggak dan keuntungan terakru). Funding Societies boleh mengenakan Caj Pembayaran Lewat yang terdiri daripada Pampasan (Ta’widh) dan Penalti (Gharamah) pada kadar maksimum 10% setahun.

  • Bolehkah saya membuat penyelesaian awal?

    Sudah tentu! Jika anda memilih untuk menyelesaikan pembiayaan lebih awal, TIADA yuran atau caj yang dikenakan!

  • Apakah prinsip Syariah yang digunakan?

    Prinsip Syariah yang digunakan adalah Commodity Murabahah melalui Tawarruq. Tawarruq merujuk kepada pembelian komoditi yang patuh Syariah dengan harga tangguh, kemudian menjualnya kepada pihak ketiga untuk mendapatkan wang tunai. 

  • Siapakah yang layak memohon?

    Mana-mana perniagaan yang aktiviti utama mereka patuh Syariah (contohnya, tidak berkaitan dengan tembakau, minuman keras, perjudian, dan sebagainya) boleh memohon pembiayaan ini.

    Funding Societies akan menjalankan saringan Syariah untuk memastikan hasil yang diperoleh digunakan untuk keperluan modal kerja umum dan tujuan perniagaan penerbit yang patuh Syariah.