Click here to view this page in English

SME Pembiayaan Mikro/-i

Menang RM500 Tunai & Nikmati Perisian Perakaunan Percuma

Mohon hari ini untuk nikmati sehingga 7 bulan Bukku perisian perakaunan percuma, serta peluang menang RM500 tunai untuk perniagaan anda.

  • Mohon dalam 5 minit

  • Dana dalam 5 hari bekerja

  • Kadar serendah 0.8% sebulan

  • Tempoh sehingga 18 bulan

  • Pembiayaan sehingga RM200,000

  • Patuh Shariah

 

BM-1080x650-Bukku-Funding-Societies-Oct-2025 (1)

 

Kerjasama strategik dengan

Bukku Logo Dark -1

 

Tukar Permohonan Anda kepada Ganjaran! Ini Caranya:

1-Jul-25-2025-11-10-48-4926-AM

Hantar Permohonan Anda

Mohon melalui laman kempen ini antara 15 Oktober – 15 Disember 2025.

✅ Lengkapkan permohonan anda dengan salinan IC dan penyata bank.

2-Jul-25-2025-11-11-13-9065-AM

Dapatkan Ganjaran Anda

Nikmati sehingga 7 bulan perisian perakaunan Bukku PERCUMA apabila anda memohon Pembiayaan Mikro/-i.

📌 Khas untuk pengguna baharu Bukku sahaja.

3-Jul-25-2025-11-11-28-8024-AM

Selepas Pembiayaan Disalurkan

Jadi antara 10 PKS pertama yang menerima pembiayaan sebelum 31 Disember 2025 dan menangi tunai RM500!

📌 Ganjaran akan diberikan selepas pembiayaan disalurkan.

Memperkasa PMKS Malaysia

 

"Kerajaan alu-alukan syarikat pemula Malaysia seperti PolicyStreet, Dropee, Lapasar, dan Funding Societies yang boleh menjadi agen perubatan sektor PMKS melalui penyediaan pembiayaan alternatif seperti equity crowdfunding."

 

1-4

 

Pembiayaan Mikro/-i terbuka kepada

  • Syarikat milikan tunggal, perkongsian, perkongsian liabilliti terhad, sendirian berhad (bukan anak syarikat kepada syarikat awam tersenarai) atau syarikat awam tidak tersenarai yang berdaftar dengan SSM
  • Minimum 30% pegangan saham tempatan oleh warganegara Malaysia
  • Pendapatan tahunan minimum sebanyak RM60,000 (atau RM5,000 sebulan)
  • Telah beroperasi minimum selama 6 bulan

 

Ada soalan? Klik butang terapung di bahagian bawah skrin untuk berbual dengan kami!

 
64313c80941c627bccb1cfbdac12c2dcac99c45196a640d1d16961a777aa132b-2-1

Penyelesaian Pembiayaan
Mikro/-i untuk keperluan
perniagaan anda

Pantas

Permohonan atas talian dan kelulusan segera dalam masa 15 minit (beta)*. Pembayaran pembiayaan dalam masa 2 hari bekerja selepas penerimaan.

 

Harga Telus

Kami mengenakan Fi Penggunaan dan Fi Jaminan sekali semasa penyaluran dan kadar faedah biasa. Tiada yuran tersembunyi.

 

Dokumen Ringkas

Permohonan atas talian dan kelulusan segera dalam masa 15 minit (beta)*. Pembayaran pembiayaan yang pantas dalam 1 hari bekerja selepas diluluskan.

 

Tiada Cagaran

Kami memberi tumpuan kepada potensi perniagaan dan bukan aset anda.

Desktop with human
Kalkulator SME Pembiayaan Mikro/-i

 

Funding Societies ialah Platform Pembiayaan Digital PKS yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Ia tidak berada di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia. Oleh itu, kalkulator pembiayaan perniagaan Funding Societies tidak dinamakan kalkulator pinjaman perniagaan, kalkulator pinjaman, kalkulator pinjaman PKS atau sebarang istilah pinjaman.

Bagaimana cara memohon?

