Funding Societies bekerjsama dengan CGC bagi menyediakan pembiayaan tambahan RM30 juta kepada PKS melalui Skim Jaminan Portfolio PKS Patuh Syariah



Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak dan Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Funding Societies | Modalku, Kelvin Teo menyaksikan penandatanganan perjanjian JP PKS Islam oleh Ketua Pegawai Perniagaan CGC, Sean Tan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Funding Societies | Modalku dan Pengasas Bersama Funding Societies Malaysia, Wong Kah Meng.

KUALA LUMPUR, 26 Jun 2024 – Funding Societies, platform pembiayaan digital PKS bersepadu terbesar di Malaysia & Asia Tenggara telah melanjutkan kerjasamanya dengan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) bagi melancarkan Skim Jaminan Portfolio PKS patuh Syariah (SME PG-i) bertujuan memacu pertumbuhan PKS Malaysia dengan menyediakan akses pembiayaan yang lebih mudah.

Kerjasama ini adalah susulan kepada kejayaan program Jaminan Portfolio pertama CGC dengan Funding Societies berjumlah RM10 juta yang dilancarkan pada April tahun lepas. Selain daripada menyediakan peruntukan yang lebih besar, skim SME PG-i ini telah dipertingkatkan dengan menyediakan pembiayaan modal kerja kepada segmen PKS terpinggir yang lebih luas, menerusi penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah terkemuka Funding Societies.  PKS yang layak akan terus mendapat akses kepada tempoh pembiayaan yang lebih panjang dan menikmati kadar faedah istimewa, terendah dalam kalangan portfolio pembiayaan Funding Societies yang sedia ada. 

Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Funding Societies | Modalku, Kelvin Teo ketika mengulas mengenai kerjasama ini berkata, “Suruhanjaya Sekuriti dalam laporan ‘Memangkin Akses PMKS dan MTC kepada Pasaran Modal: Pelan Hala Tuju Lima Tahun (2024-2028)’ menganggarkan bahawa jurang pembiayaan PMKS semakin melebar kepada RM290 bilion pada 2022 berbanding unjuran sebelumnya sebanyak RM90 bilion. Pemegang taruh yang berada dalam ekosistem ini perlu bekerjasama bagi menawarkan penyelesaian berinovatif yang lebih baik selain sumber pembiayaan tradisional. Oleh itu, kami gembira kerana dapat mengukuhkan lagi kerjasama dengan CGC dalam menyediakan pembiayaan tambahan ini.”

Jelas Teo, “Skim Jaminan Portfolio PKS patuh Syariah ini adalah kesinambungan daripada pelan hala tuju produk Funding Societies untuk menskalakan penawaran patuh syariah kami bagi menyokong PKS Malaysia yang berkelayakan kredit terus berkembang maju tanpa mengira saiz, menyumbang kepada kepimpinan Malaysia dalam kewangan Islam dan cita-cita untuk menjadi peneraju Teknologi Kewangan Islam global.”

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak berkata, “Dalam usaha CGC menyediakan akses pembiayaan kepada lebih banyak PKS, kami telah melancarkan Jaminan Portfolio berjumlah RM10 juta pada April 2023 bersama Funding Societies, di mana ia telah mendapat sambutan menggalakkan daripada PMKS Malaysia yang terabai dan terpinggir. Melihat kepada kejayaan tranche pertama, saya gembira kerana CGC melancarkan tranche kedua Jaminan Portfolio Islam sebanyak RM30 juta bersama Funding Societies. Inisiatif ini selari dengan Pelan Strategik Lima Tahun CGC 2021-2025, dan memenuhi objektif kami untuk terus menjadi rakan kongsi PMKS di setiap peringkat kehidupan dengan menyediakan penawaran kewangan E2E dan menjadi sebuah organisasi celik digital bagi melebar skala dan meningkatkan impak PMKS.”

Perjanjian SME PG-i ditandatangani oleh Wong Kah Meng, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Funding Societies | Modalku dan Pengasas Bersama Funding Societies Malaysia bersama-sama dengan Sean Tan, Ketua Pegawai Perniagaan CGC. Ia disaksikan oleh Teo dan Datuk Mohd Zamree.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Jaminan Portfolio PKS atau kemudahan Pembiayaan Berjangka Perniagaan Funding Societies, sila kunjungi https://fundingsocieties.com.my/term-financing


Indonesia

Pemberi Dana
[email protected]
+62 877 3751 1114

Penerima Dana
[email protected]
+62 877 7873 6144

Penagihan
[email protected]

Unifam Tower, Jl. Panjang Raya
Blok A3 No.1, Kedoya Utara,
Kebon Jeruk, Jakarta Barat,
DKI Jakarta, 11520, Indonesia

Singapore

[email protected]
General Enquiries:
+65 6221 0958

Sales Enquiries:
+65 6011 7534

112 Robinson Road
Level 8
Singapore 068902

Malaysia

[email protected]
Primary contact
+603 9212 0208

Secondary contact
+603 2202 1013

Unit 15.01 & Unit 15.02,
Level 15, Mercu 3,
KL Eco City, Jalan Bangsar,
59200 Kuala Lumpur

Thailand

SME Loan
[email protected]
+66 93 139 9721

Investment
[email protected]
+66 62 197 8661

No. 188, Spring Tower,
10th Floor, Phayathai Road,
Thung Phaya Thai Sub-district,
Ratchathewi District,
Bangkok, 10400

Vietnam

[email protected]
(+84) 28 7109 7896

The Sentry P
16 Nguyen Dang Giai Street,
Thao Dien Ward, Thu Duc City,
Ho Chi Minh City, Vietnam

Dreamplex
174 Thai Ha Street,
Trung Liet Ward, Dong Da District,
Hanoi, Vietnam

lockSSL Secure Site

Get the investor app

Registered with Securities Commission Malaysia.
Modalku Ventures Sdn Bhd 201601019329 (1190266X)
© 2020 Modalku Ventures Sdn Bhd. All rights reserved. 

Funding Societies is a SME Digital Financing Platform registered with Securities Commission Malaysia. It does not fall under the jurisdiction of Bank Negara Malaysia. Therefore, financing products of Funding Societies should not be constructed as business loan, SME loan, micro loan, term loan or any other loans offered by banks in Malaysia and it is to be deemed as an investment note as defined in the Guidelines on Recognised Markets.

Disclaimer: All third party trademarks, product and company names are the property of their respective holders.