Funding Societies Malaysia melantik Chai Kien Poon sebagai Ketua Negara


  • Sebelum ini, Chai Kien Poon merupakan Ketua Bahagian Projek Strategik dan Operasi di Funding Societies Malaysia.

  • Pengasas Bersama Funding Societies Malaysia, Wong Kah Meng kini menyertai barisan pengurusan serantau sebagai Ketua Pegawai Operasi Kumpulan di Funding Societies | Modalku.

bbcb7dfdcb5d0f64e0e9fb0c72f89e47843a5182450b2e43728fc8042ee5acdfChai Kien Poon, Ketua Negara, Funding Societies Malaysia; dan Wong Kah Meng, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Funding Societies | Modalku 

KUALA LUMPUR, 20 OKTOBER 2022 - Funding Societies Malaysia dalam satu kenyataan mengumumkan pelantikan Chai Kien Poon sebagai Ketua Negara. Beliau bertanggungjawab ke atas pengurusan seharian platform pembiayaan digital PKS terbesar di Malaysia itu, termasuk memacu perkongsian dan inisiatif perniagaan strategik. Dalam pada itu, Wong Kah Meng, Pengasas Bersama Funding Societies Malaysia kini mengambil alih peranan serantau sebagai Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Funding Societies | Modalku, di mana beliau kini menyelia kumpulan perniagaan di seluruh Malaysia, Singapura, dan Thailand.

Kien Poon menyertai platform FinTech ini sejak hampir empat tahun lepas. Di antara portfolio terdahulu beliau termasuk menerajui bahagian Pelabur Strategik sebelum mengetuai bahagian Projek Strategik dan Operasi. Sebelum berkhidmat di Funding Societies Malaysia, Penganalisis Kewangan Bertauliah (CFA) dan alumni London School of Economics and Political Science (LSE) ini berkhidmat dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Oleh kerana itu, beliau berpengalaman dalam pelbagai segmen pasaran modal serta menerajui industri kajian tematik industri.

“Saya berbesar hati dengan kepercayaan dan keyakinan Kah Meng dan pengurusan Kumpulan di atas tanggungjawab baharu ini. Saya berhasrat untuk meneruskan kerja yang cemerlang yang telah kami lakukan selama ini. Perjalanan serta kejayaan kami sehingga kini dibina di atas asas kukuh sejak penubuhan kami di Malaysia pada 2017. Saya amat berteruja untuk menempa masa depan bersama pasukan sambil mengembangkan produk dan perkhidmatan kami serta meluaskan jangkauan kami dalam landskap FinTech PKS,” kata Chai Kien Poon, Ketua Serantau Funding Societies Malaysia.

Manakala menurut Wong Kah Meng, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Funding Societies | Modalku, “Ia merupakan satu penghormatan untuk mengasaskan serta menerajui Funding Societies Malaysia sejak enam tahun lalu. Bakat, komitmen, dan semangat dikalangan rakan sekerja melancarkan lagi perintisan pembiayaan PKS secara digital di Malaysia. Pengalaman luas serta rekod perestasi Kien Poon melengkapkan pasukan hebat kami. Gandingan ini akan mempercepatkan misi kami untuk terus berkhidmat kepada PKS yang kurang diberi perkhidmatan dan berkepercayaan kredit di negara ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Kien Poon dan saya berharap dapat bekerja dengannya dalam kedua-dua kapasiti baharu kami,” tambah beliau.

Di bawah kepimpinan Kah Meng, Funding Societies Malaysia yang dilancarkan pada 2017, kini menjadi platform pembiayaan digital PKS terbesar di negara ini, setelah mengagihkan lebih RM1.4 bilion, atau lebih 50% bahagian pasaran, merentasi lebih 17,000 tawaran pembiayaan, sekaligus memberi manfaat secara langsung kepada beribu-ribu PKS Malaysia yang kurang mendapat perkhidmatan. Pada masa yang sama, platform ini mengekalkan kadar lalai semasa sebanyak 2.3%. Di Malaysia, Funding Societies kini menawarkan produk pembiayaan jangka pendek merangkumi pembiayaan invois, pembiayaan mikro, pembiayaan jangka perniagaan, pembiayaan peniaga, saluran kredit mikro, pembiayaan perdagangan Islam, serta BizFund yang dilancarkan baru-baru ini.

Funding Societies Malaysia adalah salah satu entiti di bawah Kumpulan Funding Societies | Modalku. Secara keseluruhan, kumpulan ini telah mengagihkan RM11 bilion melalui lebih 5 juta transaksi sejak 2015. Selain Malaysia, ia juga beroperasi di Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Awal tahun ini, Funding Societies memperoleh USD294 juta (RM1.23b) melalui pengumpulan dana Siri C+nya. Ia juga mengumumkan pelaburan bersama dalam Bank Indeks Indonesia serta pemerolehan penyelesaian pembayaran serantau, CardUp.