6d9f7369a481200a66d4dbfcf875c3abd0fa786df9dcd173906c1725b0d0e033 (1)
Lengkapkan borang permohonan

Ia hanya mengambil masa beberapa minit dan anda boleh menyambung permohonan pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari.

 
4e8db2dd1c41b1c3b89b58e82ea0fee0cfd1b0c215998b99e81dbcf1aca54384
Tawaran Pembiayaan

Kami akan menyemak permohonan anda dan membuat tawaran tentatif dalam masa 15 minit (beta)*

e2a6f91b6bb28b568cc447f76a2457f5f5e9af571cd15c406c4bd61f669d99b7
Tandatangan kontrak secara elektronik dan terima dana

Selepas pembiayaan anda diluluskan, anda hanya perlu e-Tandatangan pada kontrak dan terima dana dalam akaun perniagaan anda.

Mohon Sekarang

Anda hanya memerlukan dokumen berikut apabila membuat permohonan:

  • Penyata akaun bank syarikat untuk 6 bulan terkini

  • Salinan atau gambar kad pengenalan anda, depan dan belakang

  • Salinan atau gambar kad pengenalan untuk semua pengarah tambahan

Minima RM 3,000 dan maksima RM 200,000

Kelebihan Funding Societies

lock icon

Berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

handshake icon-2

Platform pembiayaan digital PKS terbesar
di Asia Tenggara

money

Mengagihkan lebih
RM20 billion merangkumi
lebih 5 juta nota pembiayaan

human

Lebih 300,000 pelabur berdaftar di seluruh
Asia Tenggara

safe

Dana pelabur diurus oleh Malaysian Trustees Berhad

Sertai Komuniti SME Kami

ce87ddf78415b8bc1a4e35830c779d1916e9e55c11a386f80218c24e59e9d9df
72036db5e8a7771900a753f6df07023d69758ae4885fc26fe3dcd9708b44f12b
75ef48c62462ffdda70f1e16ab537bbc9a352fce704c458769166e5618842304

Artikel Berguna untuk PKS

82e288ebad86be6395431f0a535edcb2af6e95c8ce3297553c9fac7927af5b45

Apa yang Anda Perlu Tahu tentang Pembiayaan Mikro/-i oleh Funding Societies

Pembiayaan mikro adalah alat penting bagi PKS kerana ia memberikan sokongan kewangan yang diperlukan untuk berkembang dan maju.

cara_tingkatkan_kadar_kelulusan_pks_untuk_pinjaman_perniagaan

Pembiayaan atau Pinjaman Perniagaan: Cara Tingkatkan Kadar Kelulusan PKS

Perlukan pinjaman mudah lulus untuk perniagaan? Ketahui langkah penting untuk tingkatkan peluang kelulusan pembiayaan PKS di Malaysia.

panduan_jenis_pembiayaan_perniagaan_untuk_pks_di_malaysia

Panduan Lengkap Jenis Pembiayaan Perniagaan untuk PKS di Malaysia

Ketahui maksud dan jenis pembiayaan perniagaan yang tersedia untuk PKS di Malaysia, termasuk pembiayaan patuh Syariah, pinjaman bank, dan geran kerajaan.

Kami boleh membantu anda

Bukan apa yang anda cari?
Kami mempunyai penyelesaian pembiayaan lain yang tersedia untuk memenuhi keperluan anda.

Terokai penyelesaian perniagaan kami

Soalan Lazim

Soalan Lazim Kempen

  • Siapakah yang layak untuk kempen ini?

    Kempen ini terbuka kepada pelanggan PKS baharu dan sedia ada yang memohon Pembiayaan Mikro / -i daripada Funding Societies antara 15 Oktober hingga 15 Disember 2025.

    Pemohon mesti melengkapkan permohonan dengan mengemukakan semua dokumen sokongan yang diperlukantermasuk tetapi tidak terhad kepada salinan kad pengenalan (IC) dan penyata bank terkini selama 6 bulan.

  • Apakah ganjaran yang akan saya terima dan bagaimana cara untuk mendapatkannya?

    Kempen ini menawarkan dua peringkat ganjaran yang diberikan pada tahap berbeza dalam perjalanan Pembiayaan Mikro/-i anda:

    1. Langganan Bukku Percuma (selepas permohonan)

    Ganjaran:
    • Percubaan 3 bulan percuma untuk Pelan Bukku Elite
    Tambahan 4 bulan PERCUMA apabila anda melanggan Pelan Tahunan Bukku (Grow, Prime atau Elite) (Hanya untuk pengguna baharu Bukku)

    Cara menebus:
    • Selepas menghantar permohonan Pembiayaan Mikro /-i, anda akan menerima e-mel atau WhatsApp yang mengandungi Borang Pengesahan Kempenhantar borang tersebut selewat-lewatnya pada 31 Disember 2025 untuk menerima kod kupon Bukku.
    Tebus kod tersebut di Bukku untuk memulakan percubaan 3 bulan, dan nikmati tambahan 4 bulan percuma apabila anda melanggan Pelan Tahunan Bukku (Grow / Prime / Elite).

    2. Ganjaran Tunai RM500 (selepas pembiayaan disalurkan)

    Ganjaran:
    RM500 tunai untuk 10 PKS pertama yang berjaya menerima pembiayaan disalurkan selewat-lewatnya pada 31 Disember 2025 (berdasarkan prinsip “siapa cepat, dia dapat”)

    Cara mendapatkannya:
    • Jika anda tergolong dalam 10 pembiayaan pertama yang berjaya disalurkan, RM500 akan dikreditkan ke dalam akaun perniagaan berdaftar anda dalam tempoh 60 hari selepas 31 Disember 2025.
    •  Pemenang juga akan dimaklumkan melalui e-mel atau WhatsApp.

  • Bagaimana jika saya membuat permohonan melalui saluran lain dan bukan dari laman rasmi kempen?

    Untuk melayakkan diri menyertai kempen ini, permohonan mestilah dihantar melalui laman rasmi kempen yang telah ditetapkan.

     

  • Adakah ganjaran ini boleh dipindah milik atau ditukar ganti?

    Tidak. Perisian perakaunan ini tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar ganti menjadi wang tunai (kecuali hadiah tunai RM500 seperti yang dinyatakan).

  • Bolehkah saya memilih untuk tidak menuntut ganjaran Bukku?

    Ya, penyertaan untuk ganjaran Bukku adalah pilihan. Namun, untuk menebus ganjaran ini, anda perlu menghantar Borang Pengesahan Kempen selewat-lewatnya pada 31 Disember 2025. Kod yang tidak ditebus atau dituntut selepas 1 Januari 2026 tidak lagi sah.

  • Bilakah saya akan menerima ganjaran Bukku saya?

    Selepas anda menghantar Borang Pengesahan Kempen, kod kupon Bukku akan dihantar kepada anda dalam tempoh 7–10 hari bekerja melalui e-mel atau WhatsApp.

    Anda boleh menebus kod tersebut di Bukku untuk memulakan percubaan 3 bulan percuma.

  • Apa yang berlaku jika permohonan pembiayaan saya tidak diluluskan atau tidak disalurkan?

    Jika permohonan anda tidak diluluskan atau tidak disalurkan, anda masih layak untuk menerima ganjaran Bukku (selagi anda telah menghantar Borang Pengesahan Kempen sebelum 31 Disember 2025).
    Namun, anda tidak layak untuk ganjaran tunai RM500.

  • Adakah pengguna Bukku sedia ada boleh menyertai kempen ini?

    Ganjaran Bukku ini hanya layak untuk pengguna baharu Bukku, iaitu PKS yang tidak pernah mempunyai langganan Bukku aktif atau berbayar sebelum ini.


    Pengguna Bukku sedia ada masih boleh memohon Pembiayaan Mikro /-i dan layak menerima ganjaran tunai RM500 sekiranya pembiayaan mereka berjaya disalurkan.

  • Bagaimanakah pemenang 10 terawal untuk ganjaran tunai RM500 ditentukan?

    Pemenang akan ditentukan berdasarkan cap masa rasmi penyaluran pembiayaan (GMT+8) yang direkodkan dalam sistem dalaman Funding Societies.


    Sepuluh (10) PKS pertama yang berjaya menerima pembiayaan selewat-lewatnya pada 31 Disember 2025 akan menerima ganjaran tunai RM500.

Soalan Lazim Produk

  • Apa itu Pembiayaan Mikro/-i?

    Pembiayaan Mikro/-i oleh Funding Societies merupakan produk pembiayaan perniagaan yang menawarkan kredit mikro kepada PKS. Sebagai pemilik perniagaan, anda boleh memanfaatkan produk ini untuk mengekalkan aliran tunai dan mempertingkatkan perniagaan anda. Kami menawarkan kedua-dua produk Pembiayaan Mikro (konvensional) dan Pembiayaan Mikro-i berdasarkan aktiviti perniagaan dan keperluan PKS.

  • Bagaimana Pembiayaan Mikro/-i berfungsi?

    Dengan Pembiayaan Mikro/-i oleh Funding Societies, anda boleh memohon jumlah pembiayaan sehingga RM200,000 tertakluk kepada kadar faedah (untuk konvensional) / kadar keuntungan (untuk Islamik) sebanyak 0.8% - 1.5% sebulan dan tempoh kredit sehingga 18 bulan.

    Setelah anda menerima tawaran kami, kami akan mengkreditkan jumlah pembiayaan yang diluluskan kepada anda, selepas penolakan yuran-yuran berkenaan dari jumlah pembiayaan. 

  • Berapa lamakah tempoh bayaran balik?

    Bergantung kepada keperluan dan jenis pembiayaan anda, anda boleh memohon tempoh kredit selama 6, 9, 12, atau 18 bulan.

  • Bagaimana cara untuk memohon?

    Jika ini adalah kali pertama ada membuat permohonan, berikut adalah ringkasan proses permohonan.

    Langkah 1: Lengkapkan borang Permohonan di laman web kami

    Langkah 2: Serahkan semua dokumen yang diperlukan untuk permohonan

    • Salinan Kad Pengenalan / Pasport semua Pengarah

    • Penyata Bank 6 bulan terkini

    • Penilaian Cukai Pendapatan Peribadi 2 tahun terkini (Pilihan)

     

    Langkah 3: Tunggu pengesahan kelulusan pembiayaan melalui e-mel

    Langkah 4: Terima tawaran pembiayaan yang diluluskan (jika anda bersetuju dengan terma dan syarat)

    Kami akan mengkreditkan dana ke akaun bank perniagaan yang ditetapkan anda setelah proses pelaburan diselesaikan dan kitaran pembayaran anda akan bermula pada bulan berikutnya.

  • Adakah terdapat yuran dan caj?

    Seperti mana-mana produk pembiayaan lain, yuran dan caj berikut akan dikenakan: 

    Pembiayaan Mikro Islamik

    • Fi Pengeluaran: 5% daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan, ditolak semasa pengeluaran.
    • Fi Jaminan: 5% daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan, ditolak semasa pengeluaran.

     

    Pembiayaan Mikro (Konvensional)

    • Fi Penggunaan: 5% daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan, ditolak semasa pengeluaran. 
    • Fi Jaminan: 5% daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan, ditolak semasa pengeluaran.
  • Bagaimana jika saya lewat dalam membuat pembayaran balik?

     

    Pembiayaan Mikro Islamik 
    Caj Lewat bayar yang terdiri daripada Pampasan (Ta’widh) dan Penalti (Gharamah) akan dikenakan, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

    • Pembayaran ingkar sebelum dan selepas tarikh matang: Pampasan (Ta’widh) boleh dikenakan pada kadar 1% setahun atas baki lampau tempoh (jumlah pokok lampau tempoh dan keuntungan lampau tempoh). Funding Societies boleh mengenakan Pampasan (Ta’widh) dan Penalti (Gharamah) sebagai Caj Lewat Bayar pada kadar maksimum 10% setahun.

     

    Pembiayaan Mikro (Konvensional) 
    Jika anda lewat membuat pembayaran balik, yuran/caj berikut akan dikenakan:

    • Caj Penalti Lewat Bayar: RM200 untuk setiap kitaran pembayaran
    • Caj Faedah Lewat: 0.1% sehari (tidak dikompaunkan) atas jumlah baki yang belum dibayar
  • Bolehkah saya membuat penyelesaian awal?

    Pembayaran awal sentiasa digalakkan, kerana PKS dapat menjimatkan lebih banyak wang dalam faedah atau keuntungan yang dikongsi. 

    Untuk Pembiayaan Mikro (Konvensional), pembayaran awal tertakluk kepada caj penyelesaian awal sebanyak 2% atas baki pokok yang tinggal untuk mengimbangi ganti rugi pelabur kami atas kehilangan baki faedah mereka. 

  • Apakah kriteria yang boleh saya gunakan untuk menentukan sama ada perniagaan saya layak untuk Pembiayaan Mikro Islamik?

    Jika perniagaan utama anda melibatkan perdagangan seperti senarai di bawah, anda mungkin tidak layak untuk Pembiayaan Mikro-i:

    1. minuman keras;

    2. perjudian;

    3. pornografi;

    4. tembakau dan dadah berbahaya;

    5. syarikat yang berkaitan dengan hiburan - seperti ruang karaoke yang menyajikan minuman keras, syarikat produksi filem yang menghasilkan filem haram, pawagam yang biasanya menayangkan filem yang berkaitan dengan hiburan;

    6. daging babi dan produk sampingan;

    7. makanan yang dilarang di bawah ajaran Islam seperti katak, ular, buaya;

    8. pusat urut yang tidak mematuhi syariah yang membenarkan rawatan dari jantina yang berbeza;

    9. pusat pelacuran;

    10. pemberian pinjaman berlandaskan faedah, termasuk jualan kredit dengan caj faedah;

    11. agensi insurans konvensional dan unit amanah; dan/atau

    12. pengeluaran dan pengedaran berhala, patung, dan bahan serta tempat untuk beribadat selain daripada Allah.

  • Mengapa saya belum dapat kelulusan pembiayaan dalam masa 15 minit?

    Jangan risau! Kami hanya memerlukan sedikit lebih masa lagi untuk meneliti permohonan anda. Pasukan kami sedang menyemak segala-galanya secara peribadi untuk memastikan ketepatan maklumat. Kami menghargai kesabaran anda sepanjang proses ini.

  • Adakah butiran permohonan peribadi saya selamat dan dilindungi dengan ciri baru ini?

    Butiran permohonan peribadi anda selamat dan dilindungi. Kami mematuhi Personal Data Protection Act 2010 (PDPA), yang mengawal selia proses data peribadi. Ini bermakna kami mempunyai langkah-langkah ketat untuk memastikan maklumat anda dikendalikan dengan selamat dan sulit.

    https://fundingsocieties.com.my/term-condition

  • Adakah mendapatkan kelulusan pembiayaan dalam masa 15 minit akan mengurangkan jumlah pembiayaan saya?

    Tidak, kelulusan pembiayaan anda dalam masa 15 minit tidak akan mengurangkan jumlah pembiayaan anda. Jumlah yang diluluskan adalah berdasarkan dokumen dan maklumat yang anda berikan semasa permohonan. Jika anda ingin membuat rayuan untuk jumlah yang lebih tinggi, sila hubungi pasukan jualan kami apabila anda menerima tawaran tersebut. Kami akan mengumpulkan dokumen sokongan tambahan, seperti penyata bank tambahan, untuk menilai semula permintaan anda bagi jumlah yang lebih tinggi.

Penafian
 
Setiap usaha yang munasabah telah dilakukan untuk memastikan bahawa tempoh proses dipatuhi, namun garis masa masih boleh berubah bergantung kepada pelbagai keadaan termasuk tetapi tidak terhad kepada kelengkapan maklumat yang diberikan oleh pemohon.